Friday, November 7, 2008

Pesanan akhir buat Pemuda Rembau - Moh pertahankan warisan budayo kito~ Super Friend

Cakap-cakap yang mengatakan bahawa Khiary akan dimalu kan di Rembau telah bermain seawal pencalonan berjalan lagi, khabar angin mengatakan Khairy akan kalah telah disebarkan oleh penyokong Mukhriz untuk melemahkan pengaruh Khairy di Rembau, tidak hairan lah jika wakil-wakil Mukhriz telah hampir seminggu berkampung di Rembau untuk mengebom Pemuda Rembau bagi memalukan Khairy Jamalludin. Minggu ini pemuda Rembau akan mengadakan mesyuarat mereka. Semua mata kini tertumpu di Rembau .

Melalui pemuda tempatan yang tewas tanpa bertanding Sdr Azman Mohd Sah yang juga merupakan kroni kuat kepada Mukhriz malahan adalah pemuda yang ditaja oleh Mukhriz mereka telah berkampung beramai-ramai untuk memastikan Khairy Jamaluddin tidak akan mendapat pencalonan dan sebaliknya mencalonkan Mukhriz di kubu Khairy.

Kempen ini adalah kempen yang paling kotor dengan satu niat mahu mengaibkan Khairy Jamalludin.Azman seorang ejen insuran kini sungguh mewah dan ada juga desas - desus bahawa sebahagian dari budget yang diturunkan oleh Mukhriz telah selamat dalam tabung Azman dan perwakilan hanya menerima suku dari budget yang diterima, Mujurlah ramai ejen -ejen lain yang turun dan secara terang-terangan mereka bercerita dan mengira keuntungan sesama sendiri,

Kempen jahat ini lebih teruk dari kempen pilihan raya umum yang ke12 dahulu. Apapun yang berlaku di Rembau , diharap pemuda Rembau akan dapat mempertimbangkan dengan waras dan di harapkan mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat pemuda yang tidak bermoral , apakah kita mahu melihat anasir luar datang merosakan keharmonian kampung kita. Tolak mereka , mereka datang hanya dengan satu niat yang jahat mahu memalukna ketua dan membuat kita kucar kacir, apa guna kita m enang sorak tapi kampung tergadai. Pepatah Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa , biar mati anak jangan mati adat. Begitulah kuatnya orang-orang dahulu mempertahankan maruah mereka, maruah anak Negeri Sembilan.

Jangan jadi pemuda yang dayus sanggup mengadai maruah kerana wang ringgit, Jika mereka berikan wang ringgit , ambil lah , rezeki jangan ditolak namun maruah jangan di khianati. Orang-orang di Rembau dahulu sanggup mati kerana bopak kepala yang merupakan kepala suku. Orang negeri sembilan sememangnya terkenal dan kuat berpegang kepada adat, Bererti orang negeri sembilan begitu taat kepada pemimpin dan kukuh kepada setiakawan . Fikir lah semasak-masaknya dan mari lah kita sama-sama menolak pengkhianat dalam kelompok kita. Jangan biarkan wang ringgit merogol adat dan setiakawan kita yang telah kita warisi dari nenek moyang kita dahulu, Bersatu kita teguh dan berpecah kita roboh.Adat pepatih setio pado ketuo. Biarlah orang kito yang monang , yang untung pun , awak gak bukan orang lain, orang tu datang buek kacau , lopeh tuh dio balik lah. Yang malu kito , yang rugi pun kito . yang ketawo diorang , yang diketawakan , kito. Jangan lah bingai sangat. Kalau kito monang , yang handa kito , yang kuek pun kito .

Cukuplah apa yang terjadi dengan Puteri UMNO Bahagian Rembau yang tidak mencalonkan Bibi, cukuplah Puteri Rembau dipersenda kan di seluruh Malaysia sebagai Puteri yang tidak matang. Bila sebut sahaja Puteri Rembau semua orang akan tersenyum . Puteri Rembau telah membuktikan pepatah yang popular di rembau satu ketika dahulu sememangnya benar - “Rombau sorombau -rombounyo. pakung Soadolah” Maksudnya orang Rembau sebenarnya berpekung. Marilah kita nafikan peribahasa ini dan marilah kita sama-sama menaikkan moral Pemuda Rembau dan mereka sebenarnya adalah pemuda yang tidak boleh dijual beli, biar kito kobulur , namun maruah bangso , maruah anak nogori jangan di gadai. Adat pepatih mengajar kito taat pado pemimpin. Hidup Pemuda Rembau. Salam Perjuangan - tolong sebarkan . Di izinkan untuk copy dan paste tulisan ini bagi kegunaan mana-mana laman web.

No comments:

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More