Saturday, August 8, 2009

PAS sekali lagi kena ‘reject’…DAP mahu Hasan Ali dikena tindakan




Seperti arikel sebelum ini mengenai siapa yang kena…dalam isu penjualan arak dan gesaan supaya Ronnie Liu ditukarlam portfolio, nampak gayanya Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang kena.

Ketika beliau menutup mulut akur arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak lagi mempertikaian isu jualan arak secara terbuka dan tindakan Ronnie mengarahkan arak yang dirampas MBSA dipulangkan semula, Menteri Besar Selangor itu ‘menikam belakang Dr Hasan.’

Dengan bersongkok dan berbaju Melayu, Abdul Khalid hari Jumaat memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada peraturan sedia ada.

Dalam erti kata lain, beliau menolak cadangan PAS Selangor supaya penjualan arak atau minuman beralkohol dibataskan dan tidak dibuat secara terbuka di kawasan majoriti penduduk Melayu seperti di Shah Alam.

Khalid memberitahu media di Shah Alam, hari ini peraturan sekarang kekal dengan kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.

Jelas beliau, menerusi peraturan sendiri itu, bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

Khalid menyifatkan draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

Keputusan itu jelas dibuat tanpa perbincangan dengan Dr Hasan yang juga Exco kerajaan negeri kerana beliau yang ditemui petang Jumaat, mengakui tidak tahu menahu pengumunan terbaru Menteri Besar mengenai perkara tersebut.

Bercakap kepada media selepas melawat pameran di ibu pejabat Syabas di ibu negara bersama Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Hasan pada mulanya menasihatkan wartawan jangan bertanya isu arak dan Ronnie kecuali isu bekalan air dan berkaitan Syabas.

“Hari ini soalan selain soalan isu air (Syabas) jangan Tanya saya, soalan mengenai arak…saya masih diarah MB tidak jawab pasal arak,” katanya.

Bagaimanapun apabila dimaklumkan Agendadaily bahawa Khalid sudah membuat pengumuman membenarkan arak terus dijual seperti biasa, Dr Hasan dilihat terperanjat.

Beliau lantas menjawab tidak mengetahui perkara itu kerana tidak hadir perjumpaan Menteri Besar dengan pemilik kedai 24 jam sekitar Shah Alam .

“Saya tak tahu…saya tak tahu..saya tak baca. Nantilah…kemungkinan besar hari Isnin saya adakan sidang media. Saya akan panggil kamu (media) dan kita (PAS Selangor) akan buat pendirian tentang apa keputusan sudah dibuat Menteri Besar seperti dikatakan hari ini,” katanya.

Apa yang jelas ketika Khalid meminta semua Exco jangan bercakap isu arak dan Ronnie, beliau membuat keputusan yang dilihat membelakangkan Exco-Exconya terutama Dr Hasan.

Sudah sah, Dr Hasan yang kena.

Bertambah malang lagi, Dr Hasan bukan sahaja berdepan pengumuman mengejut Khalid itu malah turut menghadapi tentangan baru apabila DAP juga pada Jumaat menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan Dr Hasan meminta Ronnie dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, menganggap tindakan Dr Hasan dalam kes itu "tidak sesuai serta tidak adil".

Beliau turut mengaitkan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie dengan mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid dengan menggantung sepanduk dan mengedar risalah berhubung isu itu.

Tony mengatakan DAP memiliki hubungan baik dengan PAS di peringkat pusat tetapi bingung dengan pendirian PAS Selangor berkaitan isu tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu memuji Ronnie yang dikatakan menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya.

Namun begitu, perjuangan PAS Selangor dalam isu arak itu mendapat sokongan kerajaan PAS Kelantan.

Takiyuddin memberitahu, kerajaan Kelantan sokongan perkara itu kerana ianya senada dengan apa yang sudah dilaksanakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Katanya, Kelantan tidak mengharam penjualan arak tetapi membataskannya dan perkara itu diterima bukan Islam setelah mereka diberikan penjelasan.

Dulu katanya, ketika kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan peraturan itu, ada pihak hendak menganjurkan ‘Pesta Arak’ sebagai protes tetapi kini peraturan tersebut tidak jadi persoalan lagi.

Sehubungan itu, Takiyuddin mempelawa Ronnie ke Kelantan bagi melihat peraturan tersebut yang sudah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu.

Mungkin inilah masanya PAS bukan sahaja di Selangor malah PAS Pusat mengkaji secara mendalam hubungan ‘dalam selimut; yang terjalin antara parti itu dengan DAP dan PKR sejak pilihan raya umum lalu.

Pemimpin PKR masih membisu dalam soal ini kecuali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa isu itu akan dibincangkan mesyuarat pakatan minggu depan.

Sesetengah pihak percaya PKR akan mempertahankan DAP kerana tidak mahu hilang sokongan pengundi Cina tetapi PAS kena memilih antara undi dengan perjuangan Islam yang parti itu laung-laungkan selama ini.

Cukuplah jika Dr Hasan yang kena dalam isu arah dan Ronnie di Selangor jangan ada lagi pemimpin PAS lain jadi mangsa-

Beliau kena bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual Ahad ini dan PAS kena cari jalan jangan membiarkan muka mereka terus diconteng arang

sumber AGENDADAILY

9 comments:

Anonymous said...

mereka semua adalah Boneka yang telah di tarik hidungnya

Anakbukitgantang said...

pada saat ini menangislah pejuang Islam sejati

eMNo said...

Kesian kat Hassan Ali. Kalau dia diambil tindakan, dia sorang kena tanggung diri sendiri. Ulama-ulama lain tak mau masuk campur. Pencacai-pencacai PAS pula ber take beer X 3.

Anonymous said...

SALAM.

HUKUM DI DUNIA INI TIDAK SEHEBAT MANA BERBANDING DISANA.

TUNGGU DAN TERIMALAH PADAHNYA BILA TUJUH HELAI KAIN PUTIH MEMBALUT JASAD YANG SUDAH KAKU.


wassallam

Anonymous said...

Kah,kah, apabila ada artikel mengkritik tahap kelesuan orang Melayu PR dalam aspek keagamaan, mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan akan mencuba sedaya ubaya mengalihkan fokus perbincangan kepada gosip artis, pornografi dsbnya.

Pertanyaannya sudah bankrap ke idea Melayu pembangkang? Kah, kah ,kah.

Parang Sasau said...

Di Selangor , PAS hanya lah bagaikan melukut di tepi gantang. Ada pun tak menguntungkan dan tidak ada pun tak apa.Hassan Ali sekarang bukan macam Hassan Ali dahulu yang ada taring , Hassan Ali sekarang sudah sejuk kerana terlalu lama diletakan dalam peti sejuk. Kalau benar benar PAS mahu perjuangkan hak orang Islam , Hassan Ali selaku exco kanan kerajaan negeri Selangor perlu mendesak MB Selangor kerana ini adalah untuk kepentingan orang Islam Hassan Ali perlu mengenepi kan kepentingan politik demi orang -orang Islam.

YANG GAMBI said...

Salam,

Macam itulah kalau berpaut pada kaum kafir untuk mendapatkan kuasa, akhirnya bangsa dan agama tergadai....

Anonymous said...

SLM PERJUANGAN BRO..SKRG BARU KITA SEDAR SAPE YG BERKUASA DI BUMI MELAYU. YG MEMEGANG TAMPUK NEGERI HANYA JASAD YG BERNAMA MELAYU TP YG MENGENDALIKAN ADALAH ROH2 SI KAFIR LAKNAT YG SENGAJE NAK MENCEMARKAN NAMA BAIK ISLAM. TGOK SAJE GELAGAT PEMUDA DAPSY YG KUANG HAJAR TU!. KLU AKU DPT MMG AKU TETAK KEPALA DIA DEPAN MATA!!..PTUIHH!

Parang Sasau said...

AYUH SAHABAT MANTAPKAN BARISAN HADAPAN... KIT HANCURKAN PAKATA RAKYAT!!! GEMPUR GEMPUR!!

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More