Thursday, November 20, 2008

Tun menyanyi lagi- Lekaslah besar si manja ku sayang


Tun berkempen lagi melalui blog beliau bagi memastikan kemenangan anak manjanya Mukhriz yang kini kian terhakis sokongan Pemuda UMNO terhadap anak manjanya ini. Walaupun Mukhriz mendapat pencalonan yang tertinggi namun stamina Mukhriz tidak kesampaian dan telah kelihatan termengah-mengah dan diakhir-akhir ini terserlah banyak kebodohan Mukhriz dan terserlah kelemahan beliau seorang pemimpin yang bergantung 100% kepada ayahnya.

Dalam tulisan Tun kali ini beliau menyerang Khairy Jamaluddin secara terus terang dan cuba menghakiskan sokongan yang diperolehi oleh Khairy Jamaluddin. Inialah politik yang paling jijik dimainkan oleh Tun untuk memenangkan anak beliau. Dalam tulisan itu Tun berkata ,”Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan.

Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa,” katanya. Ini adalah merupakan tuduhan peribadi Tun kerana ini sebenarnya tidak berlaku dan rakyat bukan bodoh untuk menilaikan apa yang Tun cakapkan. Tun sepatutnya menyalahkan dirinya apabila rakyat menolak UMNO adalah kerana campur tangan beliau yang meracuni minda rakyat kerana dendam peribadi beliau untuk kepentingan kroni perniagaan beliau yang gagal mendapatkan projek dari kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Serangan dan pergolakan kemelut Tun yang berleluasa sehinggakan Tun sendiri sanggup bekerjasama dengan pembangkang hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang sebenarnya dipilih oleh beliau.

Tun bukan sayang kepada UMNO, Tun tidak peduli sama ada UMNO akan hancur atau tidak, yang penting bagi beliau, kekuasaan negara perlu ditangan beliau walaupun beliau telah bersara. Tun terlalu banyak mencampuri urusan kerajaan kerana mahu semangat Mahathirisma terus hidup. Pergolakan dalaman UMNO yang berpunca dari Tun yang membuat UMNO lemah. Hari ini Tun bukan lagi ahli UMNO. Jika beliau sayangkan UMNO mengapa beliau tinggalkan UMNO? Apakah seorang Kapten kapal sanggup terjun dari kapal apabila melihat kapal kini condong dan mahu karam.

Tun juga bercerita mengenai Politik wang dalam UMNO. Ini seolah-olah Tun mahu membersihkan Politik wang yang diamalkan oleh Mukhriz secara besar-besaran sewaktu pencalonan yang dahulu. Bukti telah banyak kita terima, mulut tempayan boleh kita tutup, mungkin Tun lupa mulut orang sukar ditutup. Yang terima wang akan bercerita, Mukhriz juga dengan cara bodoh menafikan berhawa beliau terlibat dengan politik wang apabila berkata, jika ada ejen yang memberikan wang atas nama beliau itu adalah satu sabotaj yang mahu memburukkan beliau.

Apakah orang percaya Anaz mesin ATM Mukhriz itu adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz ? Apakah orang akan percaya beberapa nama yang begitu rapat memberikan wang atas nama Mukhriz juga adalah ejen yang mahu memburukkan Mukhriz. Rakyat bukan bodoh. Mukhriz telah pun memberikan wang dan tidak perlu menutup bangkai busuk ini dengan menyatakan bahawa ejen mahu memburukkan beliau. Tun tak perlu cuci mangkuk untuk Mukhriz dengan menyerang orang lain. Tun sepatutnya menerangkan kepada pemuda dan rakyat betapa bijaknya anak beliau dan Mukhrizlah orang yang paling layak untuk jadi Ketua Pemuda UMNO.

Dedahan keistimewaan Mukhriz, jika ada. Kami hanya tahu Mukhriz ini hanyalah silembik yang masih menyusu di bawah ketiak Tun.

Kata beliau lagi, sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut. Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan didalam blog saya,” katanya.

Ini mengesahkan bahawa Tun mahu menyatakan anak beliau adalah orang yang paling bersih sekali dalam pemilihan UMNO ini, malangnya Tun mungkin tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu. Ramai dikalangan pemuda yang mencabar Tun untuk mendedahkan siapakah mereka yang main wang dalam pemilihan UMNO kali ini. Kami berharap Tun telus dalam pembongkaran ini, tapi kami akan jangka, nama yang akan dikaitkan adalah Dr Khir Toyo dan Khairy Jamalluddin dalam Pemuda UMNO. Mukhriz bersih dari senarai ini. Inilah lazimnya cara Tun, mula -mula menyiarkan artikel yang ringan dan kemudian terus menyerang. Tun perlu gentelman, yang bertanding adalah Mukhriz bukan Tun. Berikan peluang untuk Mukhriz bertanding dan tak perlu dipimpin anak manja Tun dan sentiasa melindungi Mukhriz di bawah ketiak sentiasa kerana dia mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO perlu kuat berani dan juga bijak, bukannya penakut, bingung dan lembik seperti yang Mukhriz tunjukkan sekarang. Ketua Pemuda UMNO tidak boleh bergantung pada ayah semata-mata.

Hari ini Tun cerita pasal politik wang, hari ini Tun bercerita pasal UMNO, hari ini Tun bercerita pasal bangsa. Siapakah yang memulakan politik wang 22 tahun yang lalu ? Siapakah yang sering menghentam dan membuka ruang untuk pembangkang bermaharajalela dan siapakah yang memberikan muka kepada bangsa asing sehingga kita kini tertekan dengan bangsa asing.

Pernahkah Tun memikirkan mengenai parti apabila menghentam Perdana Menteri, pemimpin UMNO dahulu sehingga rakyat benci dengan UMNO. Siapa yang mengajar pemimpin UMNO biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang mengajar anak mereka biadab kepada Presiden UMNO, siapa yang memburukkan Presiden UMNO selama ini, Siapa yang suka memburukkan keluarga dan juga Presiden UMNO ? Apakah ini bukan faktor yang membuat rakyat benci kepada UMNO? Jika presiden diletakan disudut yang sentiasa di kritik ini akan mengakibatkan kelemahan UMNO.

Kerja siapakah ini? Eloklah Tun jangan memburukkan lagi pemimpin UMNO lagi kerana ini mengakibatkan parti ini akan berpecah dan terus menjadi lemah. Jika Tun mahu paksa pemuda memilih Mukhriz, keluarkansahaja kenyataan dan seru agar pemuda memilih Mukhriz. Mukhriz juga sepatutnya malu menggunakan pengaruh ayahnya untuk menang dalam pemilihan Pemuda ini. Pemuda adalah sayap yang terdiri dari ahli yang kuat teguh bijak dan berani. Mereka tidak mahu pemimpin yang lemah lembab dan penakut yang hanya pandai memburukkan orang lain menggunakan kuasa ayah untuk menang.

Cepat lah besar , cepat lah besar si manja ku sayang…..

Oleh : Hassan Ishak

7 comments:

Small Talk said...

Senapang Patah,
Wah... panjang cerita tentang Pemuda UMNO ye?
Begitu lah cinta kasih sayangnya Ayah kepada Anak!
Saya pun seorang Ayah. Demi anak saya sanggup buat apa saja! Kalau disuruh pilih antara anak dgn isteri, saya akan pilih anak! Hahaha
Tak tahu lah bab menantu! Saya belum ada menantu!
Salam

Anonymous said...

Salam sejahtera senapang patah,

Bukan senang kalau tiap tiap kali, KJ dijadikan mangsa oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO.
Akan tetapi, seperti yang diutarakan oleh Hang Tegar, mahu tak mahu KJ akan menjadi calon ‘incumbent’ kerana pertaliaan beliau dengan Pak Lah.

Kita harus berdepan dengan realiti tersebut. Dan ke-2, kita harus peka tentang pergolakan politik, ekonomi dan sosial yg. bakal tercetus dalam masa terdekat.

Setelah saya menganalisis data-data semasa, tidak dapat dinafikan, almost 100% sure, negara akan tetap kucar kacir dalam masa terdekat. Memang saudara ada ‘point’ - memang TDM telah mengkritik PL & KJ, dan ini telah menyebabkan pelbagai masalah , akan tetapi, kita tak boleh merungut , berdemo atau merusuh ala Hindraf .
You have to fight fire, with fire
Dalam rencana terbaru, iaitu The Khairy Dilemma, masalah terbesar bagi KJ adalah serangan Tun. Serangan ini akan mengena sasaran jikalau Kj terus berdiam. Mahu tak mahu, dia terpaksa berdepan dengan TDM dalam sebuah forum, dan bukan dalam media massa, kerana inilah masa terbaik untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin moden yg peka, kreatif dan terkawal.

Orang ramai takkan mengambil kira interview di Astro Awani kerana ‘dia berdepan dengan ‘lightweight’.’ Biar dia berdepan dengan Heighweight Champion of the World, walaupun strategi ini berisiko tinggi, saya rasa, tiada cara lain.

PEJUANG CYBER said...

Wah Mr. Padedoh satu ulasan yang menarik... saya amat meminati cara penulisan saudara begitu juga dengan Hang Tegar... kedua2nya nampak begitu profesional...

Memang benar apa yang saudara katakan... Biar dia berdepan dengan Heighweight Champion of the World, walaupun strategi ini berisiko tinggi, saya rasa, tiada cara lain.

Tp itu pandangan saudara... tak salah kita memberi pandangan kita sendiri...

Pada pandangan saya pula... Saya tidak akan berputus asa walau sekali pun... apa orang nak kata... katalah... saya akan tetap memberisihkan nama pemimpin yang saya sanjunggi (Khairy Jamaluddin) sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai anak malaysia untuk mmembawa pemimpin muda ini menjadi pemimpin yang amat disegani satu masa nanti.

Perjalanan Perjuangan saya masih jauh lagi... lawan tetap lawan...

PEJUANG CYBER said...

D S N apa pula cita pasal menantu.. nampak sangat awak ni tak de modal lainkan... buka lah minda tu sikit janganlah kerana segan dengan Tun... saggup jadi Pak Turut... Apa Tun kata semuanya ha! ye! O.K boss! Baik Bos!
Kita mahu mencari pemimpin yang boleh menerajui Ketua Pemuda bukannya pemimpin yang duduk dibawah ketiak Bapaknya.

Suruh bedebat pun takut.... Saya nak tanya sikit... Mukhriz tu tahu main bola sepak ker.... hehehehe...
Tak pernah la pulak saya nampak dia main bola sepak....

Lagi satu... Mukhriz tu tahu bawak motosikal ker hahahahahaa... bukan nak buat lawak tapi kenyataan...

Saya pernah melihat satu kejadian yang amat mengelikan ketiak saya...
ketika itu di permatang pauh... semua pemimpin bawa motosikal sorang satu termasuklah KJ....
Kemudian untuk menujukkan dia pun boleh buat... Mukhriz pun nak join sekali.... yang lawaknya bukan Mukhriz yang bawak motosikal tu... dia jadi pembonceng sahaja... kahkahkah.... macammana nak jadi pemimpin kalau motosikal pun tak boleh bawak... duk umah je la...

PEJUANG CYBER said...

Saya tunggu piggy singh jer masuk sini...nak jugak saya palam dia.... tapi rasa2nya dia tu penakut,bacul, samalah macam bosnya mukhriz... piggy singh nak balas balik artikel pun makan masa 2 hari..pegilah brader singh...
tapi saya rasa apa yang bro jinggo katakan pada piggy sing walaupun secara berbudi bahasa tapi tepat kat dahi piggy sundal tu... eh tersalah piggy singh..

Dengan Hang Tegar pula jagn nak buat main2... membisu terus piggy singh...

Satu jer nasihat saya pada piggy sigh jangan jolok sarang tabuan... kan dah kena.

Anonymous said...

Sedara Hang Tegar,
Saya tidak memandang rendah kesediaan para penyokong KJ terus mempertahankan beliau.

Tetapi kalau nak berentap - kita kena tahun siapa lawan, siapa bayangan.

Walau bagaimanapun, bertuah juga KJ mendapat penyokong yg. setia, akan tetapi, seperti kata Spiderman
There are bigger things happening here than me and you

Generasi Pejuang Bangsa said...

Mr Padedoh ,geng penyokong YB KJ masih ada dan setia pada KJ.

saya setuju dengan Mr Padedoh ,masalah besar KJ adalah serangan Tun .Ini yang halangan terbesar utk KJ pergi jauh dalam politik. KJ perlu explain semua ini jika diserang seperti Anwar buat di ceramah2 nya . walaupun bermacam2 kita burukkan ttg dia tetapi dia berjaya menyakinkan penyokongnya dia betul dan benar.

KJ dan Pak Lah jelas mmg menjadi mangsa fitnah dari Tun . Walaubagaimanapun ,masa masih panjang ,YB KJ harus berusaha turun ke perwakilan explain semua ini . Saya akui dalam semua media cetak dan elektronik ,KJ telah menafikan semua tuduhan Tun itu tapi perlu lagi digandakan lagi .

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More