Wednesday, August 19, 2009

Muhyiddin - Pengundi jangan emosi, fikir cara rasional


Pengundi di Permatang Pasir perlu berfikir secara rasional dalam memilih wakil rakyat mereka kerana kawasan itu tertinggal daripada segi pembangunan ketika dipegang oleh wakil Pas selama tiga penggal iaitu 15 tahun wakil Pas pegang kawasan itu tapi apa yang mereka buat untuk bantu penduduk?

Masih banyak pembangunan dan kekurangan di Permatang Pasir yang perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan, Kita mahu mulakan perubahan di sini dan kita nak tukar pandangan orang yang menyatakan BN tidak!!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pengundi supaya tidak beremosi ketika memilih calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pada pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Muhyiddin mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Rohaizat.

Beliau turut menyelar kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa anggota Umno tidak masuk syurga dan meminta pengundi Permatang Pasir menilai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama.

"Patut Majlis Fatwa buat kenyataan bahawa jika dia sebut begitu, dia tak boleh dipanggil tok guru," katanya.



Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

PAS memperalatkan Islam

Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM

PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

Ingatlah;

Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

17 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Wakil rakyat PAS hanya berjanji akan mengadakan ceramah tiap-tiap malam dan kutip derma daripada penduduk kampung yang daif. Ahkir sekali Nik Aziz dah beri janji akan beri masuk 'syurga'.... itu saja yang PAS boleh buat....

Anonymous said...

PAS For ALL

PAS dah terjangkit penyakit, Depan belakang semua bole..

kzb_amai said...

Tahniah pada semua yg mengeluarkan statistik juga yg memberi komen..semuaya pada luarannya menunjukan keperihatinan, kesedaran politik serta minat yg terlalu tinggi org melayu terhadap politik...kesedaran yg kita mahukan adalah kesedaran politik yg rasional yg mencerminkan kematangan seseorang melayu terhadap bangsanya,negaranya dan agamanya..kita mesti merungkai maksud tersurat bangsa lain hak kesamarataan yg dijual oleh kedua-2 parti kerajan serta pembangkang semua jelas untuk meraih undi..adakah kita sebagai rakyat melayu sedar pepecahan ini menguntungkan siapa...? pemansuhan ISA memuncak bila penahanan individu mana, bangsanya apa.....mengapa tidak dahulu bila mana JIM serta banyak bangsa kita ditahan atas banyak sebab...apakah kita diperalatkan...ISA adalah pilihan terakhir bagi melindung tanah melayu....yg kita arus perjuangkan sebagai warga melayu yg waras serta rasional tidak emosional...tidak terikut2 membabi buta...ianya seperti mana kedaulatan Raja-raja melayu..yg perlu difikirkan adalah pengubahsuaian agar tidak disalahgunakan bg mempertahan idealogi sesebuah parti pemerintah..mengapa kita tidak mengamalkan budaya politik org cina yg nampak lebih rasional....cuba kita befikir dgn rasional ikhlas serta kosongkan kepala dengan idelogi parti yg kita wakili tentang bila mana hak bangsa cina atau ekonomi bangsa cina tergugat maka terdengarla laungan yg cukup kuat dr pembakang yg mewakili bangsanya...disambut laungan dr NGO yg mewakili bangsanya....dgn rasa rendah dan suara yg sayu serta seakan tidar kedengaran suara parti kerajaan yg mewakili bangsanya ..Apa sajer keputusann yg di buat oleh pengundi di Permatang Pasir serta...pengundi pada Pilihanraya kecil atau PRU akan datang kita org melayu biarla mencermin kematangan serta kerasionalan bangsa kita..kerana kita meminjam bumi malaysia ini dr jenerasi akan datang...anak cucu kita...jangan kubur kita diludah kerana kesilapan emosional kita hari ini..salam kinsafan..amai selangor

Anonymous said...

to kzb_amai,what a nice writing..hidup pejuang melayu..

Tungaklangit said...

SALAM PC

SAYA MENGAMBIL IDEA SAUDARA UNTUK POSTING YANG TERBARU IAITU HURAIAN BERKENAAN UMNO GUNA POLITIK UNTUK ISLAM DAN PAS GUNA ISLAM UNTUK POLITIK

TERIMA KASIH ATA IDEA SAUDARA PC ITU TETAPI MEMANG BENAR ITLAH YANG DILAKUKAN OLEH PAS DAN KITA HARUS MENYEBARKAN KEPADA RAKYAT SUPAYA RAKYAT SEDAR BAHAWA DAKWAAN PAS KE ATAS UMNO ADALAH SALAH

SALAM

mudz said...

Ali Rustam makan rasuah.....boleh lagi jadi MB....ini sikit aje songlap ...tak kan tak leh jadi Wakil Rakyat.Harap rakyat jangan emosi.

UMNO parti rasuah

PEJUANG CYBER said...

Di alu-alukan Tungaklangit.... Teruskan perjuangan anda.

PEJUANG CYBER said...

Jangan jd lembu...

Khalid merupakan pimpinan KEADILAN dan MB Sel... kes2 diatasnya lebih kuat dan rasuah yang dilakukan lebih hina...

Anonymous said...

Rasuah yang ketua dia sapu tu mulia le kot..

Anonymous said...

Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja?

Hakikatnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini. Malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula, baik oleh ahli sendiri mahupun umat Islam.

Anonymous said...

Fatwa??..Nape le bodo sangat totok umno ni.Fatwa hanya boleh dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya oleh parti politik pembangkang seperti Pas.
Yang korang nak ikut sangat kata nik aziz buat apa,korang bukannya penyokong dia.Ikutlah fatwa dari tuan guru Najib korang tu.Orang Pas tak ikut cara pemimpin umno wanita tak tutup aurat..

wartawan_bebas said...

Dr blog -yeopperak-

Nik Aziz Nik Mat muncul dengan kenyataan gila politik berbau agama yang mungkin dianggap 'fatwa' oleh para penyokongnya.

Nik Aziz berkata: 'Para penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.' Sebabnya parti UMNO mengamalkan ajaran Islam palsu!

Nik Aziz mungkin seorang 'Tok Guru' atau ulama besar Pas (atau penipu besar) tetapi bukan 'bidang tugasnya' untuk melabelkan 'orang ini masuk syurga dan orang ini masuk neraka.' Itu kerja Allah SWT. Nik Aziz sendiri tahu soal syurga dan neraka adalah hak dan kuasa Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.Kenapa beliau masih mahu membuat kenyatan-kenyatan gila yang tidak masuk akal(mungkin masuk akal kepada penyokong2 PAS yang juga hampir gila). bersambung...

wartawan_bebas said...

Seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, tiada nas al-Quran dan hadis mensyaratkan seseorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan syurga.
Menurut Harussani, syurga itu hak Allah dan ia dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

Malah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sendiri berbeza pandangan berhubung isu itu. Harun berpendapat, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.Umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

Melihat kepada senario politik semasa, kita semua harus faham kenapa Nik Aziz mengeluarkan beberapa siri kenyataan kontroversi sedemikian.Setelah kehilangan begitu banyak sokongan berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai bulan lalu, Nik Aziz perlu melakukan sesuatu agar perkara yang sama tidak berulang di Permatang Pasir.

Satu caranya ialah dengan memburuk-burukkan UMNO dengan harapan pengundi memilih Pas. Demi kepentingan politik, Menteri Besar Kelantan itu banyak 'menghalalkan' tindak-tanduk segelintir pemimpinnya serta rakan dalam pakatan pembangkang walaupun Dewan Ulama Pas sendiri tidak senang dengan tindakan itu.

Mursyidul Am Pas ini (atau mursyidul hampas) pernah mengeluarkan kenyataan tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Dendam dan marahnya pada UMNO tidak pernah berakhir. Ia dapat dilihat daripada beberapa kenyataan beliau sebelum ini.Jika dilihat pada senario politik semasa khususnya di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, Pas tidak ubah seperti 'melukut di tepi gantang.'

Peranan dan suara Pas bukan sahaja tenggelam malah tidak diendahkan sama sekali.
Lihatlah dalam isu-isu berkaitan, penjualan arak dan pembinaan kuil di kawasan penempatan orang Melayu/Islam di Shah Alam.Suara-suara penentangan Pas tidak dipedulikan malah dianggap sekadar 'suara-suara sumbang' sahaja. Tidak hairanlah beberapa polisi yang tidak disukai Pas diteruskan juga oleh kerajaan negeri Selangor.

Pas sekadar 'makan hati' melihat apa yang berlaku kerana sudah kehilangan 'taring'.
Melihat kepada rentetan kenyataan-kenyataan kontroversi yang dicipta Nik Aziz, kita tidaklah perlu terkejut kalau sehari dua ini lebih banyak lagi kontroversi seumpama itu keluar daripada mulutnya.

Ini mungkin kerana Nik Aziz juga takut kepada seksaan Allah di akhirat nanti,kerana sebelum ini berbagai kenyataan yang beliau keluarkan amat-amat meragukan.Agaknya sudah tiba masanya Nik Aziz berhenti dari tugas2 beliau dan tumpukan kepada amal ibadat sahaja kerana dosa2 beliau terlalu banyak dan perlu bertaubat terlebih dahulu sebelum pencen dari dunia ini.

Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh penyokong2 fanatik PAS tetapi anda perlu fikirkan semula,adakah kenyataan Nik Aziz kepada penyokong2 UMNO (tak masuk syurga sapa yg nyokong UMNO) amat disenangi oleh mereka yang menyokong parti keramat itu??Penyokong UMNO juga melakukan amal ibadat yang sama dengan penyokong2 PAS...mengerjakan haji juga dimusim haji...berpuasa juga dibulan ramadhan..solat juga lima waktu..mengucap juga kalimah yang sama..apa yang membezakan islam UMNO dan islam PAS??

Tungaklangit said...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA

PEJUANG CYBER said...

W.SALAM Tungaklangit...

SAMA-SAMALAH KITA BERMAAF-MAAFAN...
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

Blood Seeker said...

Bgus tu, dato' saya sokong..........

jangan bila dah terkena baru terngadah! Skrg ni banyak kan kita lihat nasik jadik bubur....

Anak Melayu said...

Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP. Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More