Saturday, August 29, 2009

Isu gambar bogel Eli, Anwar rancang ramai lagi ADUN PKR letak jawatan

JIKA mengikut perancangan Anwar Ibrahim yang sudah dibocorkan beberapa blog, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang enam lagi pilihan raya kecil melibatkan Adunnya yang akan meletakkan jawatan.

Mereka ini menarik diri kerana pelbagai sebab yang diatur oleh Anwar termasuk dimalukan secara berterusan seperti Elizabeth Wong selain dituduh gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Adun dan didapati mengkhianati parti.


Menurut rahsia dibocorkan itu antara yang bakal terlibat adalah Adun Sri Muda, Bakar Arang dan Lunas. Terbaru pula laporan dari Rembau memetik Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan sebagai berkata BN mempunyai maklumat dua wakil rakyat PKR iaitu Adun Sikamat dan Adun Ampangan juga bakal meletakkan jawatan.

Mengenai Elizabeth Wong, kita tidak perlu sangsi lagi betapa rendahnya moral Adun ini berikutan kerana kes gambar separuh bogel dan penyiaran gambar-gambar lucah selanjutnya oleh blogawan terkemuka beberapa minggu lalu.

Walaupun PKR, Anwar dan pemimpin Pas Nik Aziz Nik Mat cuba melindunginya, namun hakikatnya adalah seorang lelaki Melayu dibenarkan Elli masuk ke rumahnya. Perbuatannya itu menimbulkan pelbagai prasangka dan persoalan mengenai akhlaknya.

Apakah pula dosa dan kesalahan Adun lain hingga mahu dikorbankan Anwar tidak diperjelaskan namun semuanya tetap bakal dipinggirkan PKR.`

Tindakan melulu Anwar itu tidak syak lagi ingin mencapai muslihatnya. Seboleh-bolehnya mahu Umno-BN bertanding di semua DUN dianggap kubu PKR hingga calon-calon BN kalah bagi menaikkan imej pembangkang terutama Anwar sendiri sehingga menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Namun sebagaimana dinyatakan oleh pemimpin Umno-BN, ia tidak akan terjebak dengan permainan politik kotor pembangkang yang bertujuan menaikkan imej mereka dengan mengadakan pilihan raya kecil di kubu kuat pembangkang.

Kini terbukti keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil N.12 Penanti membuat Anwar bukan saja kecewa malah juga terlalu marah hingga melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian termasuk ia menandakan permulaan zaman kejatuhan BN.

PKR dalam ulasannya disiarkan Suara Keadilan online menuduh Umno-BN sebagai dayus dan pemimpinnya kehilangan maruah diri selain takut kalah terus dalam siri pilihan raya kecil diadakan sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu.

Anwar sendiri seperti mati akal apabila BN tidak bertanding di Penanti kelak. Kempen ceramah di lubuk Pas itu seolah-olah terhenti dan lemah longlai tanpa pertandingan dinanti-nantikan Anwar mungkin untuk terus menimbulkan senarai apa dianggapnya sebagai kelemahan kerajaan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Kini harapan Anwar untuk terus mempersalahkan kerajaan dalam setiap langkah diambil dan mungkin memperjuangkan nasib kaum India dan Hindraf,dengan dakwaan kononnya tidak tercapai.

Anwar Ibrahim kini semakin buntu. Dia sebenarnya mahu rakyat terus memperkatakan tentang dirinya lebih-lebih lagi kes liwatnya akan dibicarakan tidak lama lagi.

Tanpa tentangan hebat pada pilihan raya kecil di lima hingga tujuh kawasan DUN baik di Negeri Sembilan, Selangor mahupun Kedah, apatah lagi di Penanti, Anwar tergamam dan mungkin akan masuk ‘dalam bungkusan tong sampah sejarah saja’.

Beliau kini harus sedar Umno-BN tidak akan sama sekali mengikut rentak tarian sewelnya.
-malaysiaaktifcom

12 comments:

Anonymous said...

Heboh dan Panas mengenai penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong di dada-dada blog-blog murahan yang tanpa segan silu tidak di ’sensor’. Ini bukan sahaja menjejaskan kredibilitinya sebagai adun kawasannya malah boleh memalukan dirinya sendiri dalam pada masa yang sama. Dengar cerita, gambar diambil ketika dia dan bekas teman lelakinya berada di sebuah rumah.

Teman lelakinya itu mengambil gambarnya ketika dia sedang tidur menggunakan seperti kain pelikat dan tidak menggunakan seluar dalam, yang peliknya ianya bukan gambar separuh bogel dan juga bogel penuh yang digembar gemburkan dalam mana-mana media yang mengatakan ianya gambar bogel, dalam diam-diam juga lah teman lelakinya itu ‘cuba-cuba’ atau baik punya chilok masuk ke kangkangannya dengan mengambil gambar menggunakan handphone berkamera model lama, atas kemungkinan gambar yang diambil tidak jelas dan samar-samar.

Anonymous said...

PAnaz kangkang eli kali ni
Anwar depan belakang semua boleh,,,,

YANG GAMBI said...

Salam,

Begitulah pemikiran pengkhianat negara ini, samalah macam mana dia membelit dengan kes sodok itu.....

im said...

BN cuba la telus… yang mana silap x kira org ats ker bwh ker, hukum… bkn cover kesilapan… tp perbetulkan kesilapan…

tolak duit ketepi… berani? kalo x berani, jgn bermimpi untuk kembali mcm dulu…. kerajaan BN akan jatuh sbb DUIT…

Anak Lenggong said...

Kalau adun ampangan & sikamat tu aku rasa elok jugak tiada apa perkara yang mereka lakukan dikawasan mereka..semua masalah rakyat diselesaikan oleh pegawai khas mb dikawasan tersebut..

Adun ampangan yang tinggal di Tmn Indah tu asik keluar masuk IJN jee..org dah tua ..dah tak mampu lagi jaga kawasan... manakala aminuddin adun sikamat..bekas sales man..tak tau apa yang nak dilakukan dikawsan sikamat tu..sekarang ini semua masalah penduduk diselesaikan oleh pegawai khas mb bagi kawasan sikamat En. Arshad...

Kedua-dua wakil rakyat tu umpama tunggul buruk jee..sekadar nama sahaja wakil rakyat tetapi tidak berfungsi..

Anonymous said...

Pejuang Cyber@Petualang Cyber; ADUN BN pun mcm sial jer laa..yang kat Tgganu tu..ntah bila nak setel; masa brjalan..brgaduh & berebut jwatan dah 18 bulan dah..!! keje ape pun tak wat; wakil ADUN kat Pmtg Pasir baru2 nie pun mcm sial jer..ape la bodo sngat UMNO PP pegi bubuh peguam songlap bertanding kat situ, mmg sajer cari nahas laa..sedap2 jer kena belasah...dah ada dua bini, masih xngaku...kalau dia ngaku awal-awal, setel sumer problem..; ngko petualang cyber bukan bole wat per..anjing nyalak bukit jer la..anjing xder gigi lak tu..

CIKGU SUHASNI said...

wah3 anony..hebat ko samekan orang UMNO dgn anjing? kalau betul2 berani letak la nama sekali, ade berani kah? jgn berlagak sombong kalu tak tahu apa2..semua yang berlaku di terengganu bukan sebab berlakunya perpecahan BN tapi 'wahyu2 palsu' dari pemimpim pembangkang yg cuba nak rosakkan pemikiran rakyat kononnya UMNO bermasalah.

Kekalahan DUN P.Pasir bukan sebab calonnya tapi kehebatan pemimpin2 PAS + pembangkang yg gunakan isu peribadi calon BN sebagai senjata sedangkan kes ADUN Melor yang kahwin di thai lepas tu buat mslh UMNO tak campur sebab hal peribadi. Insyaallah jika ini sikap pemimpin PAS, Allah akan balas kerana membuka aib orang. Tak reti baca kitab atau kitab PAS dah diubahsuai.

Anwar akan terus tekan mana2 ADUN PR yg jadi liabiliti supaya pilihanraya kecil akan terus berlaku sehingga PRU13, tujuuannya jika PR terus menang (walaupun tempat sendiri) kononnya nak buktikan pada rakyat yg PR semakin disukai oleh rakyat.

jadi kepada YB2 PR hati2 lah anda sebab si Anwar akan menerobos kelubang kesilapan anda tak kira depan atau belakang!

YANG GAMBI said...

Salam Merdeka,

Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Anonymous said...

xde class rasanya blog ni. maaf je lah. no ummph...

Anonymous said...

Bodo punya anon!

Ni lah akibatnya masa kecik2 x nak pegi sek! jaga lembu saja yg dia tau..

shayna ejay said...

salam semua,

Anonymous kalo berani tulis la nama..jgn main hentam je ckp tu.dh la bln puasa.ust x ajar ke?bln puasa byk bertakwa bukan mengutuk dan menghina org lain.

kalo x th isu di terengganu jgn pandai2 ckp je..itu dh lebih...nape saudara sendiri tak pergi tanye ngan MB..jgn hentam je...dlu org suh masuk tadika nk masuk pasti..bile hati dh hijau pyh la..ckp apepun semua nk beta.

satu lg,jgn nk main hentam je pejuang cyber kalo anda x kenal siapa dia..

saudara,Allah nampak ape yang anda buat.jgn ckp kutukan anda tu blh masuk syurga jgk..Allah menilai seseorang islam tu melalui tingkah laku dan sejauh mn kita menjaga agama kita...

bukan dgn parti politik...positifkan fikiran anda..buang segala hasad dengki,busuk hati anda jauh2..fikirkanlah nasib org2 melayu yang ade di malaysia ni..

negara baru je sehari menyambut kemerdekaan..tp anda masih berfikiran ke belakang..sedarlah saudara..buang segala nilai negatif dlm diri anda..kalo mcm ni sikap salah seorang pemimpin di dlm PR.mmg malang la..

UMNO itu bukan la seteruk yang anda fikirkan...tp anda yang membuat fikiran anda jadi negatif kepada UMNO.....renung2kan la saudara...

Anonymous said...

Mungkin dah masuk 18bulan baru mereka ada masa sikit nak selidik latar belakang ADUN/MP mereka.

Maklumlah, masa dulu, main sental saja asalkan siapa menjadi penyokong setia mereka.

Bila dah sedaq baru tau ada kaki kangkang, ada cakap tak tequih biar pun BM atau BI, ada main isteri orang sampai keluaq anak haram, ada yang gang kongsi gelap, ada bapa ayam, ada hutang bank RM66j sampai 8taun tak tau nak bayar balik.

Sekarang depa duk sibuk kutip reject2 BN macam 2ekok bekas Menteri, untuk mengambil alih dari ADUN/MP karat yang ada..

Bota

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More