Saturday, August 22, 2009

PRK Pmtg Pasir : Tiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang - Khairy Jamaluddin




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih menunggu jawapan daripada Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkannya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pauh.

Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau menegaskan, ketiga-tiga persoalan pokok tersebut telah ditujukan kepada pakatan pembangkang sewaktu berceramah di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir.

Berikut adalah petikan dari laman blog Khairy Jamaluddin

“Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil ini sudahpun diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO. Kami mengesyaki bahawa ada usaha besar-besaran dari pihak PAS untuk memindahkan para pengundi mereka yang dari kawasan-kawasan DAP yang berhampiran ke kawasan PAS (Permatang Pasir). Ini kerana PAS sedar bahawa undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Tidak seperti dakwaan-dakwaan pihak lawan, Pemuda UMNO tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun menyerahkan bukti fenomena ini. Kelmarin Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Norman Zahalan membuat laporan rasmi kepada SPR berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" di mana Pemuda UMNO mendapati bahawa terdapat pengundi-pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah. Adakah PAS begitu takut berlawan dengan UMNO di gelanggang yang rata sehingga perlu menipu untuk menang? Jika tidak, saya menggesa pihak PAS memberi penjelasan mengenai isu ini kerana Pemuda UMNO sudah pun memberi contoh nyata hal pengundi hantu dari PAS.

Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan saya mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"? YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng seperti biasa mengelak dari isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa Tuan Haji Salleh Man akan dilantik selaku wakil PAS dalam Exco Kerajaan Negeri sekiranya menang pada PRK ini.

Usahlah YB "Jeff" Ooi dan konco-konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat; tak jemu-jemu mengungkit isu saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik sebagai Menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak di bangku sekolah pun boleh membezakan antara seorang individu seperti saya ini, dan sebuah parti besar seperti PAS yang diketepikan dan diaibkan oleh DAP yang berperanan seakan buli dalam Pakatan Rakyat.

Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini, saya tidak langsung mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat. Apapun kelemahan dan kecacatan kempen pilihan raya BN, sekurang-kurangnya kami menerangkan kepada rakyat intipati perjuangan kami untuk mereka sekiranya menang. YAB Timbalan Perdana Menteri

sendiri sudah menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir ini jika BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir.

Apa tidaknya, kalau wakil parti PAS tidak duduk dalam Kerajaan Negeri, mana mungkin DAP mengambil berat kawasan PAS ini. Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi Exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir – oleh sebab inilah tiada satu pun perancangan pembangunan pro-rakyat yang dihebahkan kepada pengundi. Sebaliknya, PAS lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar.

Tiga persoalan pokok ini telah saya tujukan kepada Pakatan Pembangkang sewaktu ceramah saya semalam di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir. Saya menanti sebarang jawapan dan respon dari pihak pembangkang.”

44 comments:

Anonymous said...

Tetapi jika difikirkan, seburuk mana calon BN pun ia tidak dapat menafikan bahawa kini Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir kian rapuh dan sedang bergolak di antara mereka.Apa yang menyedihkan permulaan isu-isu ini berlaku adalah melibatkan hal remeh-temeh dan melibatkan soal wang serta kroni.Adakah hal remeh-temeh ini lebih penting daripada Kemenangan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir?

Sinbad Melayu said...

BILAKAH PEMUDA UMNO AKAN SEDAR DAN INSAF?

Anonymous said...

Dia dah sedar dah... Jawab jgn tak jawab!

Azman said...

PEMUDA GEMPUR!!! JGN TAK GEMPUR!!!
HIDUP BN!!
HIDUP UMNO!!

PAKATAN PENIPU RAKYAT!!! JAWAB JANGAN TAK JAWAB

Anak Melayu said...

Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP. Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.

mudz said...

Salam

UMNO akan menang besor jika letak calon bersih....banyak-banyak pemimpin UMNO, mat songlap ni yang terpilih....mat songlap pun dah tahu diri bermasalah jangan tawar kan diri...ni belasah aje janji dapat jadi YB....Kesian Muhyiddin dan Zahid Zabidi, hidup-hidup kena tipu dengan org UMNO sendiri...

Unknown said...

Peringatan:
Negara Israel/Yahudi yang kecil tapi kuat kerana negara Arab yang besar tapi lemah. Puncanya kerana negara Arab berpecah atau tidak bersatu. Wallahu alam.

http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Salam,

Terima kasih menjenguk blog kawan.

Dari 3 persoalan KJ, memang tiada sesiapa dari kalangan pakatan rompak akan berani menjawabnya.

Yang menjadi persoalan, mengapa dari kalangan UMNO sendiri tidak mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan yang nyata dari 'pakatan rompak', malah sentiasa merungkai akan kelemahan serta kebencian sesama sendiri walau pun dalam satu saf perjuangan.

Inilah kelemahan kita...

...... said...

Ha..ha.. sudah terbalik la woi,nampaknya Ketua Pemuda Umno yang menang jawatan kerana politik wang ini makin melalut.Siapa yang sering mengunakan kedua agensi kerajaan itu selama ini? Ha..ha..ha..semua orang tahu la,jangan nak tipu rakyat yang sememangnya makin cerdik,adakah dalam masa dua,tiga hari Pas dapat memindahkan begitu ramai pengundi,bangang ko apo.Ore Kelate kato bengong ha..ha..ha..Nampaknya UMNO makin tiada isu untuk dibawa hingga perkara yang tak masuk akalpun cuba di ketengahkan.Nak suruh SPR siasat Pas,eloklah tu panggil SPRM sekali siasat siapa yang guna wang dalam merebut jawatan.Itupun rasuah laa, tak cium bau syurga woo..ha..ha..ha..

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Anonymous said...

Memang dasar UMNO, PENIPU, PEMBOHONG, PEMFITNAH. ... jadi penipu sebab kau dah lama sangat dalam UMNO. UMNO telah melatih kau jadi pemfitnah dan penipu.

jangan takut dengan gangster Umno yang kurap tu.. Apanama orang penipu ?

Wartawan_Bebas said...

Undi PAS dapat masuk syurga? Undi Umno tak dapat masuk Syurga! Undi PKR dapat apa?

Jumayatara said...

Sokong Pejuang Cyber
Rasuah halal dalam UMNO. Mari kita sokong Pemimpin Rasuah.

UMNO akan menang besor jika letak calon bersih....banyak-banyak pemimpin UMNO, mat songlap ni yang terpilih....mat songlap pun dah tahu diri bermasalah jangan tawar kan diri...ni belasah aje janji dapat jadi YB....Kesian Muhyiddin dan Zahid Zabidi, hidup-hidup kena tipu dengan org UMNO sendiri...

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT said...

SALAM SAUDARA DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Sebelum kami menjawab soalan kamu itu, tolong kamu jawab dulu 3 soalan kami ini kerana begitu banyak persoalan yang tidak terungkai yang perlu kamu jawab.

Pertama, kamu adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, satu jawatan yang cukup berprestij kononnya dan kamu sanggup lakukan apa saja untuk memenangi jawatan tersebut. Kamu didapati bersalah menggunakan politik wang atau lebih tepat lagi rasuah untuk memenangi jawatan tersebut, tetapi kamu tidak dikenakan tindakan padahal umum mengetahui rasuah merupakan satu kesalahan yang amat besar di Malaysia. Kenapa kamu tidak dikenakan tindakan,dimanakah SPRM?

Keduanya, kamu adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, tetapi kamu tidak diberi tanggungjawabpun dalam Kabinet Kerajaan Laki Bini, walaupun sebagai Timbalan Menteri. Anak-anak buah kamu mendapat jawatan dalam kabinet, Timbalan kamu dapat, malah calon yang kalah kepada kamu pun dapat jawatan Timbalan Menteri.Sudah menjadi tradisi Ketua Pemuda diberi jawatan dalam kabinet.Kenapa kamu tidak dapat jawatan dalam kabinet?

Ketiganya, kamu mendakwa Umno adalah parti yang membela Islam, bangsa dan negara tetapi mengapakah Menteri Pertahanan dari Umno berjumpa dengan Menteri Kabinet hatta Perdana Menteri Rejim Haram Israel Laknatullah? Tidakkah tindakan itu semua adalah satu PENGKHIANATAN TERHADAP ISLAM DAN UMMATNYA? Dan tidakkah PPSMI itu juga merupakan satu lambang PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP BANGSA DAN BAHASA MELAYU?Apakah membuka aurat di bolehkan dalam islam.Tanya bini kamu dan bini Najib,kalau tak puas hati rujuk Harussani.

Anonymous said...

dah pakatan perosak ni takde isu, maka isu remeh temeh dibangkitkan. sudah ketandusan idea PR ni.

dan entah bila pula pakatan rakyat ni nak sedar diri yg mereka tidak mampu nak mentadbir negara sebab baru perintah negeri dah kucar kacir.

pas sanggup diperkudakan oleh DAPig, baguslah, lama kelamaan2 dap akan telan pas. dah kena nanti baru tau.

Anonymous said...

tinta hijau dari kaki bukit takde bukit.

org bertanya dulu, maka ko jawab jer la.. ni ko macam haram bagi soalan buat ape? tak faham bahasa malaysia gak? bagi belajar bahasa inggeris tak nak.. ppsmi tu penghancur bahasa melayu konon. Tu la tak reti nak faham bahasa sendiri.

Anonymous said...

salam ramadhan bro...

pas dah habis modal la, tak ader jln lain selain dari menyerang peribadi...

pemimpin pas ramai kawen dua, tok guru hadi pun sama, hassan ali beer pun siap isytihar dlm borang k'jaan DAP Sgor lagi..., husam musa bini muda cina singupra tinggal kat kondo di KL lagi bro

Anonymous said...

Orang Pas kawin dua pun mengaku..Rohaizat taknak mengaku bini dia.Apa salahnya mengaku..Dahlah taknak mengaku seleweng duit getah pegi tuduh kawan dia pula si Yusri yang pakai duit tu.Bila Yusri dedahkan cerita sebenar barulah kantoi..
Calon macam ni ke pilihan terbaik umngok.Nanti songlap duit rakyat kat sana pun taknak mengaku juga..

Anonymous said...

Manusia jenis apa lah ni taknak mengaku isteri yang dikahwininya secara sah..Apa yang nak disoroknya.Kesian pompuan tu..
Cam Mat Sembab jugaklah taknak mengaku khianat jual tanah melayu kat Johor kepada Singapura.Pergi libatkan Tun Mahathir.Sampaikan Tun Mahathir terpaksa sound dia.
Kena amaran dengan Singapura pun takut sampaikan air pun macam bagi free je.Dah lah Singapura hak malaysia pun lepas free je tanpa bayaran sesen pun dari Lee Kuan Yew.Amerika nak ambil Alaska dari Kanada dulu pun dia beli dengan harga 65 juta.Patut lah Pulau Batu Putih terlepas.Pejuang keris ni dengan Singapura, negara sebesar titik je dalam peta dunia pun mengalah.Pegi tuduh orang lain pula pengkhianat negara.

Pemuda Pas KB said...

Meh kj masuk Pas.Nanti Pas bagi le satu kerusi kat Kelantan pru13 nanti.Pak mentua hang pun tak lama dah nak join.Dok dalam umno pun orang tak pandang,takdak apa.Perjuangan karut je..Kuatkan kuasa melayu islam didalam Pas..tambah pula umno nak mampuih dah tak lama lagi..amacam,pikiak ye

Anonymous said...

Blah lah lu pemuda pas kb..kau tak payah nak hasutlah.Kami berjuang demi umno untuk ugama,bangsa dan negara..masuk Pas untuk jadi balaci Dap buat apa.Boleh menjanjikan syurga konon..kehkekeh

Anonymous said...

Hahaha...pemimpin umno Pulang Pinang dok bergaduh sesama sendiri kerana tidak meneliti calonnya.Muhyiddin salahkan Zahid,Zahid pula salah Abd Jalil.Abd Jalil,Ketua UMNO Permatang Pauh pula kata bukan salah dia..Hahaha..Mana Najib takkan taknak turun jenguk langsung,bagi semangatlah sikit..
Tu lah orang suruh tarik diri hari tu taknak dengar.

PEJUANG CYBER said...

Salam Hurmat Sahabat…

Khairi yang didapati tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan ejen-ejennya.
Bila keadaan telah berlaku..dan dlm keadaan yg sukar diterima apa yg perlu dilakukan?
Jangan tumpu pada masalah ini lagi,lihatlah ke hadapan yg kita impikan..menjadikan YB KJ sebagai KETUA PEMUDA.Itu fokus kita kini..
Mengenai isu jawatan Kabinet, KJ akur dengan keputusan YAB Perdana Menteri dan Presiden parti yg mahu KJ fokus utk memenangkan kembali pengundi muda. Tugas KP buat masa sekarang tugas sepenuh masa, dan KJ akan lakukan yg terbaik utk Pemuda UMNO dan BN.

Utk PRU 13, BN akan sama2 pastikan pengundi muda kembali menyokong BN. GEMPUR!!1 GEMPUR!!! GEMPUR!!!

Parti dahulu. Individu kemudian. Inilah hebat BN.

GURINDAM YANG DINYANYIKAN OLEH PEMBANGKANG SUDAH CUKUP MEMBUKTIKAN REALITI SEBENAR, AGENDA POLITIK PEMBANGKANG SEDANG CUBA MEMECAH BELAHKAN UMNO..

TAKEBEER
TERKEBIL KEBIL....

Anonymous said...

PERMATANG PASIR:RAKYAT,PENGUNDI MELUAT DENGAN TAKTIK KETERLALUAN PAS

Taktik Pas yang memfokuskan kepada serangan peribadi calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman boleh menjadi strategi makan tuan apabila ia dilakukan ke tahap yang terlalu dahsyat sehingga menimbulkan rasa meluat pengundi kepada kempen sebegitu.
Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar Pengarah Jentera Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar supaya meneruskan taktik itu jika merasakan ia boleh membawa kemenangan kepada calon Pas.

''Lepas satu, satu. Sekarang timbul pula isu keluarga Rohaizat. Orang pun dah kata ini sudah melampau, kalau ya pun dia ada berapa pun, itu urusan dia kalau dia kahwin secara sah.

''Apa sebab nak telanjang sampai ganggu gugat rumah tangga dia. Inilah Pas, sampai nak bunuh karakter sebegitu sehingga keluarga sedih, kucar kacir. Tapi ini Pas," katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan rumah ke rumah di Taman Penanti dekat sini hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, isu calon BN yang dimainkan oleh Pas sebenarnya tidak terlalu mendapat perhatian sebahagian besar pengundi sebaliknya hanyalah timbul di peringkat atasan.

Katanya, sebab itu penjelasan secara bersemuka dengan pengundi adalah perlu kerana peluang masih ada bagi mengelakkan ia daripada terus diputarbelitkan pihak lawan.

''Sebab itu apabila lawan mula buat tuduhan peribadi yang menyentuh soal isterinya, ramai yang semakin meluat sebab dari kerjaya kemudian masuk pula bab personal.

''Benda ini nampaknya tak akan berhenti. Tapi sampai setakat mana mereka nak bogelkan Rohaizat, adakah nak ungkit sampai dia punya zaman sekolah, zaman universiti, zaman bujangnya. Ini dah semakin mengarut," jelasnya.

Katanya, bagi Pemuda BN apa yang penting adalah memfokus kepada isu berkaitan pilihan raya dan paling utama tentang apa yang parti boleh lakukan untuk pengundi.

''Kita kena ingat ini bukan hanya Roihaizat lawan calon lawan, tapi ia adalah soal parti antara BN dan Pas. Apa yang BN boleh buat, BN dah janji menjadikan DUN ini anak emas.

''Tapi Pas boleh buat apa, tak dilantik pun jadi Exco Kerajaan Negeri. Jadi perbezaan antara BN dan Pas terlalu besar. Lim Guan Eng (Ketua Menteri) tak nak pun lantik Pas sebagai exco.

''Isu kedua pengundi hantu, kita bagi bukti jelas. Tuan rumah tak kenal pun pengundi. Tapi Pas bila dia cakap pengundi hantu dia bagi bukti umur 120 tahun, orang yang dia kata matilah tapi sebenarnya masih hidup.

''Bukti Pemuda UMNO sistematik di mana jelas berlaku pemindahan pengundi secara terancang dari kawasan majoriti Cina ke kawasan pengundi Melayu untuk memenangkan Pas," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan terhadap calon Pas yang berlegar di Internet kini, Khairy berkata, bukan cara UMNO untuk memainkan sesuatu isu hanya untuk bertindak balas kepada tuduhan lawan.

Katanya, sebaliknya setiap isu akan dipastikan kebenarannya sebelum ia disentuh kerana jika tidak, UMNO tiada bezanya dengan Pas.

http://kamalfarsya.blogspot.com/

Jumayatara said...

Sokong Pejuang Cyber
Pemimpin UMNO bebas rasuah. Hanya Agen-agen keluar modal sendiri untuk kepentingan diri sendiri.

Sokong UMNO. Parti Bebas Rasuah

PEJUANG CYBER said...

Skrg ni dah byk Agen Yahudi pembangkang suka menyelinap masuk dalam parti UMNO..

Mereka inilah yg akan merosakkan Parti UMNO secara halus. Barhati-hatilah rakan-rakan seperjuangan, kerana inilah yg berlaku di pada kes rasuah yg melibatkan org ketiga(Agen)!

BAHAYA NIH!!!! Tiba-tiba jer cakap sokong, tp Agen Pakatan Pembangkang!

Anonymous said...

Tok Mudim! Abah Kau!

Anonymous said...

Memang banyak orang Anwar dalam UMNO.Diorang mesti dibersihkan semua.

Parang Sasau said...

Wartawan_Bebas said...
Undi PAS dapat masuk syurga? Undi Umno tak dapat masuk Syurga! Undi PKR dapat apa?

August 22, 2009 7:15 AM
-----------------

UNDI PKR DAPAT STOK KUNYIT!!
DEPAN BELAKANG SEMUA BOLE!!!
HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA

Jumayatara said...

Setuju dengan Pejuang Cyber
UMNO ini Agen Yahudi merosak Bangsa Melayu secara Halus.

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam...

Saya percaya BN akan memang di Permatang Pasir kerana pengundi di Permatang Pasir mengetahui akan tipu muslihat PAS seperti UNDI PAS MASUK SYURGA

xxxxxxxx said...

TokMd bengong!!!

Ketandusn idea, CIPLAK idea, pusig idea org balik! apa ni bro? lawak la..

Jumayatara said...

Setuju dengan XXXXXX
UMNO ketandusan idea...calon UMNO penipu.

K $$$$$ J said...

Calon penipu dari parti penipu..

Zakaria Bidin said...

Trauma kemenangan PAS yang terlalu tipis di Manek Urai lalu masih lagi dirasakan oleh para pemimpin PAS. Walaupun di Permatang Pasir dikatakan PAS tidak menunjukkan gentar, tetapi gementar tetap ada

firemansamrung said...

Insan yang ada jati diri dan harga diri pasti tidak sanggup menggadaikan maruah dan martabat diri, bangsa atau agamanya semata-mata untuk mengejar sesuatu matlamat atau habuan. Namun ia bukanlah mustahil berlaku. Kejayaan tentera penjajah di Iraq, Palestin dan Afghanistan adalah antara bukti terbaik bagaimana manusia sanggup menggadaikan maruah bangsa dan bersekongkol dengan penjajah asalkan penjajah mampu memberikan mereka kedudukan dan kesenangan.

Dalam konteks tempatan, perkara sama telah (era kolonisasi), sedang (March 2008) dan akan terus berlaku (PRU akan datang). Kenapa? Ini kerana manusia yang pada awalnya kuat berpegang kepada prinsip persaingan sihat dan budiman tetapi setelah menempuh kegagalan yang berulang kali, maka timbullah rasa kecewa, marah dan hilang sabar.

Apabila keinginan untuk menang semakin memuncak, mereka yang kecewa ini sanggup melakukan apa saja termasuk menggadaikan maruah dan harga diri dengan harapan ‘pengorbanan negatif’ mereka itu mampu membawa mereka ke Putrajaya. Nah! Siapa yang tidak bergembira apabila dapat melihat mercutanda Putajaya (meskipun sekadar dari pinggiran) buat pertama kalinya setelah usaha-usaha terdahulu menemui kegagalan?

Kegembiraan yang terpancar di muka mereka saja sudah cukup memperlihatkan betapa mereka tidak pernah terfikir tetang kerugian yang dialami (maruah yang tercemar dan harga diri merundum) kerana semua itu tenggelam ditelan dek arus kemeriahan dan euforia yang berpanjangan susulan kejayaan yang tidak diduga.

Meskipun matlamat tertinggi belum tercapai tetapi oleh kerana berasakan matlamat tadi begitu hampir dicapai, makanya kalau diberikan dua pilihan, pertama ‘pulang kepangkal jalan’ — tidak akan lagi menggadaikan maruah dan harga diri sebaliknya mengambil pendekatan asal iaitu bersaing secra budiman; kedua, meneruskan kaedah tidak bermaruah, lalu apakah pilihan mereka?

Kalau kembali ke pangkal jalan adalah bukan opsyennya, yang mana sebahagiannya mungkin kerana tidak ada pihak ketiga (tidak ada kepentingan) yang mampu membangkitkan kesedaran serta memberi dorongan untuk mereka berbuat demikian itu, dan kalaulah pilihan yang mereka ambil adalah pilihan kedua, makanya, persoalannya, apakah akan ada lebih banyak maruah dan harga diri yang akan dikorbankan demi mendapatkan lebih banyak kejayaan?

Berdasarkan permainan ‘tarik tali’ dalam PR yang kerap berkesudahan dengan DAP dipihak yang menang dan Pas dan PKR dipihak yang mengalah, dan kalau sekiranya sejarah era Pak Kaduk dijadikan renungan, maka tidak mustahil memori pahit Pak Kaduk kehilangan kampungnya meskipun ayam sabungnya menang akan berulang lagi!

on the bench said...

saya bukanlah penyokong pas, tetapi saya rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku.
umat melayu islam kini sedang bercakaran sesama sendiri. yang menakjubkan, umat melayu islam yang bercakaran ini tidak sedar langsung akan bahaya yang bakal berlaku jika mereka terus leka bercakaran.
mereka kini leka dengan perasaan hasat, dengki, dan fitnah. mereka leka dengan dunia percakaran mereka sendiri.
2 parti melayu terbesar ialah umno & pas.

Pas banyak perubahan yang dapat dilihat. dulu, pas tidak boleh duduk sebumbung dengan parti kafir. tapi sekarang, pas bekerjasama dengan pkr & dap yang terang-terang menentang negara islam. kemudian, timbul pula hal lompat parti yang diilhamkan oleh anwar. saya berharap pas akan menentang idea ini, tetapi nampaknya pas menyokong.
sekarang timbul hal kerajaan perpaduan, nampaknya pas berbelah bahagi dalam isu ini.
ketika tuan hj abd hadi mengutarakan isu ini, saya dengan suci hati beranggapan bahawa inilah penyelesaian kepada kemelut orang melayu iaitu bersatu. saya beranggapan presiden pas itu telah berjaya menyedari bahawa isu besar dalam negara kita sekarang ialah perpecahan yang sangat besar dalam umat melayu islam malaysia. maka sebab itulah idea ini ditimbulkan.
mungkin ramai umat melayu islam tidak sedar sejauh mana perpecahan kita sekarang. tetapi saya percaya perpecahan umat melayu islam hari ini akan membolehkan kaum lain mengambil alih kuasa di negara kita suatu hari nanti. ini tidak mustahil apabila melihat kepada senario di perak. sebenarnya, parti dap amat kuat di perak. lihat pula di pulau pinang, dap sangat kuat di sana.

saya meragui dap. saya tidak pernah lupa bahawa dap menentang keras negara kita sebagai negara islam. di negeri lain pun dap semakin membina kekuatan. tidak mustahil dap akan menjadi tuan di negara kita suatu hari nanti.
apa pun masalah yang timbul dahulu, umat melayu islam harus bermuhasabah. adakah kita mendapat untung bila kita berpecah? adakah negara kita akan aman bila kita berpecah? adakah islam mengajar kita supaya memilih perpecahan? satu perkara yang tak dapat kita nafikan, umat melayu islam akan menjadi kuat bila bersatu. kita akan menjadi kuat, kalau kita bersatu.

Anonymous said...

KJ is the doing his best. Insyaalah dia akan diberi peluang lebih.

NIZAR BONEKA DAP said...

ORG MELAYU DIPERMATANG PASIR JGN JADI ALAT PERTAHANKAN KERAJAAN BONEKA DAP!!!!

SUDAH SAMPAI MASANYA RAKYAT PMTG PASIR BERUBAH!!!

Anonymous said...

Berapa orang je yang dengar ceramah khairi ni.Ketua pemuda yang terbuang.Kalau berjawatan menteri,macam kat Shah Alam hari tu bukan 3 ratus je yang datang tapi boleh sampai 3 ribu orang bila Menteri yang nak berucap.Sebab tu lah jawatan tu penting.Tak tahulah kot kot dah kaya raya tak perlu jawatan.Tanpa jawatan macamana nak cari pengaruh didalam parti yang selalu berlumba untuk mencari kedudukan dan kekayaan seperti umno ni.Mungkin nak biarkan karier politiknya berkubur barangkali.

PEJUANG CYBER said...

MENGENAI JAWATAN KJ DLM KABINET...
INI JAWAPAN DARI KJ SENDIRI

"Mengenai isu jawatan Kabinet, saya akur dengan keputusan YAB Perdana Menteri dan Presiden parti yg mahu saya fokus utk memenangkan kembali pengundi muda. Tugas KP buat masa sekarang tugas sepenuh masa, dan saya akan lakukan yg terbaik utk Pemuda UMNO dan BN.

Spt yg saya sebut sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Rompin tempoh hari, kalau nak kira merajuk, sayalah yg paling berhak utk merajuk. Menang KP PPUM tapi tak dilantik di dalam kabinet. Saya ulangi di sini apa yang saya sebut di Rompin - konsep merajuk itu tidak ada dalam kamus politik Khairy Jamaluddin.

Utk PRU 13, kita kena sama2 pastikan pengundi muda kembali menyokong BN. Ingat, tak ada jawatan Menteri bagi sesiapapun dari parti yg kalah PRU.

Parti dahulu. Individu kemudian. Ini prinsip saya." KATA KJ

PUAS HATI BRO?

MENGENAI KEHADIRAN DI SHAH ALAM SILA RUJUK PADA ARTIKEL SAYA YG LEPAS, SAYA TAK MAHU MEMBAZIR MASA DISINI UTK MENGULAS DAN MENGULASNYA BERULANG KALI!! SAYA PUN HAIRAN MENGAPA ADA JUGA ORANG YG TAK JEMU-JEMU MENGUNGKIT ISU TERSEBUT BERULANG-ULANG KALI? MEMBAZIR WAKTU SAHAJA LAYAN PROVOKASI MURAHAN INI? TAK DE MODAL LAIN LAGI KER BRO?

SALAM HURMAT...

Anonymous said...

Tak ada jawatan susah nak bekerja lah bro.Nak bergerak,nak buat apa apa atas nama UMNO bukannya kementerian sukar nak dapat sambutan.Tengok Mukhriz,dia tak perlu gunakan nama umno,guna nama kementerian yang dia pegang saja untuk bertemu rakyat.Media pun lebih fokus kepadanya.
Kita bukannya apa cuma tak puas hati.Tu saja..Kj selalu diserang bukan saja oleh pembangkang tapi oleh sesetengah orang umno sendiri sehingga terpaksa mewujudkan kjfc untuk mempertahankannya.
Tapi dah dia redha tak apalah,harap harap dia berjayalah.

PEJUANG CYBER said...

APARAH... LANTAK PI LA KJFC KA MMFC KA!! CHE DET FC KA!!
JANJI BOLEH MENARIK PENGUNDI MUDA DALAM FB!!

HAIRAN!! ADA YG IRIHATI RUPANYA!!

BRO!!, NAK MENANG KA? NAK KALAH PRU YG AKAN DTG!! TUMPUAN KITA SERANG PEMBANGKANG BUKAN SERANG HENDAP RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SENDIRI!!

MASING-MASING ADA TUGAS SENDIRI YANG HARUS DILAKSANAKAN DENGAN CARA YG TERSENDIRI!!

SALAM HURMAT...

PEJUANG CYBER said...

AKHIR KATA TOLONG HURMATI MANDAT YG TELAH DIBERIKAN OLEH PM!

YG BERJAYA SELAMAT MENJALANKAN TUGAS! KAMI BERBANGGA KEPADA MENTERI YG TELAH MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN JAYANYA!

SUDAH SAMP[AI MASANYA PAKATAN RAKYAT DI ROBEEK DI GEMPUR!!! HABIS HABISAN!!!

TAKBEER!! TERKEBIL KEBIL!!! REMPUH!!

Parang Sasau said...

Ukur baju dibadan sendiri. rakyat kelatan hanya tengok pembangunan dari jauh, kenikmatan dan limpahan dari pembangunan seperti peluang niaga, peluang kerja, peluang pemilikan harta(nilai tinggi) akan hanya angan-angan kosong sahaja selagi parti pembangkang (PAS) memerintah. Pengundi permatang pasir harus bijak dalam membuat pengundian di PRK nanti.

SILA BACA PENDEDAHAN KES RASUAH NIK AZIZ
http://raksasabn.blogspot.com/

Sabtu, 2009 April 11

UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK KHUSUS BUAT BLOGGER PERJUANG NEGARA.
Assalamualaikum,Salam sejastera kepada semua blogger perjuang negara.Alhamdullialh..syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya kita telah berjaya mengharungi pahit getir serta susah payah menghadapi Pilihan Raya Kecil P 059 Bukit Gantang dan ianya telah berakhir dengan selamatnya.Mengambil kesempatan ini, saya Sekupangdua dan rakan-rakan di Perak, kami; YB Zainol, Hamdan Taha, Tn. Hj Amiruddin, Tn. Hj Zairun, Sayuti, Ahmad Kamal, Kepala Perang, Afden dan semua blogger-blogger di Perak,MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KAMI YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua blogger perjuang negara terutamanya barisan Blogger Pembela Negara (BPN), Penembak-Tepat, waadat, GOMO, Bomoh, Pisau, GAP, Analisa Ringan, Bro Jinggo, Rajahmas, Mamak Haji, Accordblack, Gotahlantun, Medan Info, Faizalrohban, Senapang Patah, Gavamali, Abemie, Tamin Sari, Ayor Lemuju, pembela wira dan teristimewa buat AbangTuah, Apai, Pisau, Sahabat Gunung, ParpuKari serta himpunan bloggers perak, Doremon, Yeop Perak, Taipingmali, Kuntakinte, Shamuddin Aulfahmi, Barisan KAMI, Meorblack, Kepala Perang, Perak Bangkit, AntiPKR dan lain-lain (yg mana tak tersebut tu harap maaf, terlalu ramai kalau nak disebut semua..tapi percayalah anda juga ternasuk dalam geng wira negara) yang sentiasa gigih berjuang membantu jentera PRK BN di Perak. Read More