Bermulanya disini.. penulis mula mengkagumi semangat perjuangan yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin, beliau begitu kental dan tenang dalam mengatasi segala kesulitan yang beliau hadapi, walaupun pada ketika itu ramai yang mengatakan bahawa Khairy tidak berani merebut jawatan Ketua Pemuda dan pelbagai sepkulasi mengenai beliau disebarkan.
Pada tahun 2004 selepas Khairy Jamaluddin menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda ,pada waktu itu penulis tidaklah begitu tertarik sangat untuk menyokong beliau , maklumlah pada masa itu terlalu banyak cerita buruk tentang Khairy Jamaluddin dan juga Pak lah .
Ketika itu pula Tun adalah manusia di barisan hadapan yang begitu lantang mengkritik dan membuat andai buruk mengenai Khairy sehingga mampu memusnahkan kerier politik Khairy dalam UMNO.
Amat menyedihkan apabila nama Khairy Jamaluddin sering dikamit hitamkan dengan pelbagai sidiran oleh pihak yang tertentu, antara yang sering kita dengari “siapa Khairy ? Kalau dia bukan anak menantu Pak Lah”. Ini semua permainan politik kotor, tujuan mereka melakukan taktik kotor ini adalah untuk menjatuhkan kredbiliti dan maruah Khairy.
Penulis pernah terfikir kenapa Tun begitu takut dengan Khairy Jamaluddin sehingga pergi kemana sahaja beliau akan bercerita mengenai Khairy, malahan didalam laman blog Tun sendiri pun beliau sering memperkecil-kecilkan Khairy.
Pada pandangan penulis hanya mereka yang tidak mengenali dan iri hati kepada pemimpin muda ini sahaja yang sering mengutuk dan cuba menjatuhkannya. Namun ramai yang masih memuja anak muda ini atas semua kebaikan yang dibawa olehnya dan tidak dinafikan, beliau mempunyai tarikan tersendiri.
Beliau adalah seorang tokoh muda dialaf ini yang mempunyai visi dan idea-idea yang bernas, kebijaksanaan dan kepetahan berhujah dengan spontan menunjukkan beliau mempunyai kredbiliti seorang pemimpin muda dan ia bersesuaian dengan kehendak pemuda di zaman ini.
Inspirasi anak muda yang berpendidikan tinggi ini telah berjaya meletakkan dirinya di pentas politik negara bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada generasi hari ini.
Melalui visinya yang jelas dan nyata tidak perlu diragui lagi Khairy Jamaluddinlah yang paling layak mengisi kekosongan kerusi Ketua Pemuda Malaysia. Mungkin inilah yang sering menjadi mimpi ngeri Tun Dr Mahathir yang mahu terus berkuasa dulu kini dan selamanya.
2 comments:
Hidup KJ !!!
setiakawan Pemuda UMNO
tahnks bro... hidup KJ...
Post a Comment