Sunday, November 9, 2008

Kemenangan Khairy tutup mulut blogger Pro Mukhriz




Kemenagan Khairy di Rembau turut dikongsi bersama oleh blogger-blogger Pro Khairy yang sentiasa memberi sokongan padu kepada Khairy. Berita kemenagan Khairy yang mendapat sokongan sebulat suara oleh akar umbi muncul di layar halaman maya sebaik sahaja keputusan kemenangan Khairy diumum.

Jangkaan dan spekulasi yang tersebar meluas didalam laman web dan blog Pro Mukhriz, menyatakan bahawa Khairy akan di tentang di tempat beliau dan mungkin gagal mendapat pencalonan di Rembau jelas sekali tidak tepat dan tidak benar.

Spekulasi tersebut hanyalah satu spekulasi jahat yang mahu memburukkan imej Khairy Jamaluddin yang kononnya bahagian beliau sendiri tidak menyokong beliau.

Ramai pemerhati politik yang hadir terperanjat apabila melihat sokongan terhadap Khairy begitu padu daripada pemuda Rembau. Kata-kata bahawa pemuda Paroi dan Rembau yang telah diketemui oleh agen-agen Mukhriz , meleset sekali. Agen Mukhriz dilihat berkeliaran di luar dewan untuk memerhatikan perjalanan sidang pulang dengan hampa.

Manakala blogger Pro Mukhriz pula terpaksa memerah otak mereka untuk mencari idea dan agenda jahat yang baru bagi memastikan Khairy kecundang dalam Pemilihan Jawatan Ketua Pemuda Malaysia pada bulan Mac akan datang. Namun apa yang didapati oleh pelayar-pelayar laman maya hari ini, blogger-blogger Pro Mukhriz seolah-olah ketandusan idea hinggakan sanggup mengeluarkan artikel yang tidak mempunyai fakta, mengarut, malahan tidak masuk akal langsung dan hilang akal.

Baru-baru ini salah satu laman blog Pro Mukhriz bertindak keterlaluan menyiarkan wajah Khairy diselang selikan dengan wajah beruk. Perbuatan juru blog tersebut bagaikan tiada maruah dan melanggar etika sebagai seorang blogger… berikut adalah kata-kata hikmah dari salah seorang team Pro Khairy SUKJ,” Tak kisahlah jika tuan blog mahu menyiarkan 'Gambar KJ' dalam bentuk berbagai rupa.Tetapi masalah utama di sini ialah, kenapa pula tuan blog sendiri tidak berani meletakan GAMBAR/PHOTO sebenar tuan blog?

Berani mendedahkan perilaku dan rupa orang lain, tetapi takut pula nak tunjukkan muka sendiri?."

Allhamdullilah blogger-blogger Pro Khairy kini semakin hari semakin bertambah bilangannya dan berjuangan dengan penuh keyakinan dibawah tampuk pemimpin mereka Khairy Jamaluddin.

Dan dari analisa yang dibuat oleh unit IT Pro-Khairy mendapati laman web dan blog Pro Khairy kini semakin hari semakin meningkat jumlah pelayarnya.

Ini menunjukkan bahawa laman web dan blog Pro Khairy mempunyai daya tarikan dan pelayarnya yang tersendiri.

3 comments:

azlishukri said...

blogger ni pun xada rupa orangnya..cakap sahaja orang lain xtunjuk muka. u pun samalah tunjuk wajah. salam singgah saudara.

Generasi Pejuang Bangsa said...

salam

blogger KJ sedang bertambah kerana melihat kemunculan KJ di awani serta melihat gaya ,karismanya menjelaskan visi dan misi nya untuk Pemuda.

Apabila KJ menang di Rembau ,blog pro muhkriz mula la cakap KJ bermati-matian siang dan malam perah otak untuk mempastikan beliau menang . Tetapi sebenarnya mereka yg gagal untuk membeli perwakilan pemuda rembau untuk tidak menyokong KJ. Ada ke dengan kemunculan KJ dalam awani ,dan temuramah dengan malay mail dijadikan isu untuk KJ tarik sokongan di Rembau .tidak masuk akal langsung ..


salam setiakawan

sejarahmelayu.blogspot.com

PEJUANG CYBER said...

Sila gunakan kanta pembesar untuk melihat muka saya...

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More