Sunday, August 16, 2009

[UPDATE VIDEO] Pentas Pemuda gegar Shah Alam


[UPDATE VIDEO]









Khairy cabar Pas keluar pakatan


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.

Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.

Beliau berkata, Pas sering dilayan tidak adil terutama dalam pemberian kuasa walaupun ia terbesar dalam gabungan berdasarkan ahli dan sumbangan dari segi tenaga kerja pada setiap pilihan raya.

"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara.

Mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

Katanya lagi,"Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam."

Kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.

"Pada pilihan raya kecil Permatang Pasir difahamkan Pas akan bertanding, saya cadangkan mereka minta jawatan Exco Pulau Pinang. Jika tidak dapat, keluar pakatan dan nilai harga diri," katanya.

Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Ghazali pula berkata sekiranya Pas mempunyai maruah dan prinsip parti itu tidak akan sanggup membiarkan diri mereka terus diperbudakkan rakan pakatannya dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika Pas gagal menyambut cabaran ini bermakna Pas sanggup menggadaian Islam demi kuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertikaian penjualan arak di negeri itu di mana Pas akhirnya berdamai dengan DAP walaupun sebelum ini lantang menentang tindakan Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula arak yang dirampas dari kedai serbanika 24 jam di Shah Alam.

“Jika mereka (Pas) benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan saya cabar mereka mengulangi kenyataan tersebut. Jangan hanya kepentingan politik, mereka sanggup mengunci mulut dan memekakkan telinga“, katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Hj Ahmad Nawawi memberikan kata kata yang begitu bertenaga, ternyata sebagai tuan rumah beliau begitu berbisa.

Lokman Noor Adam, EXCO Pemuda UMNO Malaysia pula memulakan kehangatan malam dengan penjelasan isu isu panas yang kini berlaku di Selangor.

Lebih kurang 1000 orang hadir berduyun-duyun ke program pemuda Shah Alam. Kepada mereka yang mahu membuat provokasi murahan, janganlah buat cerita dongeng. Bak kata Lokman Noor Adam, Hampa semua sama macam Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). Depan belakang semua bole.


(Gambar: http://medan-info-kita.blogspot.com/)


Lain-lain Artikel dan Gambar:


Melayu Di Shah Alam Dah BANGKIT..! (http://medan-info-kita.blogspot.com/)


Pentas Pemuda : Pemuda Dedah Segala Kepincangan Pembangkang Dalam Siri Ceramah (http://sejarahmelayu.blogspot.com/)

Pentas Pemuda : Pemuda Dedah Segala Kepincangan Pembangkang Dalam Siri Ceramah

(http://www.brojinggo.blogspot.com/)


Nota: Kami juga diberitahu bahawa kain rentang yang dipasang dibeberapa kawasan dicantas oleh pihak pembangkang! Politik pembangkang sememangnya jijiks dan kotor? kenapa perlu takut apabila Pemuda turun untuk memberi ceramah!

AYUH RAKAN-RAKAN SEMUA KITA LAKSANAKAN MISI TAWAN SELANGOR KEMBALI!!!


SELANGOR BANGKIT : BENARKAH KENYATAAN MENGGEMPARKAN?
APA PENDAPAT ANDA? RAMPAS ATAU TUMBANG ?

20 comments:

Anonymous said...

Rakyat Selangor dah bosan dgn sikap PR yg tidak konsisten.

PRU akan dtg sudah pasti BN berjaya tawan semula Selangor..

Anonymous said...

Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.

Parang Sasau said...

Pas jangan jadi boneka DAP

http://raksasabn.blogspot.com/

Anonymous said...

masih ada yang tak puas hati...???
http://harimau-menaip.blogspot.com/2009/08/khairy-punya-aura-hingga-ratusan-ribu.html

Hassan Shah Alam said...

Ceramah seperti ini harus dilakukan setiap masa! ia mengimbas kembali pada zaman kegemilangan umno yg lalu.

Saya percaya dengan cara ini, akan lebih menarik lebih ramai lg pengundi diatas pagar untuk klr mengundi!

Syabas KJ

Hassan Shah Alam said...

Biarkan kpd mereka yg tak puas hati tu... kerana golongan mereka bukannya ramai sgt. KJ telah buktikan bahawa beliau masih mempunyai pengaruh yg ramai. Teruskan perjuangan sdr.

Captain Jack said...

Sudah terang hari ini, Pas hanya berani dan lantang di peringkat awal sahaja namun akan berubah pada saat-saat akhir setelah ditekan dari segenap penjuru oleh sekutu mereka.

Perjuangan Islam yang kononnya dilaung-laungkan di segenap tempat hanyalah retorik politik semata-mata.

Anonymous said...

Khairi ni bila plak nak keluar dari umno..

Anonymous said...

khary tu ketua pemuda ke? bukan err dato' razali pa ke nama ?

Anonymous said...

Bro anon, buka la minda sikit!! skrg misi tawan selangor bukan lawan pemimpin. HAMPEH!!!

Wong Pencen said...

"Lebih kurang 1000 orang hadir berduyun-duyun ke program pemuda Shah Alam."

Lebih kurang 1,000 orang?
Lebih ke kurang?

Mungkin ini boleh dijadikan petunjuk sejauh mana pengaruh Ketua Pemuda UMNO, bukan di kalangan orang ramai tetapi di kalangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO sendiri.

Takkan 1,000 orang sahaja? Bandingkan dengan bilangan ahli di sekitar Lembah Klang, saya kira bilangan itu terlalu kecil. Mungkin ahli pergerakan yang menetap di Shah Alam sahaja pun jauh lebih ramai. Bukan ka?

Harimau-Menaip said...

Sorry Bro.

Saya silap. Bukan Seratus tetapi Dua Ratus Setengah orang.

Maaf.

Unknown said...

Tomahan dan fitnah biasanya lebih mudah tercipta dan tersebar di kalangan orang yg tidak mengenali latar belakang individu yg dijadikan subjek. Bila-bila dan dimana-mana pun, manusia acap kalinya lebih seronok mengata org yg mereka kenal sikit-sikit drpd melakukan perkara yg sama ke atas org yg mereka kenal rapat!

AYUH RAKAN-RAKAN!!! RAPATKAN BARISAN TERUSKAN PERJUANGAN!!!

MARI KITA BERUSAHA TAWAN SEMULA SELANGOR!!

SALAM HURMAT...

Azman said...

Ceramah KJ mmg best, naik bulu roma aku dgr ceramah KJ!

All the best bro..

Anonymous said...

Sebagai acara kemuncak, Ketua Pemuda UMNO, Yb Khairy Jamaluddin pula berjaya meyakinkan hadirin yang melebihi 1,000 orang agar menolak kerajaan kawin campur pembangkang Selangor dalam PRU ke 13 nanti.

Kehadiran yang semakin ramai ini amatlah memberansangkan jika diambil kira Pembangkang yang berjaya menguasai bersih kawasan Parlimen dan kedua dua DUN di Shah Alam pada PRU ke 12 yang lalu.

Unknown said...

“Tangkap seladang, pulas tanduknya”

PEPATAH Inggeris, Take The Bull By The Horns atau “tangkap seladang, pulas tanduknya” adalah luahan amanat Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan pemimpin- pemimpin pelajar Australia dan New Zealand di Perth, baru-baru ini.

Sememangnya kita sudah mempunyai jawapan kepada semua isu negara dan segala permasalahan rakyat.

Oleh itu, kita sepatutnya berani berdepan dan menangani pihak-pihak yang memutar- belitkan fakta dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Tidak kita nafikan, rakyat yang tidak mempunyai “mata hati yang tajam” adalah mangsa mudah untuk dikelirukan oleh pakatan pembangkang dengan ‘kisah-kisah rekaan’ demi mengalih perhatian masyarakat daripada ‘kisah sebenar’ mengenai kegagalan dan kelemahan kepimpinan mereka.

Selain daripada kelompok ini, golongan sasaran kedua adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk diperhambakan dan dijadikan ‘tunggangan’ untuk memporak-perandakan keharmonian negara dengan hanya upah tidak seberapa.

Jentera kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya terus-terusan bergerak dalam saf yang lebih tersusun untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa semua hujah yang dilemparkan oleh gabungan parti pembangkang adalah dakyah, karut dan fitnah semata-mata.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Anonymous said...

sbg ahli pas, saya amat mual dgn 'kebodohan' pas selangor ni... mana diletaknya Islam yang mendasari parti? sudah tiba masanya tg presiden memikirkan pengganti pj selangor dan berhati-hati dengan nasihat/pandangan dari mereka-mereka yang berkepentingan dengan mencemari dasar parti...

Anonymous said...

pas selangor yg sebenar banyak masalah.... rakus nak jadi mb. xpeh lah yg penting PR terus maju sape jadi MB x masalah. TAPI TSK kan skarang melakukan keje nya ngan bagus...

mack said...

SAYA SUNGGUH BOSAN DENGAN BN ( BODOH NYANYOK) KENAPALAH KAU ORANG NI TAK SEDAR DIRI LAGI SELAMA 52 TAHUN KAU MENGURUS SELANGOR APA YANG KAU BUAT MELAINKAN MENGAMBIL SESUATU DARI RAKYAT BETUL TAK?. SEJARAH SELANGOR TELAH TERUNGKAI DENGAN TERTUBUHNYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG MEMBERI KESELESAAN KEPADA RAKYAT MARAHEN SEPERTI SAYA. PADA PRU13 JANGAN NAK BERMIMPI NAK AMBIL SELANGOR SILAP2 PUTERA JAYA PUN MUNGKIN MELAYANG JUGA FIKIRKANLAH WAHAI KAWANKU. BUATLAH ANALISA INI PERATUSAN PENGUNDI MELAYU DIBEBERAPA KAWASAN PARLIMEN BAWAH 60% 110 KERUSI PENGUNDI CINA MEMPUNYAI MAJORITI DI 63 KERUSI DAN KERUSI INI AKAN JATUH KEPADA DAP . DAP 63 PKR 56 PAS 25 JUMLAH NYA 63+56+25 KIRALAH SENDIRI KALAU KAU PANDAI ILMU MATEMATIK YA. ITULAH SAHAJA CORETAN SAYA. WSLM SELAMAT BERPUASA

rosma said...

Betul kata mack saya sokong.dah pun 52thn memerintah tapi BN tetap cam tu jugak.membela nasib rakyat konon...bila dah menang bayang pun tak nampak.

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More