Wednesday, August 26, 2009

Pmtg Pasir - PAS akan terus menjadi boneka DAP


Keputusan PRK Permatang Pasir sungguh menarik dan penuh tanda Tanya? Apakah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, sedangkan rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK yang lepas tidak langsung mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.

Para penyokong PAS dan pemimpin-pemimpin PAS, tak payahlah nak alih perhatian dan bermegah-megah diatas kemenangan calon PAS tersebut. Masalah utama sekarang depan mata ialah PAS menjadi boneka DAP. Ulamak PAS dah jadi ulamak tikus.

Apa tidaknya, kalau wakil parti PAS tidak duduk dalam Kerajaan Negeri, mana mungkin DAP mengambil berat kawasan PAS ini. Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi Exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir.

PERINGATAN DAP adalah satelit PAP, parti yang memerintah Singapura. Lee Kuan Yew antara pengasas DAP waktu Singapura berada dalam Malaysia. Ketika Anwar Ibrahim dituduh atas tuduhan liwat dan dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dulu, Singapura menanggok di air yang keruh dengan memberi sedikit sebanyak bantuan kepada Anwar. Tak mungkin Anwar Ibrahim tidak berasa terhutang budi terhadap Singapura.


Ada beberapa kali Kerajaan PAS Kelantan memberi konsensi pembalakan di Ulu Kelantan kepada syarikat anjuran kerajaan Singapura. Kali pertamanya pada waktu hendak membina jambatan merentang Sungai Kelantan. Maka tidak hairan TG Nik Abdul Aziz pernah menyambut Lee Kuan Yew sebelum ini dengan penuh mesra.

Komen pembaca diatas kemenangan Boneka DAP semalam:

Spark August 25, 2009 10:34 PM

Mungkin penyokong dan ahli Pas yg karat hijau ramai yg bangga bila menang sorak kampung tergadai.

Soal menang sorak kampung tergadai bukannya masalah besar dalam dokrin Pas kepada penyokong dan ahli mereka. Ramai yg menerima buta tuli dan ramai lagi penyokong, ahli Pas yg kesal tak sudah bila Pas sanggup jadi boneka DAP.

Jangan pelik dan hairan bin ajaib atau mulut terlopong. Pas sudah biasa bermain politik bukan utk kepentingan agama, bangsa dan negara. Inilah Pas yg sebenar, agama hanya mainan utk umpan undi parti, soal maruah agama, kedaulatan bangsa dan negara bukan keutamaan mereka.

Di Selangor jangan pelik, hairan bin ajaib atau terkejut beruk. Penyokong Pas sememangnya ramai yg menjangkakann Pas akan mendesak keutamaan Kerajaan selangor utk dahulukan program dan peruntukkan utk tujuan keIslaman, namun mereka hampa sebab perihal babi, arak, rumah urut yg didahulukan. Mana pergi laungan hudud sebelum ayam berkokok, mana pergi laungan negara Islam sebelum matahari terbenam?... Hilang disebalik kerakusan kuasa boneka sahaja.

Benar DAP telah menang dan DAP pemenang yg sebenar PRU 12 yg lalu. Pas dan PKR hanya balaci utk memudahkan usaha mengikis kuasa politik Melayu Islam. Lagi pula, selama ini Pas dan PKR hidup atas usaha utk ranapkan kuasa politik di tangan UMNO dan bukannya berminat utk memperbetulkan kesilapan dalam UMNO.

Paling besar hikmah PRU 12 yang lalu, sudah tiba masa utk kita semua menonton belang sebenar disebalik jubah dan serban Pas. Dan ini juga peluang terbaik utk membuka mata penyokong keras pedal PKR betapa Anwar hanyalah seorang politikus busuk yg mengejar kuasa impian dan sanggup lakukan apa saja utk menggapainya.

Apapun, persoalan besar sekarang, sampai bila Pas & PKR akan menjadi kuda tunggangan DAP? Dan selama mana pakatan pembangkang dan negeri dikuasai mereka mampu bertahan?. Bergantung pada masa dan kesedaran orang Melayu Islam tentang untung nasib mereka kelak. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukannya.

Kin Harun August 26, 2009 1:47 AM

Risau saya pada penduduk MELAYU di Pulau Pinang?Apakah PAS boleh membantu?Mampukah PAS menukar landskap pemerintahan pembangkang di PENANG?

Setidak2nya semasa BN memerintah dulu

banyak yang dah dilakukan untuk org MELAYU...lihat dari segi hartanah..

BN beri pengecualian cukai duti setem sebyk 50%.Inikan dapat bantu org MELAYU yg berpendapatan rendah utk beli rumah.

Lagi..withdraw account kedua melalui KWSP,YG PENDAPATAN RENDAH (Melayu terutamanya)boleh pasang angan2 miliki rumah.

UDA Holdings?Itukan kelebihan MELAYU dan selalu terlibat d sektor pembinaan..akn membantu MELAYU.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)focus pada golongan yg punya gaji lebih kurang RM12OO SEBULAN.

Dan banyak lagi...

Tapi apa yang PAS buat..janji SYURGA saja..

Yang mengundi BN di PMTG PASIR pasti sedar ini...

Bila ikuti ceramah mereka,macam2 yang diucap..,pengikut PAS maki hamun org UMNO...'HANCUR UMNO'

Saya lantas bangun dan tinggalkan ceramah..,saya anggap mereka ini kelas bawahan dan punya tahap pendidikan rendah..inilah kelebihannya bila mereka membiarkan diri menjadi kaum MELAYU yang dipinggirkan,menyebabkan terbentuknya sifat kasar dan keras...

Ceramah mereka janji itu dan ini..

Janji adalah perkara yang sangat berat..apalagi janji untuk meraih simpati.Janji juga adalah hutang,dan cukuplah ianya dianggap MUNAFIK bila tidak ditepati..

Lebih baik sokong UMNO Dulu , Kini dan Selamanya...

24 comments:

Anonymous said...

Penyokong Pas dah masuk syurga..

Ada borang masuk syurga lg tak?

Asam Pedas said...

Inilah sebab utama Lee Kuan Yew datang ke Malaysia. Beliau tahu Malaysia akan ditakbir oleh PR tidak lama lagi. Kunjungan beliau ini bermakna lanskap politik Malaysia sudah berubah dan akan berubah dengan drastiknya. Lawatan sambil belajar inilah beliau akan membuat satu laporan untuk kerajaan Singapura tentang strategi baru negara bernoktah merah ini untuk menangani Malaysia untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Beliau tahu, UMNO dan BN akan lenyap atau menjadi pembangkang kecil.

Begitu banyaknya perkara Singapura bergantung kepada Malaysia. Pernilaian beliau dengan menemui berbagai lapisan ahli politik membolehkan beliau merumuskan senario-senario keperbagaian dan strategi Singapura untuk jauh meninggalkan Malaysia.

Saya sangka inilah antara rumusan dan legasi yang beliau akan tinggalkan kepada Singapura sebelum beliau pergi selama-lamanya. Inilah kelebihan Lee Kuan Yew

Anonymous said...

Wahai Tuan Guru, anta boneka DAP?
Ana sedih dengan anta... cakap tak serupa bikin!! Anta benci saudara seIslam tapi anta peluk cium musuh... ulamak apakah anta ini?

YANG GAMBI said...

Salam PC,

Boneka meraikan kemenangan 'macam pak kadok, menang sabung kampung tergadai'.

Nik Aziz merealisasikan hasrat Lee Kuan Yu agar Malaysia di kuasai DAP, dan bakal menjadi sebuah Republik dan Nik Aziz bakal Presiden pertama Melayu, selepas itu jadilah macam Singapura, tiada muka Melayu....

ruhul adli said...

Sape kata Pas x buat apa2 kat Penang? Siapa kata Pas boneka Dap?

Cuba kita tgk hasil usaha Pas sejak arwah Hj Hamdan mula jd YB. Saya rasa anda tak nampak (kerana tiada di media) atau buat2 x naampak?

Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - BERJAYA SEPENUHNYA.

Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - SEBAHAGIANNYA BERJAYA.

Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - BERJAYA.

Mendesak mangsa tsunami di Tanjung Bungah diberikan rumah (tuntutan dibuat kepada kerajaan BN, terlaksana semasa Pakatan Rakyat berkuasa) - BERJAYA.

Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lesen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - BERJAYA.

Menentang habis-habisan projek kasino terbesar di Pulau Jerjak yang dicadang di zaman BN (2004). Ketua Menteri Lim Guan Eng membatalkan projek tersebut dan menggazetkan Pulau Jerjak sebagai hutan lipur - BERJAYA SEPENUHNYA.

Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan lojistik setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - BERJAYA.

(Semua agenda perjuangan untuk kepentingan Islam, Melayu dan rakyat seluruhnya akan diteruskan oleh ADUN tunggal PAS di DUN Pulau Pinang jika mendapat mandat)

Kalau UMNO menang di Permatang Pasir pun apa dia boleh buat..? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja tu. UMNO/BN pula selalu pulaukan Sidang DUN. Kalau tak mahu masuk ketika Dewan Bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.

Anak Lenggong said...

TAHNIAH KEPADA YANG MENANG CUMA SEKARANG NI NAK TUNGGU JANJI ANUAR YANG NAK MENJADIKAN WAKIL PAS TU SEBAGAI YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) SEBAGAI MENGGANTIKAN HJ. SHABUDIN TU DITUNAIKAN ATAU PUN TIDAK...AKU TAKUT WAKIL YANG MENANG NI PUN JADIK SEPERTI YANG TELAH MENINGGAL TU..HANYA DOK TEPI PINTU JE DIDALAM MAJLIS PERSIDANGAN KERAJAAN NEGERI ...BARU NAK JENGAH KEPALA JEE DAH DI HERDIK OLEH LIMGUAN ENG..TERUS KEPALA MASUK BALIK...

spark said...

Begitulah Pas. Kerana inginkan sedikit kuasa, maruah diketepikan, asas dan dasar perjuangan dilupakan. Apa yang lebih menarik ialah Pas lebih rela mengikut kehendak DAP. Nakhoda Pas, YAB Dato' Nik Aziz tidak dihormati lagi. Pandangan dan kehendak Nik Aziz tidak lagi laku dan dipatuhi. Malah Nik Aziz sendiri akhirnya akur dengan kehendak DAP.

Sesungguhnya ALLAH SWT telah dan sedang menunjukkan kepada kita semua siapa sebenarnya Pas. Terpulanglah kepada kita tanpa mengira apa fahaman politik kita untuk BERFIKIR membuat penilaian.

Dulu Nik Aziz ada mengeluarkan kenyataan. " Orang yang merokok lebih hina dari lembu kerana orang ada otak untuk berfikir dan lembu tidak mampu berfikir"

Kenyataan tersebut sebenarnya boleh diguna pakai untuk banyak perkara bukan sekadar kepada perokok. Manusia yang gagal menggunakan otak untuk berfikir secara jelas dan hanya mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh orang lain lebih hina dari lembu yang dicucuk hidung.

Berfikirlah secara waras kerana Allah SWT sentiasa menyuruh kita berfikir.

Anonymous said...

UMNO menang dulu pun dok bagi Koh Soo Kun keparat tu jadi KM padahal kerusi DUN umno yang lebih.Tak ke bodoh tu.Habis tanah2 orang melayu kat Penang diambil dan melayu terpaksa lari ke seberang prai.Berapa peratus tinggal tanah milik melayu kat penang yang tinggal?Mana pegi habis orang Melayu kat sana.Merempat je dibuat cina Gerakan.Sekurang2nya Dap tak ambil tanah orang melayu.Orang melayu kat sana pun bodoh tak macam india kat kg buah pala yang bermati matian mempertahankan tanah mereka dari terlepas ke tangan orang lain walaupun ditawarkan ganjaran yang tinggi.Mana yang kata umno tu pejuang melayu dan islam.Memperkayakan diri sendiri adalah.
Rakyat dah tolak BN sepenuhnya pun tak sedar2 lagi.Masih nak salahkan orang lain.

Anonymous said...

DAP berjaya memesongkan otak dan pemikiran orang-orang PAS. Ketika orang-orang PAS berbaring di atas jalanraya kerana mahu menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry di Istana Bukit Chandan, orang-orang DAP duduk di rumah tanpa perlu berdemontrasi. Mereka tahu, perjuangan mereka sudah diambil alih oleh PAS yang sudah mereka ‘kuda kayu’kan.

Masa ISA dulu tgk sape yg turun... mana ada org DAP turun.

Anonymous said...

Hahaha..macam lah rakyat tak tahu Lee Kuan Yew tu datang negara ni atas undangan siapa.Najib yang jemput dan dilayan seperti raja.Muhyiddin penakut tu dah kata dia bagi tanah kat johor kepada singapura sebab diugut.Air pun dijual murah kepada mereka.Tak peliklah pulau batu putih terlepas pada singapura.Memang umno pengkhianat.

UMNO KALAH LAGI said...

UMNO KALAH UMNO KALAH UMNO KALAH UMNO KALAH

zainal abidin said...

ANWAR IBRAHIM MEMANG SEORANG PENGKHIANAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA,APA YANG DIA TAHU ADALAH MENIPU ORANG,KALAU DULU MASA DI ITM DIA PERGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI DIA SENDIRI,PERKARA INI TERBAWA BAWA SAMPAI SEKARANG.KALAU DULU ADA KAWAN KAWAN NYA YANG BERCAKAP DIA KAKI PUNGGUNG SAYA TAK PERCAYA KERANA MACAM MANA SEORANG YANG NAMPAK ALIM BOLEH MELAKUKAN LIWAT,PERNAH SATU KETIKA APABILA KAWAN KAWAN DIA BERCERITA SAYA MACAM TAK PERCAYA.TETAPI SEJAK BERITA DIA MELIWAT ORANG TERSEBAR BARU SAYA PERCAYA AKAN PERKARA TERSEBUT.SEMASA DIA MENJADI TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN JUGA MENTERI KEWANGAN DIA TELAH BANYAK MENJUAL RAHSIA NEGARA KITA KEPADA AMERIKA TETAPI TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN.KALAU TUN DR MAHATHIR TIDAK PERASAN PERKARA TERSEBUT TAK TAHULAH APA YANG AKAN JADI KEPADA NEGARA KITA. SAMA SAMALAH KITA RENUNGKAN PERKARA INI.

Anonymous said...

jangan dok hentam kuat sangat Anwar tu nanti terpaksa jilat balik.Dengar kata dia ada buat pertemuan lagi dgn DS Najib.Jangan terkejut pulak kalau2 umno tinggalkan kerjasama dengan 13 rakan komponennya yang tak guna tu,membiarkan umno sendirian bermati matian menghadapi pilihanraya.

PEJUANG CYBER said...

Biarkanlah hari ini BN kalah di Permatang Pasir namum kenapa nampak seolah-olah PAS terdesak umpama takut kalah .

Dalam minggu lepas Dato Nik Aziz ada berkata PAS kesal dengan UMNO khususnya BN kerana menyerang peribadi DSAI bukan menyerang PR . Tapi apakah ucapan NIK AZIZ sekadar ucapan yang tidak di dengari oleh ahlinya khususnya Mahfuz , dan beberapa lagi yang giat berkempen menyerang calon BN .

Cakap saja kata pandai tentang ugama , Mengaku pula ULAMA tapi anak muridnya kencing berlari

Anonymous said...

ketepikan segala fahaman politik. buang kepentingan politik dan peribadi. demi agama dan bangsa marilah kita bersatu. berdamailah. islam tidak pernah menolak perdamaian dan perpaduan. jika ada org islam yg jadi pujaan dan ditaksubi pgnikutnya dapat berdamai dan duduk semeja dan makan bersama musuh y paling menentang syariat islam d negara ni, mengapa tidak kita sesama islam duduk bersama berbuka puasa, bersolat dan berbincang permasalahan ummat d masjid2 atau surau d bulan yang penuh rahmat? bersatulah!

spark said...

Ini jelas menunjukkan orang Melayu boleh diketepikan kat mana-mana sekalipun kalau mereka tidak menggunakan strategi dalam berpolitik. Tanpa strategi, Melayu cenderung berpecah.

Parti politik Melayu, meskipun sebahagian dari pakatan di PP, tetapi dalam konteks pembahagian kerusi exco negeri PP, mereka dilayan seolah-olah melukut di tepi gantang. Perpecahan membolehkan rakan mereka sendiri dalam pakatan meletakkan harga mereka sebagai jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Sepatutnya, Pas sebagai parti alternatif Melayu bukan saja mewakili orang Pas tetapi mewakili semua Melayu di PP. Dan berpandukan kerusi Melayu (Pas dan Umno) di PP, sepatutnya beberapa wakil dari Pas otomatik layak menduduki bukan saja satu malah lebih dari satu kerusi exco negeri.

Apapun dari segi permainan politik, LGEDAP memang hebat. Tidak ramai yang dapat melembutkan hati pas supaya akur dengan sebarang keputusan. Baik di PP mahupun di Selangor. Sememangnya senanglah nakhoda PR, kerana pas yang ada saham, tidak kisah tentang nilai saham mereka.

TokMudim said...

Parti Neraka kalah lagi.....malas nak aku nak provok lagi...aku nak rehat puas.

wcw_rocks1997 said...

UMNO bagi duit dekat Vincent Tan tu bukan boneka juga ke?Pas bagi duit kat orang miskin bukan mcm UMNO yang bagi duit kat cina yang kaya raya.Fikir dulu Pejuang Cyber sebelum cakap

AdikTokMudim said...

parti masyuk syurga menang jadi boneka DAP

pie!! pie.. pirah.. hahaha

AbgTuah said...

APA KALAH LAGI...

KALAH DI PEMATANG PASIR..AHH NO PROBLEM..

KALAH DI PEMATANG PAUH..WELL NO SWEAT

KALAH DIBUKIT GANTANG..SO WHAT, NO HAL LAH

KALAH DI MANIK URAI..JUST FOR FUN, TAK RUGI PUN

KALAH DI BUKIT GANTANG..HMMM, SMALL MATTER JE

TETAPI DAPAT MEMERINTAH SATU NEGERI PERAK SEMULA..
AHAAA..THAT'S IMPORTANT..
KERANA DAPAT BAGI PUKULAN LIPAT MAUT PADA PUAK PEMANGKANG..SEHINGGA SENGET KEPALA MEREKA..

KAHKAHKAHKAH..HUHUHUHUH..WAWAWAWA

HIHIHIHI..PERAK KITA PUNYA...

PERAK KITA PUNYA..

HEHEHE….PERKATAAN NEGERI PERAK NI AMAT MENGHIRIS TELINGA PUAK PEMBANGKANG..

AGAK-AGAK NAK BAGI BERASAP TELINGA MEREKA MAKA SEBUTKAN AJE UNGKAPAN KERAMAT ‘PERAK BN PUNYA’..

WHICH IS NEXT..SELANGOR KA.??

YEEEAHHAAAA..ARIBAAA..ARIBAA..!!!

Anonymous said...

Percayalah, orang bukan melayu tidak ikhlas bila menyokong PAS pada PR12. Mereka hanya undi PAS kerana ia boleh memecah belahkan orang melayu. Harapan orang melayu untuk menjaga kepentingan anak cucu kita terletak pada PAS dan UMNO. Jika UMNO bermasalah apa salah nya PAS bantu dengan teguran dan kritikan umpama teguran dari abang dengan adik. Mereka sokong Anwar kerana beliau kemaruk hendak jadi PM dan sanggup setuju dengan perjuangan mereka untuk menghakis/membuang hak kepentingan orang melayu dan agama Islam. Mereka mahu semuanya adil dan sama rata. Mana boleh! Ini negara nenek moyang kita dan kita masih ketinggalan didalam serba segi. MASYAALLAH...MENGAPA KITA ORANG MELAYU BODOH SANGAT DAN BUTA KE TAHAP INI...

sekupangduas@yahoo.com said...

apalah nak dikisahkan sangat, teman memang disana, kebetulan bila kita pegi rumah ke rumah, agak mengejukan juga. dikesan bila kita tanya ada 5 pegundi dalam rumah tersebut tetapi cuma 2 jer yg ada di rumah tersebut, 'yang lain kami tak kenai lansung, awat jadi macam ni nor?' menjawab mantan ketua pemuda di lokaliti kampung petani ada juga benarnya... 'biasalah bang depa dok pakat sekampung mai daftar dan undi kat sini' betui jugak dalam satu penang tang ni jer PAS yg ada chan menang, 1 kerusi jer untuk satu penang, hagpa pikiak lah bila PAS boleh takluk penang atau merasa menteri besak... exco pun tak tak merasa jadi bila nak dapat memerintah... PRU13 (TAHUN 2013), 14, 15... PRU 20 pun jangan dok berangan.

sekupang rasa banyak yang kita boleh napak selain rakyat mengundi.. haloba, takabur, pembohong, riak, samseng... banyak lagi sifat yang kita tahu merupakan kemenangan mutlak si syaitan dan iblis... na'uzubillah.

wak-labu said...

Minta tolong senaraikan blog ini pada semua rakan BPN

wak-labu.blogspot.com

bluehope said...

Bluehope tak sokong parti pmbangkang, itu sudah pasti. Dan Bluehope jgak tidak akan sokong pmimpin kerajaan yg tidak layak dijadikan role model. Kita sbagai org Islam kene pndai mnilai mane yg baik dan buruk. Bukan bdasarkan ape yg org kata. Dan tak perlu jgak kita nak bsorak mgatakan saya tak suka org ini, dan saya tak suka org itu. Cukup skadar dlm hati kita memilih siapa yg layak mjadi pmimpin. Yg pastinya ramai pmimpin skarang sdah tkeluar dari landasan.

Kita dh lihat apa stiap dari mereka buat kpd lawan masing2. Tidak ada bezanya...

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More