Tuesday, August 4, 2009

PAS Tolak Gangster Ronnie - Selangor terus bergolak....




Bermulalah hikayat retak menanti belah, lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor; terbaru Hassan Ali dalam kenyataanya mahu samseng Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Di fahamkan bahawa Kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar gangster, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Azmin Ali juga turut mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, berikutan muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.

Ronnie yang dikatakan sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan menimbulkan perasaan tidak disenagi parti PAS dan PKR.

Retak menanti belah ini dikatakan berpunca berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan orang kuat DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.

Siapa tak kenal dengan Ronnie yang sering dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Bagi memastikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan progresif, sebarang budaya dan amalan yang mampu merosakkan suasana harmoni diantara kaum haruslah ditolak!!! Selamat JALAN RONNIE!!!

11 comments:

Anonymous said...

huh gi mampoh ngan gengster gadebah nih!!!

Anonymous said...

kalau di kawasan yg penduduk Islam nya hampir 100%,,,takkan nak bina masjid kena bina kuil & to'kong &gereja juga??? itu kaduk xavier sudah melampau!

oyabun said...

Salam...Inilah yang dikatakan nila setitik, yang akan merosakkan PR...Pas seharusnya bergembira apabila bersekongkol dengan kumpulan Gangster..Pok Nik pun ada berkata..berkawan dengan syaitan pun tak apa..janji dapat musnahkan UMNO...kalau setakat Gangster tu Pok Nik tak mainla...se eloknya marilah kita kumpulkan " telor busuk " agar dapat disedekahkan ke kepala Ronnie agar kepala gangster ini dapat merasa hebatnya bau TEPU dari telur busuk ini...

Salam perjuangan

Parang Sasau said...

HA HA HA HA!!!

MEREKA NI BARU NAK SEDAR KER? HAIRAN!!!

TU LA BERKAWAN LAGI NGAN GENGSTER!!

AKU NAK TUMPANG GELAK JER

HA HA HA HA HA HA HA PADAN MUKA KORANG!!!!

Anonymous said...

hahahaha
hhutuhhutuhhutuhhutuhthuhh

seronoknya kawan dgn dap,pkr,pas....
boleh main jolok-jolok, tarik-tarik, tolak-tolak dari bangunan.....hahahaha
bila la bung nuar nk mampos agaknya, Lim Nuar Sing nama baru utk PR.......
Diharap ronnie makaroni ni pon mati kat tangan konsi gelap jugak la...baru syok, pas tu mat gagap pon pegang lilin plak, nuar tunduk hormat lagi la..

Dollah said...

Sepatutnya kita harus menyokong usaha Hasan Ali kerana berani menegakkan kebenaran, bukan menghentamnya. Jangan jadi munafik

khalid gagap said...

Dollah baru nak sedar ker!! dah kena batang hidung sendiri baru nak sebut pasal munafik! tu yg menghadiri sembahyang jenazah Teoh tu x munafik ker?

Oh ya baru saya ingat sokong PAS masuk syurga.

Unknown said...

salam, ziarah bro...

Negeri yang mana2 di perintah oleh Pakatan gangster...satu demi satu masalah timbul atau bahasa tepat BALA.. SEBAB MEMPERMAINKAN SOLAT HAJAT..MAKA DILAKNAT OLEH ALLAH S.W.T PADA MEREKA BALIK...

JUGA PARLIMEN PERMATANG PAUH..DALAM SEJARAH NEGARA BOLEH JUGA DUNIA MANA ADA SATU PARLIMEN DIADAKAN PILIHNARAYA KECIK DIK SEBAB MACAM2 HAL....SEBABNYA DILAKNAT OLEH ALLAH KERANA MEMPERMAINKAN SUMPAH DAN SOLAT HAJAT....

APA MACAM BRO OKEY TAK?

Anonymous said...

Lagi berani Pas lah dengan Umno tu berani hentam Dap..Kalau umno perintah selangor,berani rampas arak cina..mampuih le..lagi bukak kilang besar2 adalah.
Pas peduli apa dgn Dap,dia nak marah,marahlah..Padan muka kau Ronnie dengan Dap,kurang ajar lagi dgn orang melayu.Pas boleh buat sesuka hati,bukannya DAP tu sanggup keluar pakatan pun..Haha..tengok siapa yg boleh bela melayu islam,Pas atau Umno.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan para pejuang bangsa dan agama

Anonymous said...

Teruskan Perjuangan
Satu Bangsa Satu Agama

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More