Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman.
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.
Menurut beliau calon BN itu sepatutnya menarik diri kerana mempunyai masalah moral selepas didakwa terbabit dalam kes pecah amanah dan lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam pada tahun 2008.
Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengingatkan PAS agar mencermin diri dulu sebelum hendak bercakap soal moral.
“PAS cari modal lainlah”, kata beliau kepada Agendadaily.
Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya.
Sebaliknya, kes itu membabitkan rakan kongsi beliau dah semua sudah selesai.
Bahkan katanya, semua pembayaran berkaitan kes koperasi itu sudah dijelaskan.
“Rohaizat tidakpun dituduh di mahkamah, macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral,” katanya.
Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berdepan soal moral tetapi PAS tak pedulipun.
Lagipun katanya, Mahfuz patut akur arahan Mursyidul Am PAS supaya jangan menyerang peribadi ketika berkempen di Permatang Pasir.
Hujah Zainal Abidin itu ibarat PAS sengaja meludah ke langit.
Soal moral kerap jadi isu setiap kali ada pilihan raya dan selalunya calon BN jadi sasaran.
Padahal ramai tahu, pemimpin pembangkang juga hebat dengan kes-kes moral ini termasuk ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong.
Gambar-gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor itu dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki Melayunya, seorang ahli PKR, senyap begitu sahaja.
Orang PAS pun tak kisah soal itu kerana Elizabeth sudah jumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan itu bagai tak nampak wanita itu ada kesalahan moral.
Selain kes Anwar, Elizabeth ada juga pemimpin PAS bertaraf ulama iaitu Ketua Dewan Ulama Perlis, Abdul Rashid Rahman yang moralnya boleh dipertikaikan.
Ekoran sikap panas barannya, isteri beliau, Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.
Dalam perbicaraan kes perceraian itu isteri beliau mendedahkan selain sering dipukul suami dan ‘hari-hari mau’, isterinya turut mendedahkan “dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang” .
Kerana tak tahan isterinya tuntut cerai dan keluarlah macam-macam cerita ketika kes itu dibicarakan.
Orang ramai juga pasti ingat kes Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 sebuah hotel di Kota Bharu.
Mat Sabu mengaku memang Norma datang jumpanya di bilik hotel dengan alasan nak beri ubat kerana Mat Sabu sakit kepala.
Adakah ini bukan kes moral yang pernah menggemparkan PAS.
Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral.
Terbaru kes perceraian ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja selepas mengislamkan wanita itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang mereka akhirnya bercerai.
Yang menariknya, wanita itu tuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Kenapa wanita itu tuntut sebanyak itu, kerana beliau pasti tahu di mana wakil rakyat itu kaut duit.
Kesimpulannya, tuduhan Mahfuz ibarat kata dulang paku serpih, kata BN, pembangkang yang lebih.
Sepatutnya, Mahfuz tegur kawan-kawannya dalam pakatan termasuk Anwar bab moral ini.
Lagipun biarlah pengundi Permatang Pasir tentukan siapa mereka nak pilih sebagai wakil rakyat dan Mahfuz, sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena patut jaga kawasannya, jangan menyibuk di tempat lain.
AGENDADAILY
4 comments:
Aduusss PANAZ celah kangkang aku!!!
PAS, DAP dan PKR sudah tidak layak cakap pasal soal moral. Rata-rata pemimpin-pemimpin PR terlibat dengan isu moral yang rendah. N Ajis dengan fatwa yang merapu-rapu. Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) dengan kes Al-Juburinya, Ronnie Liu dengan kes Kepala Gangsternya, Hassan Ali mabuk sekejap dengan isu hARAKah, dan macam-macam lagi pakatan Peningkan Rakyat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahlan, kepadanya tentang taktik kotor berkenaan dipercayai perbuatan parti pembangkang.
Jelasnya, Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang telah mengesan terdapat pengundi-pengundi hantu di sebuah rumah di mana pemiliknya tidak mengenali nama individu-individu yang didaftarkan di alamat terbabit dalam pemeriksaan pagi tadi.
Ekoran penemuan itu, saya meminta Norman mengemukakan laporan kepada Pejabat SPR Pulau Pinang dengan segera
Memang power post ni. hahaha
Post a Comment