Thursday, November 13, 2008

Akar umbi tolak idea pelan peralihan kuasa Rafidah


Sehari selepas Wanita Umno memutuskan dua jawatan tertingginya tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terus tegas mempertahankan bahawa pelan peralihan kuasa pergerakan itu perlu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri, pada Mac depan.

Pada masa yang sama, ahli exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, tetap dengan pendiriannya akan bertanding jawatan naib ketua pergerakan itu dan menolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.

Malah, Datuk Kamilia turut mengakui sengaja 'memboikot' mesyuarat Exco itu Isnin lalu dan sebelumnya kerana beliau tidak mahu mengadakan sebarang rundingan dengan kepimpinan Wanita Umno berhubung keputusannya untuk bertanding.

Menyokong pandangan itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun, Datuk Maznah Hamid, pula kelmarin menggesa Datuk Seri Shahrizat supaya tidak mensia-siakan kepercayaan akar umbi yang mencalonkan beliau bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan dan meminta beliau mencontohi ketegasan Datuk Kamilia yang tetap mahu bertanding.

Demikian menurut laporan-laporan media berhubung kemelut yang sedang dihadapi Wanita Umno yang melibatkan isu kepimpinannya menyusuli langkah Ketua Wanita Umno sekarang, Tan Sri Rafidah Aziz, meneruskan pelan peralihan kuasa asal pergerakan itu pada Ogos lalu, yang menetapkan Datuk Seri Shahrizat menggantikan beliau pada Jun depan.

'Tindakan Kamilia itu sangat dihargai kerana kami merasakan pandangan kami tidak sia-sia dan akan terus memberikan sokongan kepada beliau,' kata Datuk Maznah kepada agensi berita Bernama kelmarin.

Nyata, keputusan Wanita Umno yang diumumkan Tan Sri Rafidah agar dua jawatan tertingginya itu tidak dipertandingkan pada pemilihan pemimpin Umno Mac depan kini mendapat bantahan beberapa bahagian pergerakan itu dan pemimpin akar umbinya.

Malah, Datuk Seri Shahrizat sendiri dipetik laporan akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam sebagai berkata beliau akan membuat keputusannya dalam masa terdekat.

'Selepas menilai kenyataan Tan Sri (Rafidah Aziz), Kamilia, barisan kepemimpinan Exco, suara akar umbi dan perubahan dalam senario politik negara ketika ini, akhirnya saya perlu buat keputusan sendiri dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat,' katanya ketika diminta mengulas pendirian Datuk Kamilia itu.

Datuk Seri Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Tan Sri Rafidah pula mendapat 118 pencalonan. / BHM, Utusan Malaysia, Bernama

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More