Saturday, August 8, 2009

Pemuda Umno bagi lampu hijau – Pemuda PAS jangan jadi penakut…




Retak menanti belah, Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu, gangster dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Tony hari ini menyifatkan , tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan jika Pemuda PAS mengambil tindakan untuk mengadakan demonstrasi menentang Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.

Apa sudah jadi dengan Dewan Pemuda PAS, Dewan pemuda Pas juga sekarang sudah tidak segarang dahulu lagi… taring mereka juga telah tumpul.

Mereka sudah sama seperti angkatan muda PKR . PENAKUT!!! Hari ini Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin cabar permuda PAS! Kalau betul-betul PAS anak jantan jom turun bersama Pemuda UMNO, kita gempur gangster Ronie dan kuncu-kuncunya!!! Kita turun sebagai anak melayu yang beragama islam, pantang anak melayu dicabar!!! Perlu diingat, Melayu mana tak sakit hati bila perangai mereka si kapir laknat itu menghina agama Islam…



Khairy Jamaluddin berkata pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda PAS dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

"Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda PAS untuk bersama dengan kita atas pentas pemuda Umno pada malam tersebut.

"Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Marang, di sini hari ini, Khairy berkata dia sendiri telah menghubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hasan Tantawi berhubung perkara itu.

Katanya beliau dimaklumkan perkara itu akan dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan esok atau lusa.

"Kita rela untuk sama-sama (PAS) pada hari Jumaat akan datang, tetapi terpulang kepada PAS .. sama ada mereka merasa hendak bangkit, hendak bersuara ataupun dihina oleh pihak berkenaan," katanya.

Nota: Ni baru semangat perjuangan, Kalau nak cabar orang tu biar kena tempatnya… jangan main sondol jer, salah cabar merah muka ;) Alkisahnya dulu Pak Kasim (PK) bila dah terlanjur kata-kata, termakan diri sendiri. Sekarang Pak Kasim (PK) dah tukar nama kepada House Pak Kasim (HPK) baru gilaz gleme….

7 comments:

Azman said...

GEMPAK SIUT LU PUNYA BLOG

Anonymous said...

bro u speking inglish..

"Parpu Kari, a friend of mine was nobody to net dwellers before December last year. However being so fed up with unhealthy political developments especially in UMNO, Parpu - as many others did, finally resolved to cyberspace to express his thought and ideas, and thus Parpu Kari was born in virtual world."

Muhahahaha

Anonymous said...

gempak bro.. wajah baru

Anonymous said...

Pemuda PAS kecut! penakut! DAYUS!

Ramlan said...

kita orang Melayu terasa luka di hati yang amat dalam!! Apabila ada orang yang TIDAK TAHU beradab dan berakhlak dan mahu pijak kepala kita.

Ibarat pepatah melayu berkata, mereka ini "IBARAT KADUK NAIK JUNJUNG".

Takbirrrr

Anonymous said...

TAKBIIIRRRR

Allahhuakbar!!!

Pemuda PAS jgn jd dayus!

BANGKITLAH!! BERJUANG BERSAMA KAMI!! LUPAKAN DAHULU PASAL POLITIK!!! KITA BANGKIT UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA DAN BANGSA!!!!

Parang Sasau said...

Sebenarnya jika pembaca mahu tahu, Piggy Singh ini adalah penulis upahan yang mahu membuktikan bahawa beliau boleh menghancurkan pemimpin UMNO cara ngekngoknya kepada si pengupah. Dalam UMNO, beliau adalah blogers melukut tepi gantang, ada tidak menguntungkan dan tidak ada juga tidak merugikan.

OLEH ITU JANGAN TERPEDAYA DENGAN PROVOKASI MURAHAN MEREKA YANG CUBA NAK MEMECAH BELAHKAN BLOGGER PRO UMNO!!

BLOGGER PRO UMNO PERLU BERSATU!

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More