Saturday, August 29, 2009

Isu gambar bogel Eli, Anwar rancang ramai lagi ADUN PKR letak jawatan

JIKA mengikut perancangan Anwar Ibrahim yang sudah dibocorkan beberapa blog, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang enam lagi pilihan raya kecil melibatkan Adunnya yang akan meletakkan jawatan.

Mereka ini menarik diri kerana pelbagai sebab yang diatur oleh Anwar termasuk dimalukan secara berterusan seperti Elizabeth Wong selain dituduh gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Adun dan didapati mengkhianati parti.


Menurut rahsia dibocorkan itu antara yang bakal terlibat adalah Adun Sri Muda, Bakar Arang dan Lunas. Terbaru pula laporan dari Rembau memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sebagai berkata BN mempunyai maklumat dua wakil rakyat PKR iaitu Adun Sikamat dan Adun Ampangan juga bakal meletakkan jawatan.

Mengenai Elizabeth Wong, kita tidak perlu sangsi lagi betapa rendahnya moral Adun ini berikutan kerana kes gambar separuh bogel dan penyiaran gambar-gambar lucah selanjutnya oleh blogawan terkemuka beberapa minggu lalu.

Walaupun PKR, Anwar dan pemimpin Pas Nik Aziz Nik Mat cuba melindunginya, namun hakikatnya adalah seorang lelaki Melayu dibenarkan Elli masuk ke rumahnya. Perbuatannya itu menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai akhlaknya.

Apakah pula dosa dan kesalahan Adun lain hingga mahu dikorbankan Anwar tidak diperjelaskan namun semuanya tetap bakal dipinggirkan PKR.`

Tindakan melulu Anwar itu tidak syak lagi ingin mencapai muslihatnya. Seboleh-bolehnya mahu Umno-BN bertanding di semua DUN dianggap kubu PKR hingga calon-calon BN kalah bagi menaikkan imej pembangkang terutama Anwar sendiri sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Namun sebagaimana dinyatakan oleh pemimpin Umno-BN, ia tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor pembangkang yang bertujuan menaikkan imej mereka dengan mengadakan pilihan raya kecil di kubu kuat pembangkang.

Kini terbukti keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil N.12 Penanti membuat Anwar bukan saja kecewa malah juga terlalu marah hingga melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian termasuk ia menandakan permulaan zaman kejatuhan BN.

PKR dalam ulasannya disiarkan Suara Keadilan online menuduh Umno-BN sebagai dayus dan pemimpinnya kehilangan maruah diri selain takut kalah terus dalam siri pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.

Anwar sendiri seperti mati akal apabila BN tidak bertanding di Penanti kelak. Kempen ceramah di lubuk Pas itu seolah-olah terhenti dan lemah longlai tanpa pertandingan dinanti-nantikan Anwar mungkin untuk terus menimbulkan senarai apa dianggapnya sebagai kelemahan kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Kini harapan Anwar untuk terus mempersalahkan kerajaan dalam setiap langkah diambil dan mungkin memperjuangkan nasib kaum India dan Hindraf,dengan dakwaan kononnya tidak tercapai.

Anwar Ibrahim kini semakin buntu. Dia sebenarnya mahu rakyat terus memperkatakan tentang dirinya lebih-lebih lagi kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.

Tanpa tentangan hebat pada pilihan raya kecil di lima hingga tujuh kawasan DUN baik di Negeri Sembilan, Selangor mahupun Kedah, apatah lagi di Penanti, Anwar tergamam dan mungkin akan masuk ‘dalam bungkusan tong sampah sejarah saja’.

Beliau kini harus sedar Umno-BN tidak akan sama sekali mengikut rentak tarian sewelnya.
-malaysiaaktifcom

Wednesday, August 26, 2009

Pmtg Pasir - PAS akan terus menjadi boneka DAP


Keputusan PRK Permatang Pasir sungguh menarik dan penuh tanda Tanya? Apakah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, sedangkan rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK yang lepas tidak langsung mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.

Para penyokong PAS dan pemimpin-pemimpin PAS, tak payahlah nak alih perhatian dan bermegah-megah diatas kemenangan calon PAS tersebut. Masalah utama sekarang depan mata ialah PAS menjadi boneka DAP. Ulamak PAS dah jadi ulamak tikus.

Apa tidaknya, kalau wakil parti PAS tidak duduk dalam Kerajaan Negeri, mana mungkin DAP mengambil berat kawasan PAS ini. Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi Exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir.

PERINGATAN DAP adalah satelit PAP, parti yang memerintah Singapura. Lee Kuan Yew antara pengasas DAP waktu Singapura berada dalam Malaysia. Ketika Anwar Ibrahim dituduh atas tuduhan liwat dan dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dulu, Singapura menanggok di air yang keruh dengan memberi sedikit sebanyak bantuan kepada Anwar. Tak mungkin Anwar Ibrahim tidak berasa terhutang budi terhadap Singapura.


Ada beberapa kali Kerajaan PAS Kelantan memberi konsensi pembalakan di Ulu Kelantan kepada syarikat anjuran kerajaan Singapura. Kali pertamanya pada waktu hendak membina jambatan merentang Sungai Kelantan. Maka tidak hairan TG Nik Abdul Aziz pernah menyambut Lee Kuan Yew sebelum ini dengan penuh mesra.

Komen pembaca diatas kemenangan Boneka DAP semalam:

Spark August 25, 2009 10:34 PM

Mungkin penyokong dan ahli Pas yg karat hijau ramai yg bangga bila menang sorak kampung tergadai.

Soal menang sorak kampung tergadai bukannya masalah besar dalam dokrin Pas kepada penyokong dan ahli mereka. Ramai yg menerima buta tuli dan ramai lagi penyokong, ahli Pas yg kesal tak sudah bila Pas sanggup jadi boneka DAP.

Jangan pelik dan hairan bin ajaib atau mulut terlopong. Pas sudah biasa bermain politik bukan utk kepentingan agama, bangsa dan negara. Inilah Pas yg sebenar, agama hanya mainan utk umpan undi parti, soal maruah agama, kedaulatan bangsa dan negara bukan keutamaan mereka.

Di Selangor jangan pelik, hairan bin ajaib atau terkejut beruk. Penyokong Pas sememangnya ramai yg menjangkakann Pas akan mendesak keutamaan Kerajaan selangor utk dahulukan program dan peruntukkan utk tujuan keIslaman, namun mereka hampa sebab perihal babi, arak, rumah urut yg didahulukan. Mana pergi laungan hudud sebelum ayam berkokok, mana pergi laungan negara Islam sebelum matahari terbenam?... Hilang disebalik kerakusan kuasa boneka sahaja.

Benar DAP telah menang dan DAP pemenang yg sebenar PRU 12 yg lalu. Pas dan PKR hanya balaci utk memudahkan usaha mengikis kuasa politik Melayu Islam. Lagi pula, selama ini Pas dan PKR hidup atas usaha utk ranapkan kuasa politik di tangan UMNO dan bukannya berminat utk memperbetulkan kesilapan dalam UMNO.

Paling besar hikmah PRU 12 yang lalu, sudah tiba masa utk kita semua menonton belang sebenar disebalik jubah dan serban Pas. Dan ini juga peluang terbaik utk membuka mata penyokong keras pedal PKR betapa Anwar hanyalah seorang politikus busuk yg mengejar kuasa impian dan sanggup lakukan apa saja utk menggapainya.

Apapun, persoalan besar sekarang, sampai bila Pas & PKR akan menjadi kuda tunggangan DAP? Dan selama mana pakatan pembangkang dan negeri dikuasai mereka mampu bertahan?. Bergantung pada masa dan kesedaran orang Melayu Islam tentang untung nasib mereka kelak. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua yg menentukannya.

Kin Harun August 26, 2009 1:47 AM

Risau saya pada penduduk MELAYU di Pulau Pinang?Apakah PAS boleh membantu?Mampukah PAS menukar landskap pemerintahan pembangkang di PENANG?

Setidak2nya semasa BN memerintah dulu

banyak yang dah dilakukan untuk org MELAYU...lihat dari segi hartanah..

BN beri pengecualian cukai duti setem sebyk 50%.Inikan dapat bantu org MELAYU yg berpendapatan rendah utk beli rumah.

Lagi..withdraw account kedua melalui KWSP,YG PENDAPATAN RENDAH (Melayu terutamanya)boleh pasang angan2 miliki rumah.

UDA Holdings?Itukan kelebihan MELAYU dan selalu terlibat d sektor pembinaan..akn membantu MELAYU.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)focus pada golongan yg punya gaji lebih kurang RM12OO SEBULAN.

Dan banyak lagi...

Tapi apa yang PAS buat..janji SYURGA saja..

Yang mengundi BN di PMTG PASIR pasti sedar ini...

Bila ikuti ceramah mereka,macam2 yang diucap..,pengikut PAS maki hamun org UMNO...'HANCUR UMNO'

Saya lantas bangun dan tinggalkan ceramah..,saya anggap mereka ini kelas bawahan dan punya tahap pendidikan rendah..inilah kelebihannya bila mereka membiarkan diri menjadi kaum MELAYU yang dipinggirkan,menyebabkan terbentuknya sifat kasar dan keras...

Ceramah mereka janji itu dan ini..

Janji adalah perkara yang sangat berat..apalagi janji untuk meraih simpati.Janji juga adalah hutang,dan cukuplah ianya dianggap MUNAFIK bila tidak ditepati..

Lebih baik sokong UMNO Dulu , Kini dan Selamanya...

Tuesday, August 25, 2009

UPDATE : PRK Pmtg Pasir - Proses pengundian tamat

PAS menang, majoriti menurun

kemaskini 7.31pm PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.



Sila ikuti blog Dun11-permatangpasir.blogspot.com untuk mengikuti berita permatang pasir dari masa ke semasa.
Dun11-permatangpasir.blogspot.com



Berita Terdahulu

Sehingga jam jam 4 petang tadi, 70.5 peratus atau 14,031 telah keluar mengundi. SPR mensasarkan 80 peratus pemilih akan keluar mengundi.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Peluang BN cerah kata Muhyiddin

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau yakin wujudnya kecenderungan di kalangan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon parti itu.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukannya pada pagi hari pembuangan undi, beliau berkata, perkembangan itu menjadi petanda berlakunya angin perubahan rakyat yang mula mempercayai BN.

Pada sidang media tengahari Selasa, Muhyiddin turut berharap 50 peratus pengundi yang belum keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari akan berbuat demikian menjelang pusat pembungan undi ditutup jam 5 petang nanti memandangkan cuaca yang baik setakat tenghari.

Katanya, jumlah pengundi yang besar keluar menunaikan tanggungjawab mereka, akan memberikan peluang yang lebih besar kepada BN untuk mencipta kejayaan.

Diminta mengulas soal kepercayaan rakyat yang mula pulih kepada kerajaan, Muhyiddin berkata, ini kerana rakyat sudah mula menerima hakikat pentingnya kestabilan di negara ini.

Dengan itu katanya, rakyat sudah boleh menerima hakikat dan tiada siapa dapat menolak peranan Melayu dan UMNO sejak merdeka lagi menjadi teras serta tunjang kekuatan politik dan kestabilan negara.

Mengenai dakwaan wujudnya pengundi hantu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, maklumat mengenai isu berkenaan akan dikumpul dan akan dijadikan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan isu berkenaan diatasi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Monday, August 24, 2009

Pmtg Pasir : TANDA-TANDA KEMENANGAN BN

Update : Lintas Langsung Permatang Pasir

Sila ikuti blog Dun11-permatangpasir.blogspot.com untuk mengikuti berita permatang pasir dari masa ke semasa.

Dun11-permatangpasir.blogspot.com


TANDA-TANDA KEMENANGAN BN




Tiada kata seindah bahasa

Kegembiraan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata

Biduk berlalu kiambang bertaut jua

Carik-carik bulu ayam

Sekeping gambar membawa seribu makna





Sumber ruang bicara faisal RBF



Nota Pejuang Cyber:

SALAM HURMAT!!!

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. KEMBALI KE ASAS PERJUANGAAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN MELAYU.

AYUH RAPATKAN BARISAN, SAMA-SAMA KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN UMNO!!!

BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! DAN TERUSLAH BERJUANG !!! SEMARAKKAN JIWA KITA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!! KITA PENYAMBUNG WARISAN PEJUANG BANGSA!!!

KEKUATAN KITA APABILA MENGGABUNGKAN KELEBIHAN YANG ADA, MEMAAF KESILAPAN RAKAN RAKAN YANG MUNGKIN TERLANJUR TERKASAR BAHASA

BRO... SAYA POHON KEMAAFAN SEKIRANYA ADA TEGURAN DARI SAYA MENYINGGUNG HATI SAHABAT...

TEKADKAN SEMANGAT!!!
KITA TAWAN PERMATANG PASIR
HIDUP UMNO!
HIDUP BARISAN NASIONAL!

SALAM PERJUANGAN



Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman Barisan Nasional, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pengundi Permatang Pasir perlu membuat pilihan yang bijak untuk memilih wakil rakyat mereka memandangkan kerajaan negeri turut bergantung kepada bantuan kerajaan pusat. Sudah tiba masanya pengundi Permatang Pasir berubah...

Perlu dibaca > Permatang Pasir : Pilihan Di Tangan Anda

Sunday, August 23, 2009

Nik Aziz pemegang kunci pintu ke syurga ?


Nik Aziz mahu saman media kerana katanya memetik ulasan yang salah dari apa yang beliau katakan. Katanya, Ahli UMNO dan Penyokong UMNO adalah dua perkataan berbeza." Inilah yang kita katakana, apabila seorang manusia yang tahu dirinya membuat salah namun mahu menyalahkan pula apa yang dibuat. Betul ke tidak Nik Aziz ini. Kalau dia kata Penyokong UMNO dan bukan ahli UMNO yang tidak masuk syurga, kerana mengamalkan Islam Palestin, bermakna adalah Objek yang bernama manusia yang di maksudkan oleh Nik Aziz itu.



Sama juga apabila Nik Aziz mengelirukan kes khalwat Mat Sabu, apa juga number biliknya, yang pasti dalam satu bilik yang diserbu itu ada Mat Sabu berdua dugaan dengan isteri sahabatnya tetapi di Selamatkan oleh Nik Aziz dengan mengelirukan Number bilik. Mungkin ramai yang sudah malas nak layan orang tua ini yang sentiasa mahu mengalirkan orang lain dan yang sentiasa memilih sendiri siapa yang masuk syurga dan siapa yang tidak masuk syurga.

Cara mereka masuk syurga sama la seperti anugerah bintang yang di perkenankan oleh Nik Aziz dalam mempersembahkan bintang kebesaran negeri Kelantan. Kalau beliau merasakan, Lim Kit Siang boleh masuk syurga, beliau akan cipta satu fatwa yang membolehkan mereka ini masuk syurga, Sesiapa yang berimamkan Anwar Ibrahim dalam solat mereka juga antara mereka yang akan menjadi penghuni syurga. Syurga sudah menjadi seperti satu permainan dan barangan anugerah, Nik Aziz boleh tentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidak layak masuk syurga.

Penyokong UMNO, tak boleh, bagaimana pula dengan ahli ? yang ini tidak pula dinyatakan oleh Nik Aziz apabila peguamnya mahu menyaman media. Mulanya mereka mahu menutup juga kesilapan dengan mencabar media mendedahkan lantas media dedahkan , mereka pusing pula kata -kata dari ahli kepada penyokong. Nik Aziz terlalu banyak menggafirkan umat Islam, meletakkan mereka di neraka sesuka hati beliau saja. Apakah Nik Aziz masih tidak insaf dan sedar atau langsung tidak merasa takut dengan fatwa fatwa beliau yang boleh menyonsangkan pemikiran umat Islam.

Beliau mengatakan UMNO adalah sebuah parti sekular yang mengasingkan agama dan parti politik dan dengan itu masyarakat yang mengasingkan Iman dari agama tidak boleh masuk Syurga. Bagaimana pula dengan Pas dan politik? Adakah PAS menyatukan Parti politik gabungan mereka PKR dan DAP dengan agama serta iman? Apakah mereka yang menganut agama PAS dan PKR serta DAP akan masuk syurga? Keranan menurut Nii Aziz, gabungan mereka DAP dan PAS adalah sebuah parti yang berlandaskan agama dan Iman. Takebeer.................

KPMU

Lain-lain berita HANGAT!



Exco Kedah keluar PKR, sokong PM
ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Perlu dibaca >>RADZHI TERKELUAR DARI SENARAI SYURGA NIK AZIZ - PAS SEMAKIN BERCELARU, PRESIDEN PAS KIAN TERSISIH



Perlu dibaca >> SOALAH CEPU MAS, PKR DAN DAP KE SYORGA ATAU NERAKA.?

Perlu dibaca >>Nik Aziz – bidas UMNO, desak ADUN Galas letak jawatan

Perlu dibaca >>N11 Permatang Pasir: Yusri rasa bersalah dan 'akui" diguna PR burukkan Rohaizat



Perlu dibaca >>Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tiada Bukti Kukuh - Dakwa Peguam Bela.

Video Pengakuan & Pendedahan Salleh Man Makan Duit! Blogger Sahut Cabaran Mujahid!



Saturday, August 22, 2009

PRK Pmtg Pasir : Tiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang - Khairy Jamaluddin




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menegaskan, ketiga-tiga persoalan pokok tersebut telah ditujukan kepada pakatan pembangkang sewaktu berceramah di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir.

Berikut adalah petikan dari laman blog Khairy Jamaluddin

“Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil ini sudahpun diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO. Kami mengesyaki bahawa ada usaha besar-besaran dari pihak PAS untuk memindahkan para pengundi mereka yang dari kawasan-kawasan DAP yang berhampiran ke kawasan PAS (Permatang Pasir). Ini kerana PAS sedar bahawa undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Tidak seperti dakwaan-dakwaan pihak lawan, Pemuda UMNO tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun menyerahkan bukti fenomena ini. Kelmarin Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Norman Zahalan membuat laporan rasmi kepada SPR berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" di mana Pemuda UMNO mendapati bahawa terdapat pengundi-pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah. Adakah PAS begitu takut berlawan dengan UMNO di gelanggang yang rata sehingga perlu menipu untuk menang? Jika tidak, saya menggesa pihak PAS memberi penjelasan mengenai isu ini kerana Pemuda UMNO sudah pun memberi contoh nyata hal pengundi hantu dari PAS.

Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan saya mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"? YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng seperti biasa mengelak dari isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa Tuan Haji Salleh Man akan dilantik selaku wakil PAS dalam Exco Kerajaan Negeri sekiranya menang pada PRK ini.

Usahlah YB "Jeff" Ooi dan konco-konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat; tak jemu-jemu mengungkit isu saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik sebagai Menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak di bangku sekolah pun boleh membezakan antara seorang individu seperti saya ini, dan sebuah parti besar seperti PAS yang diketepikan dan diaibkan oleh DAP yang berperanan seakan buli dalam Pakatan Rakyat.

Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini, saya tidak langsung mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat. Apapun kelemahan dan kecacatan kempen pilihan raya BN, sekurang-kurangnya kami menerangkan kepada rakyat intipati perjuangan kami untuk mereka sekiranya menang. YAB Timbalan Perdana Menteri

sendiri sudah menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir ini jika BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir.

Apa tidaknya, kalau wakil parti PAS tidak duduk dalam Kerajaan Negeri, mana mungkin DAP mengambil berat kawasan PAS ini. Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi Exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir – oleh sebab inilah tiada satu pun perancangan pembangunan pro-rakyat yang dihebahkan kepada pengundi. Sebaliknya, PAS lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar.

Tiga persoalan pokok ini telah saya tujukan kepada Pakatan Pembangkang sewaktu ceramah saya semalam di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir. Saya menanti sebarang jawapan dan respon dari pihak pembangkang.”

Friday, August 21, 2009

Permatang Pasir : Siapa bohong Siapa?


Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman Barisan Nasional, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Apabila krisis ini bermula, mula timbul geng Mat KAPOR buat pendedah@pembohongan... Gang upahan Mat KAPOR cuba mencari ruang menghentam kepimpinan Barisan Nasional dan cubaan menjatuhkan dan menggugat kedudukan calon BN ini, Rohaizat. Selanjutnya sila baca disini…


KES SONGLAP DUIT, Mujahid buat lawak pandai pulak minta bukti dan jadi anak jantan kepada blogger, rasanya Mujahid tak cukup jantan lagi agaknya... Jelas yang menyertai PAS dari kalangan tokoh-tokoh terkenal terdiri dari yang ada masalah peribadi dengan pemimpin UMNO dan kerajaan, bukan kerana dasar parti. Kemasukan mereka dalam PAS adalah kerana balas dendam atau tidak ada tempat dalam UMNO, rujuk kes orang yang bergelar Datuk yang masuk PAS. Kes yang ni lagi parah, RM600,000 Beb???? Sila baca


Berdasarkan tinjauan dan maklumat yang diperolehi, pengundi Permatang Pasir tidak mahu lagi menyokong parti yang menjadi boneka kepada DAP. Jika mereka mengundi calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bermakna mereka mengundi DAP. Pemimpin Pas hanya diperguna untuk jadi boneka mereka (DAP) sahaja.

Dulu mereka bagi peluang kepada DAP, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau undi calon Pas, yang meraih keuntungan adalah DAP,. Pembangkang tak boleh hidup tanpa ehsan BN. Kalau kerajaan BN yang ada tidak kuat, tak stabil, lingkup habis pembangkang. Yang jaga rakyat ialah kerajaan BN. Mereka hanya tenggek pada BN.



PAS lebih suka kepada DAP yang merupakan musuh Melayu. Hal ini amat ketara dari dulu sampai kini dan selamanya. Masih teringat lagi Hj. Hadi bersekongkol dengan Lim kit Siang dalam tunjuk perasaan Bersih, mansuhkan ISA. Apa dah jadi sampai sekarang berkasih lagi.



Sepanjang masa pemimpin PAS mencari salah orang untuk dikeji cerca. Setiap saat dan ketika apa yang UMNO/ Kerajaan buat semuanya tidak betul. Ada saja yang ditaawil supaya yang baik dari UMNO menjadi jahat.

Bila PAS menang pilihanraya Malaikat tolong, bila kalah, UMNO tipu!



Undi PAS Masuk Syurga!

Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO. Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf.

Dulu PAS bercakap nak jalankan hukum Allah bila dah memerintah mula banyak helah, baru tahu betapa susahnya memerintah, nak khabar apa lagi kepada rakyat; isu kurang, hujah tak dok, naik jadi macam orang gila, bertempek sorak tengah jalan, siang malam nak buat rusuhan. PAS doh tak sebut lagi nak jalankan hokum Allah. Allah pun dia kecek (tipu)

Ingatlah;
Allah SWT menyeru kearah kesejahteraan
Maksud al quran
Ayat 15, Surah Yunus
Masuk Islamlah kamu semoga kamu selamat sejahtera
Maksud hadis.


Pengundi Permatang Pasir perlu berfikir dengan matang untuk memilih wakil rakyat mereka memandangkan kerajaan negeri turut bergantung kepada bantuan kerajaan pusat. Sudah tiba masanya pengundi Permatang Pasir berubah...



Mereka akan undi BN!!! Don't Worry....

Wednesday, August 19, 2009

Muhyiddin - Pengundi jangan emosi, fikir cara rasional


Pengundi di Permatang Pasir perlu berfikir secara rasional dalam memilih wakil rakyat mereka kerana kawasan itu tertinggal daripada segi pembangunan ketika dipegang oleh wakil Pas selama tiga penggal iaitu 15 tahun wakil Pas pegang kawasan itu tapi apa yang mereka buat untuk bantu penduduk?

Masih banyak pembangunan dan kekurangan di Permatang Pasir yang perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan, Kita mahu mulakan perubahan di sini dan kita nak tukar pandangan orang yang menyatakan BN tidak!!!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan pengundi supaya tidak beremosi ketika memilih calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pada pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) yang diwakili Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Muhyiddin mengingatkan pengundi supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Rohaizat.

Beliau turut menyelar kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa anggota Umno tidak masuk syurga dan meminta pengundi Permatang Pasir menilai kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

"Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama.

"Patut Majlis Fatwa buat kenyataan bahawa jika dia sebut begitu, dia tak boleh dipanggil tok guru," katanya.



Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

PAS memperalatkan Islam

Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM

PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

Ingatlah;

Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

[Video Update] Sendiri Mau Ingat Brader!!!


Kami blogger menyokong 1Malaysia...

Demi masa manusia sentiasa berada di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.Masih adakah mereka yang mengaku sebagai pejuang agama yang beramal soleh bertaraf mukminin, muklisin atau sekadar yang bertopengkan islam?

Setiap manusia pasti akan sakit, akan menjadi tua dan akhirnya akan mati. Dunia ini tempat kita tumpang lalu menuju ke akhirat yang kekal. Harimau mati meningalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama yang bagaimana?

Bro Jinggo? Panglima Perang Cyber? Abg Tuah? RBF? Pejuangbangsa? Taminsari? Gomo? Ore Oyabun? GAP? Pisau? Wenger J Khairy? Sakmongkol? Medan Info? TM? Perak Bangkit? Yop Perak? Demang? Roshatika? Dll sahabat blogger yang berjuang siang dan malam untuk memastikan galaksi alam maya ini dikuasai sepenuhnya oleh blogger PRO KERAJAAN, PRO BN!

Atau Nama seperti ini ParpuKari?


Komen ParpuKari didalam blog mayakhairy

Artikel ParpuKari : SANG PENJILAT & PENCACAI HARAMJADAH!

Tahniah ParpuKari kerana anda telah berusaha sedaya upaya anda untuk memecah belahkan perpaduan bloggers di alam maya ini!!! Anda juga berjaya memalukan diri anda sendiri, TAHNIAH!!!

Sehingga hari ini saya pelik dan tertanya-tanya? Apakah perjuangan yang anda perjuangkan selama ini? Nama? Duit atau gile glame?

Kami tak mulakan percakaran ini!!! Kami mempertahankan hak kami!!! Sendiri Mau Ingat Brader!!!




Nak bercerita sedikit dengan ParpuKari…. Brader? Persidangan umno dah BERAKHIR!!! Janganlah nak merosakkan nama umno kerana dendam kau yang belum berakhir itu!!! MATANGLAH SIKIT BEB!!!




Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua.

Walaupun KJ bertanding atas slogan Setiakawan, ada Berani Berubah slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir dan Pemuda Berani oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO!!!

Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama KJ untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada pilihan raya kecil ini Permatang Pasir.

Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kita kena bersama-sama.

Kepada Pemuda Setiakawan para penyokong setiakawan:

Satu ketika dulu ada yang tulis kata KJ tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)...habis, pencalonan yang diterima KJ nyawa-nyawa ikan.

Bila KJ turun ke bawah, arus menentang kata mereka tapi KJ kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan, lama dah kita tinggalkan UMNO.

Impian Bro Jinggo mahu melihat Melayu Bersatu!!! MELAYU PERLU BERSATU

Kerana ParpuKari tidak menghurmati blogger sesama blogger, Identiti ParpuKari dibongkarkan oleh RaksasaBN!!! Peringatan!!! Jangan terlalu taksub atau pentingkan diri sendiri beb! Saya baru menerima masej dari kumpulan Raksasabn, mereka akan terus menerus membongkarkan MAKLUMAT mengenai ParpuKari satu persatu! Kerana itu adalah pilihan ParpuKari! Sendiri Mau Ingat La Beb!
It is I, Raksasabn



Lagu untuk ParpuKari aka House PK dan Rakan-rakannya...

Cermin diri dulu le...



Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.

Menurut beliau calon BN itu sepatutnya menarik diri kerana mempunyai masalah moral selepas didakwa terbabit dalam kes pecah amanah dan lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam pada tahun 2008.

Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengingatkan PAS agar mencermin diri dulu sebelum hendak bercakap soal moral.

“PAS cari modal lainlah”, kata beliau kepada Agendadaily.

Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya.

Sebaliknya, kes itu membabitkan rakan kongsi beliau dah semua sudah selesai.

Bahkan katanya, semua pembayaran berkaitan kes koperasi itu sudah dijelaskan.

“Rohaizat tidakpun dituduh di mahkamah, macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berdepan soal moral tetapi PAS tak pedulipun.

Lagipun katanya, Mahfuz patut akur arahan Mursyidul Am PAS supaya jangan menyerang peribadi ketika berkempen di Permatang Pasir.

Hujah Zainal Abidin itu ibarat PAS sengaja meludah ke langit.

Soal moral kerap jadi isu setiap kali ada pilihan raya dan selalunya calon BN jadi sasaran.

Padahal ramai tahu, pemimpin pembangkang juga hebat dengan kes-kes moral ini termasuk ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong.

Gambar-gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor itu dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki Melayunya, seorang ahli PKR, senyap begitu sahaja.

Orang PAS pun tak kisah soal itu kerana Elizabeth sudah jumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan itu bagai tak nampak wanita itu ada kesalahan moral.

Selain kes Anwar, Elizabeth ada juga pemimpin PAS bertaraf ulama iaitu Ketua Dewan Ulama Perlis, Abdul Rashid Rahman yang moralnya boleh dipertikaikan.

Ekoran sikap panas barannya, isteri beliau, Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.

Dalam perbicaraan kes perceraian itu isteri beliau mendedahkan selain sering dipukul suami dan ‘hari-hari mau’, isterinya turut mendedahkan “dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang” .

Kerana tak tahan isterinya tuntut cerai dan keluarlah macam-macam cerita ketika kes itu dibicarakan.

Orang ramai juga pasti ingat kes Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 sebuah hotel di Kota Bharu.

Mat Sabu mengaku memang Norma datang jumpanya di bilik hotel dengan alasan nak beri ubat kerana Mat Sabu sakit kepala.

Adakah ini bukan kes moral yang pernah menggemparkan PAS.

Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral.

Terbaru kes perceraian ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja selepas mengislamkan wanita itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang mereka akhirnya bercerai.

Yang menariknya, wanita itu tuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Kenapa wanita itu tuntut sebanyak itu, kerana beliau pasti tahu di mana wakil rakyat itu kaut duit.

Kesimpulannya, tuduhan Mahfuz ibarat kata dulang paku serpih, kata BN, pembangkang yang lebih.

Sepatutnya, Mahfuz tegur kawan-kawannya dalam pakatan termasuk Anwar bab moral ini.

Lagipun biarlah pengundi Permatang Pasir tentukan siapa mereka nak pilih sebagai wakil rakyat dan Mahfuz, sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena patut jaga kawasannya, jangan menyibuk di tempat lain.

AGENDADAILY

Sunday, August 16, 2009

[UPDATE VIDEO] Pentas Pemuda gegar Shah Alam


[UPDATE VIDEO]









Khairy cabar Pas keluar pakatan


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.

Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.

Beliau berkata, Pas sering dilayan tidak adil terutama dalam pemberian kuasa walaupun ia terbesar dalam gabungan berdasarkan ahli dan sumbangan dari segi tenaga kerja pada setiap pilihan raya.

"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara.

Mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan pemimpin mereka yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa.

Katanya lagi,"Pas hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara.

Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam."

Kita perlu menghormati agama lain tetapi jangan pula kita membiarkan agama lain menghina kita," katanya.

"Pada pilihan raya kecil Permatang Pasir difahamkan Pas akan bertanding, saya cadangkan mereka minta jawatan Exco Pulau Pinang. Jika tidak dapat, keluar pakatan dan nilai harga diri," katanya.

Ketua Pemuda Selangor, Suhaimi Ghazali pula berkata sekiranya Pas mempunyai maruah dan prinsip parti itu tidak akan sanggup membiarkan diri mereka terus diperbudakkan rakan pakatannya dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jika Pas gagal menyambut cabaran ini bermakna Pas sanggup menggadaian Islam demi kuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertikaian penjualan arak di negeri itu di mana Pas akhirnya berdamai dengan DAP walaupun sebelum ini lantang menentang tindakan Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula arak yang dirampas dari kedai serbanika 24 jam di Shah Alam.

“Jika mereka (Pas) benar-benar memperjuangkan Islam seperti yang digembar-gemburkan saya cabar mereka mengulangi kenyataan tersebut. Jangan hanya kepentingan politik, mereka sanggup mengunci mulut dan memekakkan telinga“, katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato Hj Ahmad Nawawi memberikan kata kata yang begitu bertenaga, ternyata sebagai tuan rumah beliau begitu berbisa.

Lokman Noor Adam, EXCO Pemuda UMNO Malaysia pula memulakan kehangatan malam dengan penjelasan isu isu panas yang kini berlaku di Selangor.

Lebih kurang 1000 orang hadir berduyun-duyun ke program pemuda Shah Alam. Kepada mereka yang mahu membuat provokasi murahan, janganlah buat cerita dongeng. Bak kata Lokman Noor Adam, Hampa semua sama macam Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI). Depan belakang semua bole.


(Gambar: http://medan-info-kita.blogspot.com/)


Lain-lain Artikel dan Gambar:


Melayu Di Shah Alam Dah BANGKIT..! (http://medan-info-kita.blogspot.com/)


Pentas Pemuda : Pemuda Dedah Segala Kepincangan Pembangkang Dalam Siri Ceramah (http://sejarahmelayu.blogspot.com/)

Pentas Pemuda : Pemuda Dedah Segala Kepincangan Pembangkang Dalam Siri Ceramah

(http://www.brojinggo.blogspot.com/)


Nota: Kami juga diberitahu bahawa kain rentang yang dipasang dibeberapa kawasan dicantas oleh pihak pembangkang! Politik pembangkang sememangnya jijiks dan kotor? kenapa perlu takut apabila Pemuda turun untuk memberi ceramah!

AYUH RAKAN-RAKAN SEMUA KITA LAKSANAKAN MISI TAWAN SELANGOR KEMBALI!!!


SELANGOR BANGKIT : BENARKAH KENYATAAN MENGGEMPARKAN?
APA PENDAPAT ANDA? RAMPAS ATAU TUMBANG ?

Friday, August 14, 2009

Program pembangkang di Rembau kerana Pengkhianat takut dengan Khairy bukan sebab Khairy mahu menyertai Pembangkang




1. Bila membaca blog fotostate Parpukari pagi ini saya hanya mampu mengeleng kan kepala saja, bagi saya apa saja yang beliau dapat mengenai KJ tanpa menggunakan akal dan otak untuk berfikir, terus saja di tampal dalam blognya dan di tokok tambah sedikit bagaikan nasi tambah. Yang hairan beliau akan mencari tulisan yang berbau fitnah tanpa dirujuk atau diperiksa dahulu, Ini perangai orang yang tidak ada otak yang tidak tahu berfikir dan malas berfikir serta mengikut nafsu yang terlalu marah. Saya mata berbangga jika dapat melihat sendiri Parpukari yang menulis dengan idea dia sendiri sebab sebab dia marah sangat dengan KJ , Bukan sebab dia dengar dari musuh musuh KJ, Parpu terlalu banyak membaca blog dan akal dan fikirannya dikuasai oleh blog dan bukan alam realiti.

2. Hanya orang yang tidak waras dan dalam bahasa kasar nya gila saja yang akan kata KJ akan menyertai Pembangkang kerana ada program pembangkang di Rembau.Kalau KJ hendak masuk masuk pembangkang sudah lama beliau lakukan, tetapi itu bukan jiwa KJ yang sebenar, Bapa mertua nya , ayah, ibu dan Isterinya adalah orang UMNO, Beliau juga telah banyak membuat pengorbanan bagi Pemuda UMNO . Banyak program pemuda yang telah beliau laksanakan dan tidak nampak langsung ura ura beliau akan menyertai pembangkang, Ini semuanya fitnah, Fitnah dari mereka yang kecewa.mereka ahli UMNO yang kecewa,Tak kan lah hanya pembangkang membuat program di Rembau , membayangkan KJ mahu masuk pembangkang. Alasan ini tidak tepat jika mahu ditujukan kepada kerana dia adalah graduan Oxford London, bukan mahu berbangga dengan KJ , dari apa yang saya nilaikan dan observe cara politik KJ bukan lah cara Parpukari atau anakomak berpolitik kerana mungkin saya tak pasti, saya pun dah malas nak berfikir macam Parpukari, mungkin Parpukari Graduan UNiversiti Karipap, anak omak graduan Universitiontahmano.Lantak kau lah jang. Buat fitnah pun tak pandai, Buat fitnah sampai orang tahu awak buat fitnah,

3.Kalau nak tahu kenapa program itu diadakan di Rembau dan tidak di Jerlun atau mana mana tempat kepimpinan muda,

Biar den jawab jang,

A) kes Rembau - ini menandangkan KJ digeruni oleh pembangkang sehingga
mahu menghapus kan kerjaya politiknya dan kredibiliti beliau sebagai pemimpin pemuda yang digeruni oleh pembangkang, Sebenarnya DAP PAS PKR ,Anwar , Li m Kit Siang , Karpal Sing dll gerun dengan KJ dan bukannya Mukhriz, sebab mereka nampak KJ mempunyai permainan dan gaya kepimpinan yang begitu menyerlah dan mempunyai cara tersendiri yang telah mereka baca boleh membunuh Pakatan Rakyat.

B) Oleh itu mereka menganjur kan program di Rembau supaya bloggers seperti Mat Latah dan kawan kawan ini boleh melenting kerana tanpa berfikir akan terus menghentam dan menuduh bahawa KJ akan menyertai pembangkang dan ini memudahkan kerja mereka lagi kerana yang membunuh sekarang adalah bloggers latah yang jarang jarang menggunakan akal tetapi menjadi mesin fotostate,

C) Kepada penduduk Rembau , mereka harus berbangga kerana Rembau terpilih untuk di adakan program oleh pembangkang. Cari lah rezeki sebagai tambahan , jual air jual minuman dll.. Turun kan ramai belia Rembau dan , tahu lah apa yang saya maksudkan , apa yang harus dilakukan . Kerana NS bukan kubu pembangkang. Berbangga lah kerana yang datang adalah orang yang takut pada KJ. Buat banner banyak banyak dan tampal kan sepanjang jalan , Selamat datang pengkhianat . Pengkhianat takut kepada YB kami. YB Kami Hero kerana Pengkhianat takut kepada YB kami .

Itu saja dahulu, panjang panjang nanti tak faham pula si parpukari. Tak nak paste ke yang ini dalam blog kamu.

http://mytepakbersulam.blogspot.com

Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz beri 'lesen' DAP hina Islam ?




Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005

Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.

Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.

Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.

Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.

Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia?

Apakah Nik Aziz buat kenyataan seumpama itu untuk sedapkan hati sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang?

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pemimpin DAP yang menghina Islam.

Bagi kebanyakan orang jika benar bagai didakwa ada pemimpin DAP yang terlibat menghina Islam ia sudah melangkau batas politik.Ini adalah soal agama.

Memang ramai yang marah membaca apa yang tertulis dalam sebuah laman blog yang sudah dimatikan baru baru ini.

Laman blog yang didakwa ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook,( beliau nafikan terlibat dalam laman blog itu) ada komen komen yang mencarutkan Islam.

Semasa membuat kenyatan itu Nik Aziz dalam dalam nafas yang sama cuba mengalih isu kepada musuh politiknya dengan menyatakan orang Islam yang menolak Islam lebih hina.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya. .

Menurut Nik Aziz, PAS sebagai rakan DAP akan memberikan penerangan kepada para pemimpin parti sekutunya itu agar mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Agak menarik untuk bertanya pada Musyridul Am PAS itu apakah pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang terkenal minta langkah mayatnya dulu jika PAS hendak laksanakan pentabiran Islam di negara ini sudah berubah pendiriannya..

Ia bukan baru sehari dua,seminggu atau sebulan berlalu tetapi sudah hampir dua tahun Pengerusi DAP itu tidak berganjak.

Tolong tanya orang kuat DAP Lim Kit Siang samaada beliau sudah memahami hasrat dihati PAS nak laksana pentabiran Islam itu?

Cakap semua orang boleh cakap tetapi forum apa,wacana apa dan perbincangan apa yang sudah dibuat hingga mereka sudah ‘ lembut hati’.

Hakikatnya ada yang merasa kenyataan terbaru Nik Aziz tersebut memberi ruang kepada para pemimpin DAP untuk terus mempertikaikan Islam kerana telah diberi lesen ‘tidak faham’ itu..

Ini belum lagi masuk bab isu gambar bogel ADUN PKR Bukit Lanjan,Elizabeth Wong.

Exco Selangor itu dengan baju kurung dapat berdiri atas pentas ceramah di Kelantan sedangkan hakikatnya semua orang tahu gambar bogel itu dirakam oleh teman lelakinya yang juga seorang ahli PKR beragama Islam.

Atas nama politik tiada siapa dikalangan orang PAS mempersoalkan tentang isu Elizabeth bersekedudukan.

Jangan nanti ada yang berkata bila ia menyangkut kepentingan politik jumpalah Nik Aziz tentu ada fatwa,formula,jawapan dan kewajaran yang boleh diberikan oleh Tok Guru itu.

Agenda Daily

Tuesday, August 11, 2009

Adakah Parpukari memusuhi semua Ketua pemuda UMNO Negeri sebab mereka kawan Khairy??

Pagi ini apabila saya melayari blog saya , saya terbaca satu komen yang datangnya dari saudara Parpukari. Hebat anak muda ini. Hebat dia memperjuangkan UMNO. Syabas kerana UMNO telahpun melahirkan bloggers yang hebat seperti Parpukari ini.Tulisan nya juga begitu hebat sehingga saya tidak pasti yang mana satu tulisan nya kerana setiap tulisan yang saya baca dalam blog beliau adalah tulisan yang pernah saya baca di mana mana. Tentu anak muda ini tinggi pengalaman nya dan penuh ilmu di dada. Pada mulanya apabila dia mencabar saya , saya agak gugup juga untuk menyahut cabaran anak muda yang hebat ini.Bukan apa, takut dengan ilmu beliau yang terlalu tinggi itu.

Saya paste cabaran beliau.

House PK said... SAUDARA NAK TULIS ARTIKEL MEMANG SENANG SAUDARA, CONTOH PALING SENANG SAYA BAGI LA YA PADA SAUDARA, YANG DOK MENGAMALKAN MELETAK ORANG SENDIRI NI SIAPA SEBENRANYA? KJ KE YANG LAIN2, SAYA NAMAPAK YANG LAIN SEMUA OK JE, ADA BALANCE NYA...
TAHUKAH SAUDARA YANG KJ TELAH MEMILIH SEMUA KETUA PEMUDA NEGERI DARI KALANGAN RAKAN2 DIA SAHAJA? SIAPA YANG MEMULAKAN INI?

LAIN KALI JANGN MAIN TEMBAK JE, KAU PERGI AJAR KJ TU DULU, DIA BUKAN SAJA LANTIK SEMUA ORANG2 DIA SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI, SAMPAIKAN JAWATAN2 LAIN PUN DIA MELETAKKAN ORANG2 DIA!

AKU CABAR KAU, BUKTIKAN AKU SALAH!

Macam ini saja lah saudara Parpukari. Saya sebanr nya tidak langsung berhubung atau mencampuri urusan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa lah saya untuk mencampuri urusan Pemuda. Saya juga bukan ahli Pemuda. Cuma saya nak terangkan prosidure pemilihan yang saya tahu, Itu pun jika boleh menerima apa yang mahu saya sampaikan dalam bahasa yang mudah. Maaf jika saya tidak menulis dalam huruf besar .

A)


1) Soalan saya kepada saudara. Siapa kah Ketua Pemuda UMNO yang telah diberikan mandat oleh Pemuda UMNO Malaysia? jawapan A) Khairy Jamaluddin B) Saudara


2) Siapa yang merancang pergerakan Pemuda serta pentadbiran Pemuda A) Khairy Jamaluddin B) Saudara


3) Kepada siapa senarai nama Ketua pemuda negeri dihantar untuk semakan dan restu. A) Perdana Menteri B) Saudara


4) Berapa ramai Ketua Pemuda Negeri yang layak memimpin Pemuda Negeri dan yang boleh dilantik oleh Khairy. a) Satu B) Seratus'


5) Berapa orang yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Ketua Pemuda Negeri A) ramai B) termasuk saudara


6) Jika Presiden Parti sudah menilai kemampuan Dan Kelayakan Ketua Pemuda UMNO Negeri, siapa saudara untuk pertikai kan. A) Perdana Menteri juga B) Ketua Pemuda Juga.

B)

1) Apabila Perdana Menteri tidak menyenarai kan Khairy dalam senarai Kabinet , adakah penyokong Khairy mempersoal kan sedangkan yang kalah dilantik atas merit ayahanda beliau ?


A) Tidak B)Tidak juga2)


2) Mengapa mereka tidak memprotes atau mepersoal kan tindakan Perdana Menteri A) sebab mereka tahu dan akur keputusan kepimpinan tertinggi. B) Sebab mereka mahu keharmonian dan perubahan dalam UMNO.


3) Mengapa mereka tidak menghentam Mukhriz (Boss saudara apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri a) Kerana semangat setiakawan. B) Akur dengan perubahan dan tidak mahu menyusahkan UMNO.

Kesimpulan nya saya mahu tanya saudara Parpukari, Apa bezanya saudara dengan Anwar Ibrahim . Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh (Mereka ini cuba menjatuhkan pemimpin UMNO ).

Soalan saya yang penting sekali, APAKAH SAUDARA PARPUKARI MEMUSUHI SEMUA KETUA PEMUDA UMNO NEGERI DAN ADAKAH SEMUANYA KAWAN KAWAN KHAIRY ???????

Nota: Cantik juga gambar mangkok ini.

http://mytepakbersulam.blogspot.com/

Pembangkang dicabar buktikan MB Perak lulus tanah kepada kroni




Sebagaimana dijangkakan kini timbul pula usaha untuk menjatuhkan MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, namun provokasi murahan tersebut langsung tidak memberi kesan impak yang besar kepada Dr Zamri, malahan Datuk Seri Dr. Zambry mencabar pemimpin pembangkang di Perak untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan mereka kononnya beliau telah memberi kelulusan sejumlah besar tanah kepada sebuah syarikat milik kroninya.

Zambry berkata, dakwaan dalam ceramah politik pembangkang kononnya beliau telah meluluskan ribuan hektar tanah kepada syarikat Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. (RHTSB) adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya nak sebutkan di sini bagaimana mereka sanggup membohongi rakyat, semata-mata untuk menagih simpati rakyat dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

“Mereka bercakap di mana-mana sahaja bahawa mereka adalah ahli politik yang mempunyai nilai demokratik...nilai-nilai yang mulia, apakah ini jenis ahli politik yang ada dalam negeri Perak ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Perhubungan Negeri Perak ke-38.

Saturday, August 8, 2009

PAS sekali lagi kena ‘reject’…DAP mahu Hasan Ali dikena tindakan




Seperti arikel sebelum ini mengenai siapa yang kena…dalam isu penjualan arak dan gesaan supaya Ronnie Liu ditukarlam portfolio, nampak gayanya Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang kena.

Ketika beliau menutup mulut akur arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak lagi mempertikaian isu jualan arak secara terbuka dan tindakan Ronnie mengarahkan arak yang dirampas MBSA dipulangkan semula, Menteri Besar Selangor itu ‘menikam belakang Dr Hasan.’

Dengan bersongkok dan berbaju Melayu, Abdul Khalid hari Jumaat memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada peraturan sedia ada.

Dalam erti kata lain, beliau menolak cadangan PAS Selangor supaya penjualan arak atau minuman beralkohol dibataskan dan tidak dibuat secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Melayu seperti di Shah Alam.

Khalid memberitahu media di Shah Alam, hari ini peraturan sekarang kekal dengan kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.

Jelas beliau, menerusi peraturan sendiri itu, bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

Khalid menyifatkan draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

Keputusan itu jelas dibuat tanpa perbincangan dengan Dr Hasan yang juga Exco kerajaan negeri kerana beliau yang ditemui petang Jumaat, mengakui tidak tahu menahu pengumunan terbaru Menteri Besar mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media selepas melawat pameran di ibu pejabat Syabas di ibu negara bersama Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Hasan pada mulanya menasihatkan wartawan jangan bertanya isu arak dan Ronnie kecuali isu bekalan air dan berkaitan Syabas.

“Hari ini soalan selain soalan isu air (Syabas) jangan Tanya saya, soalan mengenai arak…saya masih diarah MB tidak jawab pasal arak,” katanya.

Bagaimanapun apabila dimaklumkan Agendadaily bahawa Khalid sudah membuat pengumuman membenarkan arak terus dijual seperti biasa, Dr Hasan dilihat terperanjat.

Beliau lantas menjawab tidak mengetahui perkara itu kerana tidak hadir perjumpaan Menteri Besar dengan pemilik kedai 24 jam sekitar Shah Alam .

“Saya tak tahu…saya tak tahu..saya tak baca. Nantilah…kemungkinan besar hari Isnin saya adakan sidang media. Saya akan panggil kamu (media) dan kita (PAS Selangor) akan buat pendirian tentang apa keputusan sudah dibuat Menteri Besar seperti dikatakan hari ini,” katanya.

Apa yang jelas ketika Khalid meminta semua Exco jangan bercakap isu arak dan Ronnie, beliau membuat keputusan yang dilihat membelakangkan Exco-Exconya terutama Dr Hasan.

Sudah sah, Dr Hasan yang kena.

Bertambah malang lagi, Dr Hasan bukan sahaja berdepan pengumuman mengejut Khalid itu malah turut menghadapi tentangan baru apabila DAP juga pada Jumaat menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan Dr Hasan meminta Ronnie dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, menganggap tindakan Dr Hasan dalam kes itu "tidak sesuai serta tidak adil".

Beliau turut mengaitkan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie dengan mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid dengan menggantung sepanduk dan mengedar risalah berhubung isu itu.

Tony mengatakan DAP memiliki hubungan baik dengan PAS di peringkat pusat tetapi bingung dengan pendirian PAS Selangor berkaitan isu tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu memuji Ronnie yang dikatakan menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya.

Namun begitu, perjuangan PAS Selangor dalam isu arak itu mendapat sokongan kerajaan PAS Kelantan.

Takiyuddin memberitahu, kerajaan Kelantan sokongan perkara itu kerana ianya senada dengan apa yang sudah dilaksanakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Katanya, Kelantan tidak mengharam penjualan arak tetapi membataskannya dan perkara itu diterima bukan Islam setelah mereka diberikan penjelasan.

Dulu katanya, ketika kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan peraturan itu, ada pihak hendak menganjurkan ‘Pesta Arak’ sebagai protes tetapi kini peraturan tersebut tidak jadi persoalan lagi.

Sehubungan itu, Takiyuddin mempelawa Ronnie ke Kelantan bagi melihat peraturan tersebut yang sudah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.

Mungkin inilah masanya PAS bukan sahaja di Selangor malah PAS Pusat mengkaji secara mendalam hubungan ‘dalam selimut; yang terjalin antara parti itu dengan DAP dan PKR sejak pilihan raya umum lalu.

Pemimpin PKR masih membisu dalam soal ini kecuali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa isu itu akan dibincangkan mesyuarat pakatan minggu depan.

Sesetengah pihak percaya PKR akan mempertahankan DAP kerana tidak mahu hilang sokongan pengundi Cina tetapi PAS kena memilih antara undi dengan perjuangan Islam yang parti itu laung-laungkan selama ini.

Cukuplah jika Dr Hasan yang kena dalam isu arah dan Ronnie di Selangor jangan ada lagi pemimpin PAS lain jadi mangsa-

Beliau kena bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual Ahad ini dan PAS kena cari jalan jangan membiarkan muka mereka terus diconteng arang

sumber AGENDADAILY

Pemuda Umno bagi lampu hijau – Pemuda PAS jangan jadi penakut…




Retak menanti belah, Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu, gangster dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Tony hari ini menyifatkan , tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan jika Pemuda PAS mengambil tindakan untuk mengadakan demonstrasi menentang Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Apa sudah jadi dengan Dewan Pemuda PAS, Dewan pemuda Pas juga sekarang sudah tidak segarang dahulu lagi… taring mereka juga telah tumpul.

Mereka sudah sama seperti angkatan muda PKR . PENAKUT!!! Hari ini Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin cabar permuda PAS! Kalau betul-betul PAS anak jantan jom turun bersama Pemuda UMNO, kita gempur gangster Ronie dan kuncu-kuncunya!!! Kita turun sebagai anak melayu yang beragama islam, pantang anak melayu dicabar!!! Perlu diingat, Melayu mana tak sakit hati bila perangai mereka si kapir laknat itu menghina agama Islam…



Khairy Jamaluddin berkata pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda PAS dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

"Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda PAS untuk bersama dengan kita atas pentas pemuda Umno pada malam tersebut.

"Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Marang, di sini hari ini, Khairy berkata dia sendiri telah menghubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hasan Tantawi berhubung perkara itu.

Katanya beliau dimaklumkan perkara itu akan dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan esok atau lusa.

"Kita rela untuk sama-sama (PAS) pada hari Jumaat akan datang, tetapi terpulang kepada PAS .. sama ada mereka merasa hendak bangkit, hendak bersuara ataupun dihina oleh pihak berkenaan," katanya.

Nota: Ni baru semangat perjuangan, Kalau nak cabar orang tu biar kena tempatnya… jangan main sondol jer, salah cabar merah muka ;) Alkisahnya dulu Pak Kasim (PK) bila dah terlanjur kata-kata, termakan diri sendiri. Sekarang Pak Kasim (PK) dah tukar nama kepada House Pak Kasim (HPK) baru gilaz gleme….

Friday, August 7, 2009

Wenger selamba bodohkan Piggy Singh


Gambar kenangan dr SUKJ

Now read this slowly and snigger in the comfort of your own homes:
from: http://the-antigonist.blogspot.com/

"Parpu Kari, a friend of mine was nobody to net dwellers before December last year. However being so fed up with unhealthy political developments especially in UMNO, Parpu - as many others did, finally resolved to cyberspace to express his thought and ideas, and thus Parpu Kari was born in virtual world."

:)

Piggy, what did you get for your SPM English?

"I am wanting to know so i can finally resolved to cyberspace to express my thought and ideas, and thus Wenger Khairy can be born again in virtual world."


More story >> I Don't Speak Stupid


By : Wenger J Khairy

Tuesday, August 4, 2009

PAS Tolak Gangster Ronnie - Selangor terus bergolak....




Bermulalah hikayat retak menanti belah, lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor; terbaru Hassan Ali dalam kenyataanya mahu samseng Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Di fahamkan bahawa Kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar gangster, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Azmin Ali juga turut mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, berikutan muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.

Ronnie yang dikatakan sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan menimbulkan perasaan tidak disenagi parti PAS dan PKR.

Retak menanti belah ini dikatakan berpunca berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan orang kuat DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.

Siapa tak kenal dengan Ronnie yang sering dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Bagi memastikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan progresif, sebarang budaya dan amalan yang mampu merosakkan suasana harmoni diantara kaum haruslah ditolak!!! Selamat JALAN RONNIE!!!

Monday, August 3, 2009

Bloggers United patut beri amaran kepada Parpukari


Pada mulanya saya tidak berminat mahu menulis pasal seorang bloggers Mamak ini yang saya rasakan tidak lagi relevan berjuang di dalam alam Siber ini sebagai penulis UMNO. Kredibiliti beliau sebagai bloggers UMNO sudah mula tercalar dan ramai yang sudah naik meluat dengan beliau dan merasakan beliau ini adalah manusia yang syok sendiri dan menulis untuk syok sendiri.

Hari ini beliau akan menulis mengenai menyokong dan menghasut orang UMNO berdemonstrasi dan mengutuk pemimpin UMNO kerana enggan turun memberikan sokongan kepada pelesit jalanan, esoknya beliau akan menghentam pula orang yang turun berdemonstrasi. Dia sendiri hanya turun untuk membuat laporan sekadar laporan kosong. Saya pada mulanya merasakan bahawa beliau akan menentang habis habisan dan akan melawan pihak berkuasa dalam demonstrasi itu.Rupanya tak ada telor, Kawan saya kata dia menyorok dalam kereta .

Beliau mahu menjadi bloggers hebat sebaris dengan bloggers yang ada nama, tetapi tulisan beliau dalam blog tidak lah menyerlah kerana apa yang boleh kita baca dalam blog beliau ada juga dalam blog orang lain. Bezanya beliau akan menambah sedikit fitnah dan carut. Malanganya tulisan beliau yang langsung tidak ada research melainkan mencedok nak menokok tambah tanpa berfikir.

Beliau yang di bayar oleh orang orang yang tertentu akan menghentam membabi buta dan adakala hentaman beliau terkena dirinya kembali, Beliau bagaikan orang yang tidak bermaruah menghentam Pergerakan Pemuda kerana dibayar oleh politikus tertentu yang menyara kehidupan keluarga beliau.

Yang menarik, beliau bernafsu besar mahu berperang dengan orang yang lebih jauh kelas dari beliau sendiri, adakala saya sendiri merasa malu melihat telatah bloggers ini. Antara orang yang dihentam adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Datuk Sak yang mana jika beliau berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama tenaga.

Ramai juga yang menyatakan kekecewaan membaca blog si Parpukari ini kerana jelas membayangkan betapa pemuda ini adalah pemuda kecewa. .Jika dibandingkan profil Dato Sak yang pernah jadi adun wakil rakyat dan ada track record dalam politik dan bukannya penulis upahan seperti Parpu.

Bloggers United sepatutnya memberikan amaran kepada Si Parpu ini untuk melawan pembangkang bukan ahli atau pemimpiun UMNO, Kami yang menghornati Bloggers United merasakan bahawa nama Bloggers United juga akan tercemar hanya kerana mamak penulis upahan ini dan akan merugikan UMNO. Melainkan sememengnya Bloggers United juga berpihak kepada Parpu kari untuk menghentam pemimpin UMNO.


Baca Lagi : Antara Husin Lempoyang dengan Unta

Saturday, August 1, 2009

Perhimpunan ISA : KJ tidak mahu rakyat membenci Pergerakan Pemuda


Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.

Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.

Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.

Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.

Sila baca>>Peniaga marah perhimpunan haram jejas perniagaan

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More