Tuesday, August 25, 2009

UPDATE : PRK Pmtg Pasir - Proses pengundian tamat

PAS menang, majoriti menurun

kemaskini 7.31pm PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.



Sila ikuti blog Dun11-permatangpasir.blogspot.com untuk mengikuti berita permatang pasir dari masa ke semasa.
Dun11-permatangpasir.blogspot.com



Berita Terdahulu

Sehingga jam jam 4 petang tadi, 70.5 peratus atau 14,031 telah keluar mengundi. SPR mensasarkan 80 peratus pemilih akan keluar mengundi.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Peluang BN cerah kata Muhyiddin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin wujudnya kecenderungan di kalangan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon parti itu.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukannya pada pagi hari pembuangan undi, beliau berkata, perkembangan itu menjadi petanda berlakunya angin perubahan rakyat yang mula mempercayai BN.

Pada sidang media tengahari Selasa, Muhyiddin turut berharap 50 peratus pengundi yang belum keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari akan berbuat demikian menjelang pusat pembungan undi ditutup jam 5 petang nanti memandangkan cuaca yang baik setakat tenghari.

Katanya, jumlah pengundi yang besar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, akan memberikan peluang yang lebih besar kepada BN untuk mencipta kejayaan.

Diminta mengulas soal kepercayaan rakyat yang mula pulih kepada kerajaan, Muhyiddin berkata, ini kerana rakyat sudah mula menerima hakikat pentingnya kestabilan di negara ini.

Dengan itu katanya, rakyat sudah boleh menerima hakikat dan tiada siapa dapat menolak peranan Melayu dan UMNO sejak merdeka lagi menjadi teras serta tunjang kekuatan politik dan kestabilan negara.

Mengenai dakwaan wujudnya pengundi hantu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, maklumat mengenai isu berkenaan akan dikumpul dan akan dijadikan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan isu berkenaan diatasi pada pilihan raya umum yang akan datang.

16 comments:

Anonymous said...

Hidup BN!!!!!
BN Menang !!!!!
Hidup BN!!!!

WARTAWAN_BEBAS said...

PAS BAWAK PENGUNDI HANTU!!!
PAS GANAS! BALING BATU!
WOI APA NI? MAIN BALING BATU! MACAM BUDAK KECIK!

PEJUANG CYBER said...

sila layari..

http://taipingmali.blogspot.com/

Allah bayar Cash Kereta Nasarudin Tantawi dirempuh

Anonymous said...

KITA DAH CUBA YG TERBAIK!!!

INSYAALLAH KITA (BN) MENANG!

PAS DUK TENGOK ANAK BULA LAI

Anonymous said...

HAHAHAHAHAAHHAA

B END KALAH TERUK

KAH KAH KAH KAH

PI JAHANAM DGN B END.

TAMAT

Anonymous said...

keh keh keh

pas menang mejoriti besar, lain kali jgn cakap besar keh keh keh

PEJUANG CYBER said...

ADAT PERTANDINGAN ADA MENANG ADA KALAH!!!

APA YANG PENTING MEJORITI PAS MENURUN!!!

INI MENANDAKAN RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN!

Anonymous said...

TAHNIAH KEPADA UMNO KERANA BERJAYA MENGEKALKAN KEKALAHANNYA KALI KE 7 BERTURUT TURUT..WOW SATU REKOD MESIA..
TAK PAYAH NAK SALAHKAN ORANG LAIN..SALAHKAN DIRI SENDIRI TU..TAK PERNAH INSAF..TAK BERUBAH..FITNAH TOK GURU KETERLALUAN..
TAKBIR...TAKBIR..

Anonymous said...

umno akan menang..kahkahkah..jauh panggang dari api..majoriti 4 ribu lebih.Woi pejuang cyber..berentilah sokong umno tu.Jadi bloger Pas pulak.Umno hang tu tak diterima rakyat dah..

nalapambu said...

Sekarang ternyata pencacai2 UMNO sudah habis putus asa dalam perjuangan nya memberi kekuatan kepada UMNO.

Apa sahaja mereka buat semua nya menemui kegagalan.

Jika sekiranya DUN negeri Perak di bubarkan, pasti BN/UMNO akan hancur.

PEJUANG CYBER said...

Pas menang, BN pun menang?

Pas menang pilihan raya kecil Permatang Pasir tetapi pada masa yang sama BN juga menang menurunkan mejoriti Pas yang merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas

Ini bermakna rakyat Permatang Pasir amnya sudah mula menerima semula BN.

Hahaha... ini sudah pasti bakal menjadi berita tidak gembira bagi Anwar.

Tahniah orang Pas! Anda adalah ahli syurga...

Aku nak ucap tahniah kepada semua yang telah memberi undi kepada Pas kerana anda semua bakal masuk syurga.

Itulah yang tok guru kata. Kalau sokong Pas kalian akan masuk syurga walaupun kalian kaki perompak, penyamun, penzina, pelancap, perogol, penipu dan segala macam kejahatan yang kalian lakukan tetapi kerana pada hari pengundian kalian memangkah calon Pas maka kalian masuk syurga.

Salam Hurmat..

Anonymous said...

Pejuang Cyber jangan begitu angkuh dan sombong

PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.

Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

Mari sertai kami Perjuang Cyber

spark said...

Mungkin penyokong dan ahli Pas yg karat hijau ramai yg bangga bila menang sorak kampung tergadai.

Soal menang sorak kampung tergadai bukannya masalah besar dalam dokrin Pas kepada penyokong dan ahli mereka. Ramai yg menerima buta tuli dan ramai lagi penyokong, ahli Pas yg kesal tak sudah bila Pas sanggup jadi boneka DAP.

Jangan pelik dan hairan bin ajaib atau mulut terlopong. Pas sudah biasa bermain politik bukan utk kepentingan agama, bangsa dan negara. Inilah Pas yg sebenar, agama hanya mainan utk umpan undi parti, soal maruah agama, kedaulatan bangsa dan negara bukan keutamaan mereka.

Di Selangor jangan pelik, hairan bin ajaib atau terkejut beruk. Penyokong Pas sememangnya ramai yg menjangkakann Pas akan mendesak keutamaan Kerajaan selangor utk dahulukan program dan peruntukkan utk tujuan keIslaman, namun mereka hampa sebab perihal babi, arak, rumah urut yg didahulukan. Mana pergi laungan hudud sebelum ayam berkokok, mana pergi laungan negara Islam sebelum matahari terbenam?... Hilang disebalik kerakusan kuasa boneka sahaja.

Benar DAP telah menang dan DAP pemenang yg sebenar PRU 12 yg lalu. Pas dan PKR hanya balaci utk memudahkan usaha mengikis kuasa politik Melayu Islam. Lagi pula, selama ini Pas dan PKR hidup atas usaha utk ranapkan kuasa politik di tangan UMNO dan bukannya berminat utk memperbetulkan kesilapan dalam UMNO.

Paling besar hikmah PRU 12 yang lalu, sudah tiba masa utk kita semua menonton belang sebenar disebalik jubah dan serban Pas. Dan ini juga peluang terbaik utk membuka mata penyokong keras pedal PKR betapa Anwar hanyalah seorang politikus busuk yg mengejar kuasa impian dan sanggup lakukan apa saja utk menggapainya.

Apapun, persoalan besar sekarang, sampai bila Pas & PKR akan menjadi kuda tunggangan DAP? Dan selama mana pakatan pembangkang dan negeri dikuasai mereka mampu bertahan?. Bergantung pada masa dan kesedaran orang Melayu Islam tentang untung nasib mereka kelak. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukannya.

Anonymous said...

Teruskanlah dengan hujah bodoh yang tak logik ko tu spark..rakyat tak berfikir sebodoh itu.Sekarang ni bukan zaman 60 an lagi yang mana rakyat tak boleh nak beza yang mana betul mana salah.Yang mana pengkhianat bangsa dan ugama yang mana menipu rakyatnya semua rakyat tahu.Jangan ingat rakyat bodoh sangat tak tahu mana baik mana buruknya.Dah kalah tu kalahlah.Muhasabah diri tu apa sebab umno dibenci rakyat bukannya salahkan orang lain.Kalau macamtu lah yang ko fikirkan maka berkuburlah umno pru13 nanti.

Kin Harun said...

Risau saya pada penduduk MELAYU di Pulau Pinang?Apakah PAS boleh membantu?Mampukah PAS menukar landskap pemerintahan pembangkang di PENANG?

Setidak2nya semasa BN memerintah dulu
banyak yang dah dilakukan untuk org MELAYU...lihat dari segi hartanah..

BN beri pengecualian cukai duti setem sebyk 50%.Inikan dapat bantu org MELAYU yg berpendapatan rendah utk beli rumah.

Lagi..withdraw account kedua melalui KWSP,YG PENDAPATAN RENDAH (Melayu terutamanya)boleh pasang angan2 miliki rumah.

UDA Holdings?Itukan kelebihan MELAYU dan selalu terlibat d sektor pembinaan..akn membantu MELAYU.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)focus pada golongan yg punya gaji lebih kurang RM12OO SEBULAN.

Dan banyak lagi...
Tapi apa yang PAS buat..janji SYURGA saja..

Yang mengundi BN di PMTG PASIR pasti sedar ini...

Bila ikuti ceramah mereka,macam2 yang diucap..,pengikut PAS maki hamun org UMNO...'HANCUR UMNO'
Saya lantas bangun dan tinggalkan ceramah..,saya anggap mereka ini kelas bawahan dan punya tahap pendidikan rendah..inilah kelebihannya bila mereka membiarkan diri menjadi kaum MELAYU yang dipinggirkan,menyebabkan terbentuknya sifat kasar dan keras...

Ceramah mereka janji itu dan ini..
Janji adalah perkara yang sangat berat..apalagi janji untuk meraih simpati.Janji juga adalah hutang,dan cukuplah ianya dianggap MUNAFIK bila tidak ditepati..

Lebih baik sokong UMNO Dulu , Kini dan Selamanya...

PENA MINANG said...

PAS SOKONG DEMOKRASI
BN SOKONG DEMOKRASI
AKU SOKONG SISTEM KHALIFAH.

SO AKU SEKARANG KAFIRKAN DEMOKRASI. SO BAGI AKU SIAPA IKUT SISTEM NI KORANG SEMUA PAHAM-PAHAM SENDIRILAH....SEBAB DEMOKRASI BUKAN DATANG DARI ISLAM.

SO PAS TAK PAYAH LAH NAK BANTAI ORANG TERUK SANGAT...TAK PAYAH NAK KATA KORANG ISLAMIK SANGAT....AKU CABAR KORANG BAWAK AKU HADIS DAN NAS YANG MEMBENARKAN AMALAN DEMOKRASI DALAM ISLAM. KO DENGAN BN PON SAMA TERUK....KORANG SEMUA (POLITICAL PARTY MEMBER IN MALAYSIA) NI SEMUA KAKI PENYOKONG ALIRAN YAHUDI.

OLEH SEBAB AKU MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W, AKU DIWAJIBKAN MENGIKUT PERINTAH PEMIMPIN AKU YANG ADA SEKARANG....

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More