Wednesday, November 12, 2008

Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak.......

Written by byzura

Agak terkedu sebentar dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul, tidak tahulah sama ada saya yang memang bodoh ataupun kenyataan yang saya baca ini sebenarnya bodoh. Terperanjat mendengar kenyataan Mukhriz, calon hebat Pemuda UMNO dalam wawancara bersama akhbar The Star, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan beberapa kenyataan yang sukar saya mempercayai walaupun saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidaklah bodoh sangat untuk menilai kebijaksanaan seorang pemimpin.

Jelas bahawa walaupun beliau anak kepada Tun Dr Mahathir, namun ilmu yang dimiliki belum cukup lagi untuk menjadi seorang politikus yang baik seperti ayahnya, sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan betapa lemahnya beliau dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah, inikan kebijaksanaan politik mahupun intelek untuk memimpin pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

1) Menjawab mengenai Politik wang - Mukhriz menyatakan bahawa orang yang memberi wang atas namanya sebenarnya bukan ejennya, cuma orang yang mahu memburuk-burukkan namanya. Mana Mukhriz tahu ada orang bagi wang menggunakan nama beliau, apakah ini sememangnya berlaku ? Di Ipoh Timur dimana Khir Toyo berjaya mendapat pencalonan KP Malaysia, Tun Amar (adik kepada Tun Faisal, antara penyokong Mukhriz yang kalah di Putrajaya kepada Dato' Zaki Zahid) telah memberi 'peluru' kepada para perwakilan, apakah penyokong Tun Amar merupakan penyokong kuat Mukhriz (semua orang tahu, menggunakan nama Mukhriz ,jika benar, tentu Tun Amar mahu menikam Mukhriz dari belakang, eloklah Mukhriz hentikan berkawan dengan Tun Amar ini, kerana dia jahat mempergunakan nama Mukhriz. Dan di Tanah Merah, ejen utama Mukhriz, Sazmi Miah berbuat sepertimana Tun Amar di Ipoh Timur dan berjaya mendapatkan pencalonan untuk Mukhriz. Apakah Sazmi juga orang kuat Mukhriz mahu tikam Mukhriz dari belakang juga, kalau benar, jahatnya Sazmi ini, Mukhriz eloklah jauhkan dari Sazmi.

Yang peliknya, Mukhriz berani mencabar sesiapa sahaja membuktikan bahawa dia ada terlibat dengan politik wang dan jika terbukti beliau akan menarik diri. Mukhriz sungguh yakin sekali dengan kenyataan ini, eloklah Mukhriz tutup dulu Mesin ATM beliau yang bergerak, sdr Anaz, banyak bukti yang telah terkumpul. Minta lembu dapat lembu, minta apa sahaja pasti mesin ATM akan beri.

Umum mengetahui politik wang memang wujud dalam parti UMNO, tetapi memang amat sukar membuktikannya kerana calon akan menggunakan proksi atau ejen untuk menghulurkan rasuah kepada para perwakilan. Maka sebab itulah Mukhriz berani berkata begitu.Slogan Mukhriz berani berubah tidak pula menampakkan sebarang perubahan, hanya berubah dari politik bersih kepada tahun politik wang. Itu sahaja yang berubah.

Kenyataan janggal kedua dalam wawancara adalah apabila Mukhriz berkata bahawa jika beliau kalah pada pemilihan Mac nanti, maka suara akar umbi tidak akan tercapai.

2) Mukhriz membuat kesimpulan bahawa akar umbi mahukan beliau, katanya"jelas sekali akar umbi memang nak kan saya,". Mukhriz mungkin lupa yang tak nak kan dia yang berikan pencalona kepada KJ dan KT itu tidak mahukan beliau. Jumlahnya lebih 100 % dari pencalonan yang Mukhriz terima. Jika dalam dewan yang mengandungi 198 perwakilan, lebih dari 114 yang tidak sokong Mukhriz, Mukhriz sudah cukup bongkak. Apakah 114 orang ini yang mewakili setiap bahagian bukan suara akar umbi ? Apa yang Mukhriz dapat sebenarnya adalah orang-orang yang menerima wang dari orang yang menggunakan nama beliau.

3) Mukhriz juga ada menyatakan kepada umum apabila ditanya soalan "Apakah pencapaian anda yang boleh dibanggakan?" Jawapannya, "Saya ada kilang fiber optik, semua fiber optik di Malaysia ini kilang saya punya". Sudah la jawapan itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan politik Pemuda, jawapan Mukhriz itu juga 'mengkantoikan' dirinya sendiri. Kalau bukan Tun yang jadi PM, tentu beliau tidak jadi raja Fiber Optik.

4) Kadangkala susah juga mahu kita salahkan Mukhriz kerana taraf pendidikan beliau yang pernah mendapat Gred 3 ketika mengambil perperiksaan SPM, hujah dan pemikirannya seakan-akan budak yang tidak matang. Hujah yang tak konsisten, yang tidak masuk akal dan tidak selari antara satu sama lain wajar merisaukan para perwakilan. Ketua Pemuda UMNO sekarang ini perlu hebat dan bijak, bukan yang penakut dan kelam kabut. Mujurlah Mukhriz enggan berdebat, jika tidak apalah lagi keyataan kelakar yang akan kita dengar.- Sumber e-mail yang di terima.

TEPAKBERSULAM

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More