Tuesday, August 11, 2009

Pembangkang dicabar buktikan MB Perak lulus tanah kepada kroni




Sebagaimana dijangkakan kini timbul pula usaha untuk menjatuhkan MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, namun provokasi murahan tersebut langsung tidak memberi kesan impak yang besar kepada Dr Zamri, malahan Datuk Seri Dr. Zambry mencabar pemimpin pembangkang di Perak untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan mereka kononnya beliau telah memberi kelulusan sejumlah besar tanah kepada sebuah syarikat milik kroninya.

Zambry berkata, dakwaan dalam ceramah politik pembangkang kononnya beliau telah meluluskan ribuan hektar tanah kepada syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. (RHTSB) adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya nak sebutkan di sini bagaimana mereka sanggup membohongi rakyat, semata-mata untuk menagih simpati rakyat dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

“Mereka bercakap di mana-mana sahaja bahawa mereka adalah ahli politik yang mempunyai nilai demokratik...nilai-nilai yang mulia, apakah ini jenis ahli politik yang ada dalam negeri Perak ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Perhubungan Negeri Perak ke-38.

3 comments:

Anonymous said...

piraahhh.... politik demokerat hang... , masa rampas kuasa dari PKR dulu hang lupa pasai demokerat, kena skit kat batang idung sendiri baru nak lompat.... piirahhh tuiihh..

Azman said...

yg penting kita org dah rampas balik bumi bertuah tersebut.. daaa

Bikini Girl said...

buat anon 11:16am,

rampasan kuasa??? sapa yang rampas kuasa?? kalau betul siapa yang ajaq??? kamu ada baca undang-undang tubuh negeri perak tak?? kalau tak tau jangan dok bising.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More