Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz beri 'lesen' DAP hina Islam ?




Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005

Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.

Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.

Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.

Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia?

Apakah Nik Aziz buat kenyataan seumpama itu untuk sedapkan hati sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang?

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pemimpin DAP yang menghina Islam.

Bagi kebanyakan orang jika benar bagai didakwa ada pemimpin DAP yang terlibat menghina Islam ia sudah melangkau batas politik.Ini adalah soal agama.

Memang ramai yang marah membaca apa yang tertulis dalam sebuah laman blog yang sudah dimatikan baru baru ini.

Laman blog yang didakwa ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook,( beliau nafikan terlibat dalam laman blog itu) ada komen komen yang mencarutkan Islam.

Semasa membuat kenyatan itu Nik Aziz dalam dalam nafas yang sama cuba mengalih isu kepada musuh politiknya dengan menyatakan orang Islam yang menolak Islam lebih hina.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya. .

Menurut Nik Aziz, PAS sebagai rakan DAP akan memberikan penerangan kepada para pemimpin parti sekutunya itu agar mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Agak menarik untuk bertanya pada Musyridul Am PAS itu apakah pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang terkenal minta langkah mayatnya dulu jika PAS hendak laksanakan pentabiran Islam di negara ini sudah berubah pendiriannya..

Ia bukan baru sehari dua,seminggu atau sebulan berlalu tetapi sudah hampir dua tahun Pengerusi DAP itu tidak berganjak.

Tolong tanya orang kuat DAP Lim Kit Siang samaada beliau sudah memahami hasrat dihati PAS nak laksana pentabiran Islam itu?

Cakap semua orang boleh cakap tetapi forum apa,wacana apa dan perbincangan apa yang sudah dibuat hingga mereka sudah ‘ lembut hati’.

Hakikatnya ada yang merasa kenyataan terbaru Nik Aziz tersebut memberi ruang kepada para pemimpin DAP untuk terus mempertikaikan Islam kerana telah diberi lesen ‘tidak faham’ itu..

Ini belum lagi masuk bab isu gambar bogel ADUN PKR Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.

Exco Selangor itu dengan baju kurung dapat berdiri atas pentas ceramah di Kelantan sedangkan hakikatnya semua orang tahu gambar bogel itu dirakam oleh teman lelakinya yang juga seorang ahli PKR beragama Islam.

Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS mempersoalkan tentang isu Elizabeth bersekedudukan.

Jangan nanti ada yang berkata bila ia menyangkut kepentingan politik jumpalah Nik Aziz tentu ada fatwa,formula,jawapan dan kewajaran yang boleh diberikan oleh Tok Guru itu.

Agenda Daily

10 comments:

Tungaklangit said...

salam bro pejuang cyber

kenyataan seorang ulama politik dengan ulama sebenarnya lain dan berbeza sama sekali...

lihat kenyataan Tan Sri Harunssani dan bandingkan dengan Nik Aziz

di situ kita dah tahu dimana kepentingan kata2 mereka itu

salam

Anonymous said...

Parti Angkatan Sial. Termasuk TGNA. Kalau Islam di hina maka kepala ulama boleh di pijak dan di terajang. Apakah Islam tempat boleh di hina. Islam sepatut di hormati bukan sesuka hati boleh mencarut. TGNA dah gila nak mampus

Anonymous said...

Orang bukan Islam bila kata kat Islam kita hisabkan ianya hina islam. Tapi bagaimana pula jika ada golongan melayu yang mengaku islam kemudian tolak perundangan islam??? Adakan boleh dikatakan menghina islam atau munafik?

Anonymous said...

Kat mana2 blog umno ni semua dok citer benda ni.Boring sunguh..yang dok pi tanya nik aziz tu sapa suruh.Kan dah kena atas batang hidung hangpa.Tanyalah ust harussani nun sama tentang perkataan mencarut 'pukimak' yang orang melayu dok pemalu bangsa melayu sendiri nun.
Dahlah dok putar belit kenyataan nik aziz.Samalah nik aziz,khairi,paklah ni semua,asyik kena hentam ngan umno je bila diorang tak suka.

Ex-UMNO said...

Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

rizal said...

ini bukan cerita menyokong UMNO...ini cerita ulama Islam mengizinkan orang bukan Islam menghina Islam...Masyaallah, selepas 2 penggal pilihanraya umum saya menyokong PAS...nampak gayanya selepas ini kena cari calon bebas yg beragama Islam yg sanggup mempertahankan agama Islam...Allahuakbar

Anonymous said...

Mmg betul la apa yg Allah kata dalam Al-Quran, apa yg kita selalu buat tu yg menutup hati kita...

Kalu mperjuangkan Islam, xkan lah bagi org bukan Islam hina Islam...

Kalu mperjaungkan kuasa...sanggup leh bagi org hina Islam utk dapat kuasa...


Satu benda yg aku tak puas hati, pnykong2 PAS ni kalu kta komen dia, mesti dia nk kaitkn ng kburukn UMNO.
Komen pasal PAS...dia jwb UMNO tak bgus...
Komen pasal PAS...dia jwb UMNO tak bgus...
Komen pasal PAS...dia jwb UMNO tak bgus...

Tu je la keje blogger2 PAS...

Kenapa leh nak cuba fahamkan org kafir yg benci Islam...
Tapi tak cuba nak fahamkan org Islam yg lemah Islamnya???

Cth: Ada kawan Islam, tak solat sbb iman lemah...pastu ko gi muzakarah ng cina kristian, gtau dia pentingnya solat...Camtu ke cara ko? Ke...just nk kuasa je???

Mana2 blog UMNO pun criter isu ni...sbb UMNO ISLAM...
Ko bosan? sbb xder kne mngena2 ng agama ko ke?

~mokhtar~

Anonymous said...

Mmmm....lagi satu...

AKU PUN DAH TAK NAK UNDI PAS....
PAS BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!
PAS BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!
PAS BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!
PAS BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!
PAS BUKAN PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!

~mokhtar~

Anonymous said...

Aku pun taknak undi umno lagi..
UMNO BUKAN PEJUANG MELAYU
UMNO BUKAN PEMBELA MELAYU
UMNO PEJUANG BANGSA LAIN
MELAYU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI
CUKUPLAH 50 TH AKU SOKONGNYA..KENA TIPU JE MELAYU

Anonymous said...

Betul...betul...

UMNO dan PAS sama je...
UMNO dan PAS sama je...
UMNO dan PAS sama je...

Sistem Demokrasi mana ada dalam Islam...

Dengan Sistem Demokrasi la lahir org2 politik2 mcm skrg ni...

Islam ajar pentadbiran SYURA dan KHALIFAH...

Lpas ni aku nak try join Hizbut Tahrir dan Tabligh la plak...aku akan mencari...sampai Allah tunjukkan mana satu usaha agama yang HAQ!!!

Yang pasti....PAS dah tak macam dulu...PAS skrg menuju BATHIL...
Dan ulama2 PAS yg tau hakikat ni...TAPI hati dah KERAS dgn PAS...

Mcm PakCIk Nabi, Abu Talib...tahu kebenaran Nabi Muhammad
tapi disebabkan dah lama berjuang dgn golongan bangsawan Quraisy...
tak sanggup tinggalkan ke'famous'an di kalangan kafir Quraisy...


~mokhtar~

p/s: sapa tau mcm mana nak isi borang ahli hizbut tahrir atau tabligh?

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More