Friday, November 7, 2008

Super Friend

Artikel ini dipetik dari laman blog lain.. oleh kerana ia merupakan artikel mempunyai pengisi yang baik dan sesuai dikongsi bersama pembaca lain tidak salah kiranya artikel ini disiarkan dilaman blog ini... marilah kita wujudkan semangat Super Friend diantara blogger ditanah air kita untuk menyalurkan sumber-sumber yang boleh membawa kebaikan dan menolak perasaan hasad dengki (PHD)

Pencarian Pemimpin Yang Sempurna

Setelah Barack Obama dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat dan mencetuskan satu kebangkitan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Kalau di Malaysia keadaannya seperti fenomena Mawi di Akademi Fantasia. Ketaksuban peminat-peminatnya menyebabkan dirinya menjadi perhatian maka segala gerak gerinya terus diperhatikan.

Dalam pemilihan parti UMNO juga tidak kurang hebatnya. Kita dapat lihat pemimpin-pemimpin yang bertanding mula bersuara dan mencari publisiti bagi mendapatkan perhatian dari pihak media. Tidak kurang juga penulis-penulis blog-blog yang memberikan pandangan mereka dan secara terang-terangan menyokong calon-calon yang mereka fikirkan layak di kaca mata mereka. Saya rasa ini bukanlah satu perkara yang baru kerana media sentiasa memainkan peranan yang besar dalam sektor politik di tanahair atau dimana-mana sahaja di dunia ini.

Namun begitu, saya amat tertarik pada pemilihan ketua Pemuda UMNO Malaysia pada kali ini. Pertandingan tiga penjuru diantara Khairy Jamaluddin dengan Setiakawan, Mukhriz Mahathir dengan Berani Berubah dan Khir Toyo dengan Pemuda Berani. Sebagai warga belia Negara saya tidak nampak relevannya Khir Toyo dalam pergerakan Pemuda. Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tidak mengatakan bahawa Khir Toyo bukanlah pemimpin yang baik kerana saya rasa dia hanyalah Pesona Non Grata di dalam Pemuda.

Apa yang menjadi tumpuan adalah pertarungan diantara Khairy dan Mukhriz dengan bersandarkan kekuatan kepimpinan mereka. Tetapi malangnya tidak kurang pula penulisan yang lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang berkaitan isu-isu peribadi. Saya kurang setuju dengan cara ini kerana ia lebih kepada mengaibkan dan memalukan diri mereka sebagai insan biasa.

Khairy Jamluddin dengan ECM Libranya dan Mukhriz Mahathir pula dengan OPCOMnya. Kedua-duanya ada penjelasan dan cerita mengenainya. Tetapi saya lihat tumpuan terhadap Khairy adalah lebih kuat dan lebih mengaibkan berbanding Mukhriz. Mengapa? Kerana dia menantu Perdana Menteri. Tetapi bukankan Mukhriz anak Tun Dr. Mahathir?

Dalam pencarian pemimpin yang sempurna, kita harus bersedia menerima kekurangan yang mereka ada. Bersedia menerima mereka seadanya dan tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa diri mereka adalah sempurna. Malah Tun Mahathir juga ada kekurangan dan kelebihan tersendiri sewaktu beliau mentadbir Negara.

Orang Melayu harus maju kehadapan dalam penilaian ini dan tidak hanya melihat kepada faktor ikatan kekeluargaan. Malah pihak pembangkang juga turut terlibat dalam perkara ini. Anwar Ibrahim dengan Nurul Izzahnya, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Gobindnya. Tetapi mengapakah isu ini tidak pernah di utarakan di dalam kem pembangkang itu sendiri. Mengapakah isu ini kurang kedengaran dan diutarakan berbanding dengan KJ dan MM. Mengapa sikap serta tindakan orang Melayu itu sendiri yang sentiasa memberi tumpuan mengenai isu-isu sebegini.

Langkah yang akan diambil bukan hanya sekadar berani dan berperinsipkan setia kawan malah cetusan permikiran haruslah berlandaskan kepercayaan bahawa perubahan ini adalah menyeluruh dan sebenar.

Lihat sahaja Obama dengan tiga perkataan yang sering digunakan “YES WE CAN”. Ianya sama seperti ungkapan “Malaysia Boleh” tetapi apa yang membezakannya adalah cara penyampaianya yang amat kuat dan mendalam. Mereka membina satu haluan kepercayaan dan ketulusan dimana apa yang dibawa boleh diterima sepenuhnya.

Saya percaya warga Negara Malaysia juga inginkan sesuatu pembaharuan yang bukan sekadar retorik dalam usaha mencari pemimpin yang sempurna. Gagasan generasi yang gemilang sahaja yang akan mampu melaksanakanya. Tepuk dada tanyalah selera.

By Gekko
buzzley.wordpress.com

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More