Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong. Walau bagaimanapun arahan dari Menteri dalam negeri tidak diindahkan. Budaya Anwar Ibrahim ini seolah-olah disokong oleh pro-anti ISA. Sebenarnya demontrasi ini adalah menyalahi undang-undang dan penyokong kerajaan tidak sepatutnya mengingkari arahan dari pemimpin negara. Selaku Ketua Pemuda Pergerakan Umno Malaysia adalah wajib dicontohi apabila Khairy Jamaluddin tidak bersama-sama mereka bagi mengingkari arahan pemimpin dan undang-undang perlembagaan negara.
Menteri dalam negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein telah mengarahkan mereka yang berdemo membatalkan rancangan mereka kerana dengan perbuatan ini akan menyusahkan harapan Perdana Menteri untuk menyatukan rakyat Malaysia didalam program 1Malaysia. Penyelesaian secara berdemontrasi ini hanya akan menghilangkan kepercayaan rakyat untuk menubuhkan satu negara yang stabil dan harmoni.
Perbuatan demontrasi jalanan ini tidak mendatangkan apa-apa hasil melainkan mencetuskan kemarahan rakyat yang mahukan keamanan. Perniaga-perniaga terpaksa menutup kedai dan punca rezeki mereka tertutup. Rakyat juga akan merasa bimbang dan ketakutan. Demontrasi ini hanyalah semata-mata luahan keegoan kedua-dua belah pihak untuk menunjukan kekuatan masing-masing.
Rakyat sedang menilai apa yang sedang berlaku dan kebanyakkan mereka dari anti ISA adalah terdiri daripada profesional dan mahasiswa. Pemuda Umno tidak mungkin terbabit didalam gejala yang tidak bermaruah ini dan tidak terlibat dalam perang saraf diantara kedua-dua belah pihak. Pemuda Umno juga tidak mahu mahasiswa dan golongan profesional membenci dan memusuhi Pergerakan Pemuda hanya kerana terlibat dalam tindakan yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan negara.
9 comments:
KJ bijak, dia nak menang hati rakyat. Dia nak solve isu ni secara rundigan dan kajian semula. Mengamuk tgh jalanan bukan budaya orhg m'sia. Ini budaya PAS gangster dan gedebe. tahniah KJ dan pemuda kena work smart.
KJ MENGAMBIL LANGKAH TIDAK MENYERTAI PERHIMPUNAN INI KERANA BELIAU TIDAK MAHU TERLIBAT DAN TERPERANGKAP DGN PERANGKAP ANWAR!!
TIDAKAN KETUA PEMUDA INI BERTETAPAN! PATUH KEPADA KETUANYA!
Bangang punya perhimpunan, KL lumpuh .. aku sngkut dalam dalam jem berjam2 bahlol! menyusahkan orang. Rosak program aku hari ni
saya ada peniaga telur ayam di pasar malam jln tuanku abdul rahman. memang betul pun perhimpunan haram ini banyak menyusahkan orang ramai
perniagaan saya mengalami kerugian hari ini
habis telur ayam saya pecah-pecah
sapa nak ganti
kat mana korang berkumpul tak nampak batang idung pon, cakap nak halang
kenapa tak ada pun
cakap je la besar
MANA HERO MIC HARI TU
kesimpulannya...menyusahkan org je demontrasi cam nie..
x da kebaikan pun..
menyusahkan sume pihak...
hampeh....
Cant believe those people went there been fooled by Anwar, wasting time and energy for this stupid rally against ISA...
HIPOKRIT
Parpu hentam KJ lagi!...
Haramjadah punya parpu!...
Post a Comment